Sunday, July 11, 2010

Update cukup syarat

Hampir 2minggu berada di tanah air, boleh dikatakan sedang mengalami jetlag. Entah, atau mungkin diri sendiri mengada-ngada mengisytiharkan jetlag. Agak tertekan dengan biologi badan yang masih belum bertukar. Silalah berubah cepat. Nak jadi daie kena fleksible, kan? Tiada alasan!

Agak kecewa dengan prestasi diri yang kurang cemerlang sepanjang berada di sini. Nak bagi alasan apa pula kali ini? Exam dah habis, tidur cukup, makan cukup, kewangan pun masih stabil. Jadi, tidak lain tidak bukan adalah lemah dalam mengawal hawa nafsu. Lemah dalam melawan bisikan syaitan. Lemah dalam pengurusan diri. Aduhai, takkan setiap tahun nak ulang perkara yang sama? Seorang muslim takkan jatuh dalam lubang yang sama lebih dari sekali. Tak guna mengeluh banyak tanpa bertindak chep, bertindak! Hmm, kerja yang banyak belum cukup menguatkan aku, belum cukup menyibukkan aku. Mungkin perlu lebih banyak kerja kot? Sesiapa, boleh minta pertolongan saya jika perlu.

Sepanjang di sini, sudah sempat bereunion. Sempat bertemu kawan-kawan SK Batu 3 Kuantan. Seronok, walau tidak ramai, namun cukup bermakna. Ada antara kami yang tak pernah bertemu sejak tamat sekolah rendah, ada juga yang sentiasa berjumpa setiap tahun. Malam sebelum reunion, memang agak resah gelisah. Mengadu juga aku pada mereka di sana untuk berkongsi rasa, meminta sekalam dua sebagai bekalan di sini. Alhamdulillah, Allah sebaik perancang, apa yang dirisaukan tidak berlaku. Apa yang dihajatkan berjaya dilaksanakan. Hasilnya hanya pada Allah aku sandarkan.

Berhajat untuk ke smssi, ombak rindu mengganas. Dilema dalam diri, jadual nampak macam bertindih-tindih. Akan aku usahakan, insyaAllah. Smkap? Tunggu si Ababil balik, baru boleh decide. Sijil PMR rasanya dah dilupuskan je. Huhu. Berhajat meninggalkan kesan di mana sahaja aku berpijak. Ameen ya rabb.



ps : AMS, Babuji apa cerita? Musim panas pasti membuatkan babuji mahu tidur dalam bath tub atau di "bilik khasnya". Haha. Kenanga bersetuju bahawa babuji bukan sekadar seekor kucing biasa, sama seperti sangkaan kalian. Apa-apapun, nasib baik kucing-kucing di sini bukan spesis menyerang kaki seperti babuji. Aman sikit berjalan ke dapur. =D
Tadi tiba-tiba rasa teringin nak pergi makan Peking dengan ahli beit Kauthar campur budak sorang tu yang bakal tinggal dengan AMS.

ps : Sahabat saya di UMP, mana pergi ni? Masih busykah?

ps : Rasa macam tulis karangan PMR. huhu. Maaf, entry macam cerita pasal diri je dan sangat membosankan. Update sekadar cukup syarat je. Hilang idea nak update macam mana. =(

8 comments:

Ummi Eisya said...

meh sini nak keje..tolong jagakan eisya..hihii

Noor Asyila said...

chep, takkan tk sibuk lagi? kita lagi la byk sgt masa lapang.huhu T__T

adeh2, mencari2 idea utk menyibukkan diri. bagaimana? cari buku utk tarbiyah juga. tk larat da nak baca buku pasal kawen. hoho.

esok kami budak2 utara nak buat rehlah kat perlis. hee~ jum2 join :P

spy kita tk 'mati' dgn banyaknya masa lapang ni.huhu T__T

sharifah syahirah TSM [chep] said...

@ummi iesya
haha, takutnya nak jaga iesya.
nak juga pergi sana, tapi tak tahu bila.

@asyila.
hehe. tu cukup banyak lg kerja yg saya dapat. entah, kene tunggu tentera2 lain balik kot, insyaAllah bertambah kerja dan semangat nanti.
rai ade bgtau, kalaulah ade keretapi laju, bila2 masa sy boleh gerak ke Perlis.hehe.
all da best utk rehlah antunna.
saya join secara online boleh?

=)

putih said...

chep,
afwan2..dah xde sape duduk kauthar..kelmarin letak jer mknn de kat tgkap tu n smlm habis jer..tpi x tau la babuji atau kucing lain mkan..

huhu~
i'm done with peking..sedap! but classy + romantic sgt..so not for the outdoor + nakal type of budak..jdi mati kutu kat situ..
=D

chep, lend me ur hand~ perlukan hari lebih...huhu~ susun2 jadual.

budak said...

Peking owh peking..adakah memory itu bakal berulang??

sharifah syahirah TSM [chep] said...

@putih.
oho, takpelah kalau kucing lain pun.
patutlah jiwa rasa sunyi, takde orang dalam kauthar rupanya.

nak hari lebih.hoho. meh kita susun jadual eh. apa cite ni? skrg buat apa?

@budak.
budak mana satu ni. ade 2 budak. budak rumah sebelah org budak kecik tu?
memory apakah? makan makanan yg sgt sedap itukah? oho, saya lapar sekarang, rindu mahu baking, rumah masih xde oven T___T

fizt said...

sahabat di ump dah lega sikit lepas orientasi adik2.

tapi tambah kerja baru. sem baru. akademik baru.
semua dunia.
tapi harap digunakan dengan cara yg betul, kan?

masih dalam koreksi diri.

tp kalut dengan sekitar yg kelam kabut.
sekitar kelam kabut atau jiwa sy yg serabut?
huhuhu...
harap dpt jumpa sesegera yg mungkin.

bile ya....

Budak said...

nk kata bdk kecik,saya ni x de la kecik sgt..hehe.saya nk g peking ni..tgh bersiap2=)!huh,memory i2 tetap tidak dpt dilupakn..