Tuesday, September 21, 2010

Bang Bang Boom Raya

Satu malam, pulang ke rumah dari satu destinasi.
Kakak kelihatan khusyuk menonton televisyen. Bang Bang Boom Raya rupanya. Seharusnya Bang Bang Boom mestilah buat orang bergelak tawa, tapi tidak untuk kali ini. Aku duduk untuk sama-sama menonton. Nah, hujan pun turun.

Berapa ramai agaknya manusia yang prihatin di Malaysia. Bang Bang Boom Raya kali ini ala-ala cerita Lau Kana Bainana tu. Aku terfikir juga kalau aku jadi orang-orang di situ, adakah aku turut prihatin, dan membantu? Mungkin di rumah aku rasa aku akan menolong, tapi di sana belum tentu. Berkata itu mudah, tapi sebenarnya amal yang akan membuktikan kefahaman kita.



Sebenarnya ada scene lain lagi, tapi jumpa yang ini sahaja di YouTube. =)

Dan orang yang tolong tu dia tak akan tahu hal sebenar melainkan dia menonton Bang Bang Boom Raya. Subanallah. Semoga terus ihsan.

Dan lagi, teringat masa sekolah rendah dulu. Satu hari semasa perhimpunan, cikgu menganugerahkan seorang pelajar kerana pelajar tersebut prihatin dengan kebersihan. Ada satu sampah di hadapan kelas, tapi tiada seorang pun pelajar yang lalu-lalang di situ bersikap cakna untuk mengutip dan membuangkannya dalam bakul sampah. Sejak hari itu, ramai pelajar lain yang cuba mengikut sifat baik pelajar tersebut. Harapannya, mereka mengamalkan sifat itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah. InsyaAllah, moga ihsan kerana Allah. Mungkin ini salah satu methode yang baik untuk mendidik pelajar. Membiasakan diri pelajar-pelajar dengan sifat-sifat mulia, lama kelamaan insyaAllah menjadi sikap semula jadi dalam diri.

Inilah yang dikatakan mendidik, dan bukannya sekadar mengajar.

Oh ya, terima kasih kepada pelajar tersebut kerana memberikan satu impak yang besar dalam diri ini. Siapa sangka, perkara kecil yang dia lakukan, memberikan sesuatu hasil yang sangat besar sehingga sekarang. Buktinya , ada yang sangat terkesan dan masih ingat peristiwa itu . =)

Pengajaran : Jadilah qudwah yang baik. Dan moga hanya kerana Allah, bukan kerana mengarapkan puja penduduk dunia.

2 comments:

Fna said...

haa cite ni! patu lepas yg scene ni ada yg Faisal Ismail lawat budak cacat, (yg sebenarnye berlakon je) kan, mandikan dia and all last2 dapa tau kene prank. rasanya mcm melebih la, i mean, nak buat lawak pasal orang orang mcm tu, cube kalau keluarga org yg anak dia betul betul mcm tu, tak terase ke :/ geram hari tu. huhu.

Sharifah Syahirah TSM said...

@ fna

aah, akak setuju dengan fna.
memang part FBI dikenakan tu agak melampau jugak la.
mcm mempermainkan orang kurang upaya.
mereka kena lebih alert hal ni.
wallahualam.