Monday, July 12, 2010

Aku dan Mesir 1

Lahirnya kita di muka bumi ini, semuanya satu ketentuan tuhan. Tidak ada istilah kebetulan dalam aqidah seorang muslim. Yup, tiada kebetulan. Lahirnya kita, satu perancangan. Matinya kita satu ketentuan yang pasti. Segalanya yang sudah dan bakal berlaku pastinya semua itu ketentuan.

Tercampaknya aku ke bumi mesir sememangnya satu aturan tuhan yang telah tertulis dengan sangat cantik. Masuknya aku dalam bidang kedoktoran bukan sesuatu yang patut aku siakan. Masakan tidak, kita telah percaya bahawa segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk diri kita.Ruginya jika aku ke mesir semata-mata menelan ilmu perubatan. Ah, peluang ada didepan mata, ruginya jika tidak dikejar. Bukan, bukan sama sekali mengenepikan ilmu perubatan, bahkan itu sebab utama keberadaan aku di situ. Salahkah andai aku mendamba ilmu tuhan yang luasnya tiada sempadan?

Gembirakah aku di mesir?

Bersambung. =).

0 comments: