Saturday, September 25, 2010

3 Generasi

Semalam, 3 generasi SBPI Mersing berkumpul. Semuanya dari UIA Kuantan, melainkan seorang dari UIA Gombak dan seorang lagi yang tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan UIA. =)

Seriously, rasa sangat best. Walaupun lain-lain batch, tapi masih mesra. Kami berkumpul di rumah Syazana, diikuti serbuan ke rumah Cikgu Roziawati (yang saya dah pergi minggu lepas) dan rumah Ustaz Joha, 2 orang bekas guru di SBPI Mersing yang kini mengajar di SBPI Kuantan.

Sekali lagi nak cakap best! Hehe, walau kondisi kesihatan diri yang agak lemah, tapi hampir terlupa tengah kurang sihat. Ukhuwah itu sungguh indah! Rasa macam nak anjurkan reunion semua generasi je. =)

Bila berkumpul semula semalam, rasa macam nak balik sekolah semula. Saya suka sekolah saya. Haha, tapi semua orang akan cakap sekolah dia best kan? Takpe, semua sekolah best. Diri kita sendiri yang menentukan best atau tidak best sesuatu keadaan.

Setiap sekolah pasti ada uniknya tersendiri, kan? Semalam saya mula merasakan sekali lagi keunikkan sbpi mersing =).

Sayangilah sekolah anda, baik guru-guru, senior junior rakan sebaya, dan semua kakitangan sekolah. Baik makcik dewan makan, makcik jemari emas (cleaner), pekerja makmal, perpustakaan, pejabat dan semuanyalah. Anda tidak akan pernah rugi. Teringat satu peristiwa. Setelah lama meninggalkan sekolah, sedang berjalan-jalan ziarah sekeliling sekolah. Tiba-tiba datang makcik jemari emas (cleaner). " Awak ni Syahirah, kan? Makcik ingat lagi awak ni. Awak ni....." Huhu. Terharu saya. Mungkin ini berkat suasana di sekolah yang sangat membentuk ukhwah antara seluruh warga di situ.

Dan sampai sekarang, segala yang saya terima di sana, sangat saya hargai hingga sekarang dan sungguh, sebagian daripada peribadi saya terbentuk di situ.

ps: tahun ni rasanya tak berkesempatan turun sbpi Mersing. T__T. Ampunkan saya cikgu.

ps: Mode malam ini --> rasa nak pergi pantai, menghadap langit, bintang dan bulan. Ber-uz-lah.

2 comments:

putih said...

like! kat sini kena gi alex ke dumyat ke taba ke la kalo nk ngadap pntai~

sEeKeRZ said...

suppost to be there..tp last minit xdapat..maka...sobb3~