Friday, June 18, 2010

Ranking ke 3,4,5 dan 6


Allah banyak sangat nak bagi peringatan hari ini. Sungguh, mahu sahaja aku ceritakan semuanya kepada kamu, tapi aku masih ada prioriti lain buat masa ini. InsyaAllah, akan aku lunaskan janji aku apabila segala urusanku selesai.

Perkongsian aku untuk kali ini hanya sebagai peringatan. Bukan sesuatu yang baru.Mengenai insan yang memegang ranking yang tinggi yang perlu dihormati selepas Allah dan rasul. Ya, ibu, ibu, ibu dan bapamu.

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa


Ringkas, mudah dan padat. Tapi sejauh mana kita menghayatinya. Kita nak redha Allah, tapi sejauh mana kita mencari redha ibu bapa kita? Pastikah kita bahawa ibu bapa kita telah redha dengan kita?
Hadith yang menuentingnya berbuat baik pada ibu bapa k
Daripada Abdillah bin Mas'ud, beliau berkata; "Aku bertanya kepada Nabi saw; Amalan apakah yang lebih Allah suka? Rasulullah menjawab; Solat pada waktunya. Aku berkata; kemudian apa? Rasulullah menjawab; Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku berkata; kemudian apa? Rasulullah menjawab; Berjuang di jalan Allah. [HR Bukhari, Nasa'i dan Ahmad]

Lagi, Allah perintahkan untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Oh, ini bukan lagi perkara main-main. Never ever Allah akan bergurau-gurau dengan kita. Ya Allah, tiba-tiba hati aku terketuk harini. Sejauh mana aku telah menjadi anak yang solehah seperti yang engkau arahkan. Sejauh mana aku telah berbuat baik kepada mereka, demi mendapatkan redha mereka dan redha engkau? Sadisnya, yang selalu aku perbuat hanyalah bersikap selamba kepada mereka. Merajuk bila konon-kononnya terasa. Mogok bila tak dapat apa yang dipinta. Ya, akulah itu.

Firman Allah;
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. [QS 17;23]

Sekali lagi, dan sebenarnya terlalu banyak dalil-dalil lain yang menjurus kepada perkara yang sama. Cukup dulu bukti-buktinya, tak perlu ragu-ragu lagi dengan ayat-ayat ini. Aku mahu jadi anak yang baik, yang menyenangkan hati ibu bapaku, seperti mana doa seharian kita yang meminta dikurniakan pasangan dan anak yang bakal menyejukkan mata. Mahukan pasangan dan anak yang menyejukkan mata, diri kita yang pertama-tamanya perlulah berkelakuan seperti yang dipinta.

Redha Allah : Redha ibu bapa
Jika cinta Allah : Cintailah ibu bapa.
Derhaka pada ibu bapa : Derhaka pada Allah.

Mahu jadi hamba durhaka? Mahu jadi anak durhaka?
Ya Allah, bimbing aku untuk menjadi anak yang solehah. Bimbing aku untuk mendapat redha engkau dan redha mereka. Peliharalah mereka sebagaimana mereka pelihara aku , bahkan lebih baik lagi dari itu. Mudahkan jalan-jalan bagi mereka menuju syurgamu.

Abah ummi, minta maaf ye kalau orang ada buat salah silap. Jasa kalian tak mampu dihitung. Tak dapat dibayar walau dengan emas setinggi gunung.




0 comments: