Perhatian kepada sepupu sepapat, marilah dengar isi hati dan buah fikiran saya.
(ada ke sepupu saya baca blog ni?huhu)
Rindu tak zaman kita kecil-kecil dulu? Ingat tak betapa bestnya kita masa dekat kampung ketika mana arwah atok masih ada. Kalau masa bulan puasa tu, bila berbuka penuh dapur rumah atok yang luas tu. Budak kecil akan duduk hujung-hujung dekat dengan pintu. Kalau malam raya, meriah sangat. Orang-orang dewasa masak ketupat, lemang, dodol, tapi kita duk main bunga api ramai-ramai. Bila musim durian, kita pakat-pakat balik kampung tunggu durian gugur. Kita main teng-teng dekat tepi rumah atok. Kita main dekat kawasan sekolah. Kita kena kejar dengan lembu masa lembu nak kena sembelih. Nasib baik ada kedai, kita pecut masuk kedai.
Banyak sangat lagi kenangan. Seronok,kan? Tapi sejak atok dah takde, kita jarang berkumpul ramai-ramai macam dulu. Kalau jumpa pun, sempat tengok muka je, tak sempat duduk sama-sama macam dulu. Setuju?
Dengan ini, saya nak ajak kita anjurkan family gathering. Nak tak? Kita pilih destinasi, tetapkan masa dan lantik ajk.
Ada yang dah setuju. Nanti kita bincang sungguh-sungguh ya.
=)
ps : Al-Fatihah untuk arwah ami yem, dan atok nenek kita. Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
insya-Allah. boleh. - Epi
Exe Marketing UNIC Homestay (0137717843)
unic-homestay.blogspot.com
amijah punya pendapatan
INSYAALLAH NANTI DATANG KUANTAN KITA BINCANG ELOK-ELOK
Post a Comment