Thursday, September 16, 2010

Dedikasi untuk Hajah Safiah

Salam hari jumaat, hari penuh keberkatan. =)

Terbaca blog Intan, ada satu entry khas "bumper" untuk Hajjah Safiah. Lalu, semangat nak menulis rasa berkobar-kobar. Memang masa mula-mula dengar berita perpindahan hajah. rasa nak menulis sesuatu tentang beliau. Sedih betul dengar berita tu. Satu demi satu permata berharga SMSSI diambil orang. Hari ini saya cuba realisasikan hasrat untuk mengabadikan sesuatu dalam diari maya ini. Kalau cikgu baca, saya seronok. Kalau cikgu tak baca dan tak tahu pun, saya masih gembira. Kira doa dalam diam lah. Hehe.

Hajah Safiah binti Awang

Mula mengenal cikgu Safiah semasa minggu orientasi. Yang saya ingat, beliau arahkan kami mengisi borang maklumat diri. Dan pada masa itu juga cikgu mencari-cari calon pengawas. Satu malam ketika prep, tiba-tiba cikgu Safiah memanggil saya keluar dari bilik PREP. Berdebar boleh tahan masa tu. Seingat saya persoalan yang ditanya berkaitan pengalaman saya sebagai seorang pengawas.

Dipendekkan cerita, maka jadilah saya seorang pengawas. Satu hari, cikgu Safiah panggil saya untuk bincang sambutan hari guru, saya dengan yakinnya memberi cadangan untuk melaksanakan hari guru seperti mana sekolah saya yang lama (baca : smka pahang).
Dan saya masih ingat kata-kata cikgu Safiah masa tu. Masa tu rasa agak pedas, tapi hakikatnya yang pedas itulah yang sedap dan tak nak berhenti makan, ye tak? Maka terlaksanalah sambutan hari guru walau banyak kekurangan. Saya tidak pasti akan feedback dari orang lain, tapi saya sendiri berpuas hati. Ini berkat kerjasama semua terlibat.

Satu hari, ketika sedang prep malam di bilik pengawas, cikgu Safiah seperti biasa membuat rondaan. Sekali lagi disoal cikgu. Kali ini berkaitan kekemasan dan keceriaan sekolah. Setiap kali disoal cikgu, jantung mesti tachycardia punya. Tak kiralah berapa kali jumpa cikgu, rasa nak lari je. Hehe. Saya punya jawapan masa tu saya rasa tak best. Saya kata saya dah arahkan pada yang bertanggungjawab. Huhu. Mungkin hakikatnya saya yang tidak tegas dan tidak mengambil serius dalam hal. Oh tidak, takut dengan tanggungjawab masa lalu yang tidak terlaksana dengan baik. T___T

Kenangan lain lagi. Satu hari, pasangan kerja saya ada masalah sikit. Nak letak jawatan. Maka berlakulah drama air mata di Surau Al-Kautar (eh, baru perasan sama dengan nama rumah saya di Mesir). Keinginannya meletakkan jawatan disokong pula oleh manusia sejantina beliau. Mereka semua mahu sama-sama letak jawatan.( oho, boleh pulak sokong macam tu). Walhal, 2 hari lagi, akan berlangsungnya majlis penyerahan watikah. Makanya, malam itu saya dipanggil lagi oleh cikgu Safiah. Dengan lingangan air mata, berjumpala saya dengan cikgu. Cikgu pun tanya apa berlaku. Saya ceritalah kisahnya. Lepas tu cikgu tanya pula " Yang awak ni menangis kenapanya?" Haha. Jawapan saya " Oh, tadi orang tu cerita pasal mak ayah, tu yang sedih tu". Hehe. Saya sungguh malu dengan cikgu masa tu. kenapalah saya menangis! Hmm.. Kenapa saya menangis ea?

Lagi. Dulu dalam batch kami, saya dan Syazana dikira orang jauh. Sebab kami je yang duduk luar Johor. Makanya, setiap kali nak balik kampung, cikgu mesti ambil berat hal kami. Dari hal tiket, pukul berapa bas, pukul berapa kena keluar dari kelas, pesan suruh bawa beg terus, pesan orang untuk hantar kami ke stesen bas, dan banyak lagi. Haih, serius layanan macam ibu bapa. Ada sekali tu, cikgu siap bagi kereta baru dia, suruh penyelia asrama drive untuk hantar kami ke stesen bas. =)

Dah la ye , gaya cerita saya sangat membosankan. Tak reti pula saya nak share cerita. Bak kata Intan, hanya Allah, saya dan cikgu Safiah sahaja yang tahu. Banyak sangat pengalaman bersama beliau. Dan saya akan ingat kata-kata dan pesanan beliau, baik pedas, manis, tawar. Hehe.

Yang pasti, cikgu Safiah merupakan salah seorang guru yang bakal dikenang. Oh, bukan maksud saya cikgu lain tidak. Semua guru ada personaliti yang tersendiri yang akan membuatkannya dikenang-kenang. =)

Cikgu Safiah, terima kasih banyak-banyak. Cikgu menjadi salah satu elemen yang membentuk diri saya. Daripada elemen-elemen itu, terbentuklah satu peribadi. Jasamu dikenang. Maafkan salah silap. Jelingan manja cikgu masih diingati. Hehe.

1 comments:

Anisah Shamilah MS said...

yg pedas tu yg umph ek chep?
huhu~

jazakillah cikgu safiah didik chep jdi manusia b'guna yg trus m'didik kitorg kat sni..
=)