Sunday, May 16, 2010

Marahlah dan tamparlah


Exam tadi agak mencabar, kelihatan seperti ada konspirasi di situ. Kesimpulan, jangan jadi terlalu dependent kepada sesuatu, ok? Jom kita jadi hamba Allah yang pertama-tama berserah diri, yang pertama-tama bersyukur dan yang pertama-tama bertawakal. Tawakal bukan sekadar di mulut ya, dan tawakal itu letaknya dari awal, bukan dihujung-hujung setelah berceloteh panjang itu dan ini. Titik.

Sorry, teringin nak buat entry pasal zaman sekolah sempena hari guru ni. Boleh kan?

Masa umur 4 tahun, mengaji fardhu ain dekat dewan.
Nama cikgu : Ustaz Nordin
Kenangan yang masih terbayang-bayang : Kena cubit telinga lama-lama sampai merah sebab baca alif ba ta pun tak lancar!

Masa umur 5 tahun, saya bersekolah di taski Ummi.
Nama cikgu : Tak ingat, cikgu tu tinggi, pakai tudung labuh.
Kenangan paling segar : Kutip manik hari-hari masa rehat bersama Yaya. Oh lagi satu saya kena buat latihan tulisan 2 kali sebab tulisan saya buruk! Dekat tadika ni lah saya belajar membezakan tangan kanan dan kiri.

Masa 6 tahun, pindah sekolah masuk tadika Kemas.
Nama cikgu : cikgu Syidah, cikgu Mariana, makcik Siti (tukang masak).
Kenangan yang masih dalam memori : Baju sekolah saya lain dari yang lain, orang lain baju kotak-kotak, tapi saya pakai baju kosong. Mengapakah?

Darjah 1 : Masuk sekolah rendah, SK Batu 3.Cikgu darjah 1 : Cikgu Anisah.
Kenangan paling terkesan: Kena tampar dengan cikgu sebab menipu. Kena buat cerita pasal arnab dengan kura-kura, tapi kakak sulung (kak farah) yang buatkan. Maka tulisan sangat berbeza. Bila cikgu cakap kenapa tulisan lain, saya jawab sebab saya guna pensel picit (pensel tekan @ mechanical pencil).Cikgu pun pinjamkan pensel picit, suruh saya tulis. Totally tak sama! Saya cakap lagi, saya kena guna pensel jenama tu je. Lepas tu cikgu suruh saya pergi panggil kakak saya (syafiqah) di kelas 3 Bestari. Dan pikah telah membongkar rahsia yang sebenar. Maka, hinggaplah tangan cikgu Anisah ke pipi saya. (tidak menangis kerana jika menangis kelihatan tidak macho). =).

Darjah 2
Cikgu : Mostly cikgu muda-muda semua. =)
Kenangan yang memalukan : Kawan saya kata dia ada ilmu batin. (baca : kuasa sakti). Disebabkan saya baik dengan dia, dia pun hadiahkanlah saya ilmu tu. Kami dalam 4 ke 5 orang, semuanya konon-konon ada keramat. Saya ada sebatang pen keramat yang digelar adik. Entah, konon-konon pen ini boleh bercakap, dan masa tu saya konon-konon dengar je suara pen tu. Kami berlima selalu duduk sama-sama dalam bulatan untuk meditasi. Huhu. Dan konon-kononnya nenek kebayan yang duduk dekat belakang padang sekolah telah mengamanahkan kami untuk menjaga ketenteraman sekolah. Hebat kan? =P

Lower form
Cikgu : Sangatlah ramai untuk disebut
Kenangan yang perit tapi manis : Masa f1, ...................... (cerita sangat panjang, lain kalilah cerita lower form ni.

Upper form
Cikgu : Semua!
Kenangan : Sangatlah banyak. Kalau nak cerita, boleh jadi 5 jilid buku kot. Ya, kenangan pegang amanah-amanah besar memang sangat memberi makna besar dalam hidup. Kalau diberi peluang, mahu tebus balik masa-masa lalu, mahu buat semuanya terbaik. Ok, itu memang mustahil. Yang boleh dibuat sekarang adalah menggunakan masa sekarang dengan terbaik! Memang, masa takkan pernah bagi peluang kepada kita melainkan sekali sahaja. Tiada toleransi.


Cikgu-cikgu , yang mengajar saya dari kecil sampailah sekarang. Secara langsung atau tidak langsung.Ucapan terima kasih memang tak akan pernah cukup. Ribuan, jutaan, memang tak terbalas. Kalian adalah antara makhluk-makhluk tuhan yang mencorakkan hidup saya menjadi lebih indah. Tamparlah saya, jika itu mampu menjadikan saya lebih baik. Marahlah saya, jika itu bakal menjadikan saya insan berguna. Bebankanlah saya dengan apa sahaja jika bebanan itu membimbing saya menjadi manusia yang lebih sempurna. InsyaAllah, dengan segala yang telah kalian berikan, akan saya manfaatkan bukan sekadar untuk diri sendiri tapi untuk umat manusia seluruhnya, untuk islam terutama insyaAllah. Doakan kejayaan saya dunia akhirat.




ps: Abah dan ummi iesya, happy teachers day!

5 comments:

aimi jamaludin said...

nice! gelak2 baca part yang pasal awk ngn yaya tu.teringat apa yg yaya pernah conteng kat whiteboard kauthar.hehe

(btw, cerita lower form memang panjaaaaaang gila lah kan)
dan perit?
tp for sure dirg had learned something lah kan from pengawas skema ni..heheh

sharifah syahirah TSM [chep] said...

@aimi
hehe. jangan percaya dengan dongengan yaya tu, sebenarnya dialah watak perempuan sedih tu.

eh, aimi mst tau kan cerita saya dulu-dulu tu, macam perit, tapi zaman tulah yang ajar saya makna hidup yang sebenar, ajar jadi lebih matang, etc.

i hope so!
mendoakan yang terbaik untuk mereka.Tanpa mereka, tiadalah ujian buat saya.

nak dedicate lagu untuk aimi.

"dalam kehidupan ini.........."
ingatkan lirik yang kita tukar haritu? hehe.

=)

yanna_ngee~ said...

heheeheh
nakal nye k.chep dulu2
huhuhuhuhuhu
lawak lar..hukhukuk
sye da t'bahak2 da nih
heeeeeee

haih,sweet nye k.aimi n k.chep
;)
kuikui

iyliaFarhana said...

hahaha i'm reading dr badar sambil gelak2 sorg2 lam bilik ayu... :P

teringat lah chep buat gaya duk dalam bulatan tu...hahahaha alamak tergelak lagi...haha

sharifah syahirah TSM [chep] said...

@yanna.
hehe. Itu sejarah Kakchep.
=).
Tapu akak tahu, kalau akak punya nakal tahap tu, yanna punya mesti up lagi kan?
baik ngaku.kalau tak......jagalah minggu ni.! =P

@iylia
dapat bayang camne iylia gelak. haritu pun bukan main semangat lagi dia.
nak saya ajarjan buat meditasi?
=D. ehehhe.
iylia tak mainlah meditasi, dia turbo jam je.
dah2, balik rumah cepat.