Tuesday, May 18, 2010

Terima Kasih HERO


Allah pinjamkan dia buat sementara. Sampai masanya, dia perlu kembali kepada sedia kala. Sayang, bukan tak sayang. Dialah penghibur hati, penawar di kala duka. Sentiasa buat diri tersenyum sendiri. Bersamanya, tidak sesekali terasa sunyi. Telatahnya mencuit hati. Mula terasa penyatuan hati. Nah, bukti cinta kami. =)

Nama sebenar Hurairah, tapi digelar HERO

Sponge bob tu kawan setia HERO

Study buddy pathology. =)

Tapi hari ni mahligai ini sudah tidak berpenghuni. T__T

HERO, nanti kita jumpa lagi ya.

Haritu ada seorang budak yang berhati mulia, nampak kucing ke"seorangan" di jalanan. Budak tu pun bawa lah balik kucing warna oren tu. Petang itu juga, operasi bersihkan kucing dijalankan oleh konco-konconya. Setiap hari dimandikan. Sampaikan rumahnya pun mereka belikan. Susu dan sardin jadi hidangan. Seronok, bila dah ada teman. Tapi yang pasti, kucing yang digelar HERO ni memang tak akan berkekalan tinggal di situ. HERO ada dunia dia sendiri yang perlu dia tempuhi. HERO kena kuatkan diri, belajar berdikari. Terima kasih HERO atas peluang untuk menyayangi =).

Petang tadi, syura telah dijalankan, keputusan telah dibuat, Maka, HERO dihantar kembali ke tempat asalnya. Sedih, tapi nak buat-buat tak layan. Sibukkan diri memasak, konon-konon tak sedar yang HERO bakal meninggalkan. Mengiow-ngiow je HERO, tapi memang buat-buat tak perasan. Mereka akhirnya menghantar HERO pulang.

Sekarang? Aik, tadi ok je, tiba-tiba rasa mata bergenang, air mata mengalir. Oh, fragilenya budak sorang ni. Bukannya tak boleh jumpa HERO lagi. Dah, tak nak menulis lagi. Basah pula laptop ni. T_______T.

Esok lusa ok lah ni. =).

Yakin, HERO mesti boleh hidup sendiri. Aishhh, mesti boleh punyalah. Lumrah alam memang begitu. Cuba ingat kisah sang semut .

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyakkah makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum? Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. "Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Bestkan cerita ni? Hero mesti ok punya. =). Dan paling penting dalam cerita ni adalah TAWAKAL. Sejauh mana kita bertawakal kepadanya? Tawakal letaknya bukan dimulut, tapi dihati, Yakin, yakinlah dengan janji Allah. Mengharap tidak pada yang lain selain dia.



Undur diri dulu.

190510
1.31 a.m

7 comments:

raihaana said...

kak chep!
sedehnya!

hmm T___T

[MH] said...

babai hero. we will miss you

(huuhu)

[amiza malik] said...

maksu ayu mintak maaf dekat hero sbb maksu ayu selalu buli hero. maksu ayu risau kalau hero takley survive kat luar. ada anjing, ada budak arab jahat dekat lorong new market tu.

hero kalau nak makan pergi syari3 mawardy tau, kat situ ada amu jual ikan, tapi dia bukak tengah2 hari sket. ada juga kedai ayam, kedai daging tapi hero jangan mencuri tau. makan yg lebih2 tu je.

kalau hero lapar sgt, nk makanan best2 ske, datang balik syari3 ismalil sirii, rumah ummi chep ke, rumah maksu ayu ke. stil ingat jalan x ni?

jangan main-main kat syari3 kasr el ainy, situ kete banyak, laju2..jangan pergi sg nil, kalau jath masuk sg besar tu lemas....

hero, jaga diri T___T

Anonymous said...

sedeynyer..huuhu...p cerita tentang Nabi Sulaiman a.s dgn semut tu mmg patut diambil ibrahnya..thanks~

Anisah Shamilah MS said...

:(

:)

jazakillah chep!

'Ezzah Al-Islam said...

-_-"

mendoakan hero baik2 sahaja. semoga tuan hero tabah dengan hasil syura..

Anonymous said...

kak chep..sdey..mgkin Allah tahu yg terbaik utk hero kan..