Monday, September 20, 2010

Fokus

Ada satu kisah.

Seorang budak, sedang melipat kain baju di suatu malam. Tangannya rancak melipat satu demi satu baju, tapi fikirannya jauh sangat, langsung tiada kaitan dengan pergerakan fizikal yang sedang dilakukan. Setelah beberapa ketika, dia terperasan sesuatu. Baju yang telah dilipat sepatutnya disusun , tapi dia rupanya lipat dan campakkan balik baju tersebut dalam timbunan kain yang belum dilipat. Oh, dia telah membuang tenaga dan masa di situ kerana terpaksa lipat semula.

Kata dia, perkara ini terjadi gara-gara hatinya gundah-gulana memikirkan perkara lain. Jasad dia ada di situ, tapi jiwanya sudah lama berkelana.

Kesian budak itu.

Peringatan : Sila fokus pada kerja anda. Sekali anda cuai, anda bakal mengganggu-gugat kehidupan harmoni yang dengan susah-payah anda telah bina sebelum ini.

noktah.

2 comments:

[MH] said...

semalam pergi makan malam di restoran bangkok. (bukan di cairo je tau ada restoran bangkok, kerteh pun ada!. hehe)

sy main henset, terima mesej ttg keadaan di cairo (huuuuu). lalu sy terjatuhkan segelas fresh orange,habis meja. basah lantai. dan terkena pada baju org sebelah.

terketar2 tangan saya waktu tu

betapa sy tidak fokus! huhuuu

Sharifah Syahirah TSM said...

@fathiyyah
ya, saya rasa keadaan kita memang sama.
uish..aih...
jasad di sini, rugi jika tak fokus.
ahhh.. (jiwa meronta2 ni)
hehe.