Pandangan aku dilontar jauh...
Mendongak ke langit biru
bukan kerana bongkak dengan duniaku
tapi dek kerana rindu pada pelakar yang satu
sesekali aku menunduk ke bumi.
rebah , longlai , resah
kecilnya aku tapi tak sedar diri
perintah tuhan aku ingkari
janji dan janji dan janji lagi mengubah diri
namun pernahkah ditepati .
ohh, mungkin engkau belum betu-betul takut dengan api.
sepi... sunyi...
entah apa yang aku cari
mengintai ke sana sini
masih tak ketemui
kemana perginya rasa
lari ke mana wahai jiwa
Hatiku beku langsung membisu
kering kontang tidak berpenghuni
malap dan hilang cahaya
ke mana semuanya pergi?
jangan biar aku sendiri
cukup. cukuplah engkau menyepi
cari, dan teruskan menggali
bajai dengan akidah sejati
basahi dengan siraman abadi
selubungkannya dengan cahaya
kau kejarlah mentari
moga terus mendapat ketenangan abadi dari Ilahi
Mendongak ke langit biru
bukan kerana bongkak dengan duniaku
tapi dek kerana rindu pada pelakar yang satu
sesekali aku menunduk ke bumi.
rebah , longlai , resah
kecilnya aku tapi tak sedar diri
perintah tuhan aku ingkari
janji dan janji dan janji lagi mengubah diri
namun pernahkah ditepati .
ohh, mungkin engkau belum betu-betul takut dengan api.
sepi... sunyi...
entah apa yang aku cari
mengintai ke sana sini
masih tak ketemui
kemana perginya rasa
lari ke mana wahai jiwa
Hatiku beku langsung membisu
kering kontang tidak berpenghuni
malap dan hilang cahaya
ke mana semuanya pergi?
jangan biar aku sendiri
cukup. cukuplah engkau menyepi
cari, dan teruskan menggali
bajai dengan akidah sejati
basahi dengan siraman abadi
selubungkannya dengan cahaya
kau kejarlah mentari
moga terus mendapat ketenangan abadi dari Ilahi
yang merasa sendiri,
badar 313
mounira.
badar 313
mounira.
8 comments:
oh my.chep juga sudah menjadi em?
nak nangis bace...
chep...sy sangat rindu sama kamu....sangat..
aku punya seorang teman..
teman sedari zaman sekolah rendah..
kekal persahabatan kami sehingga kini..
aku yakin dan kerap berdoa agar ini akan kekal hingga akhir nanti..
dialah sahabat sejatiku..
muallim ku pernah berpesan..
" nak berkawan, kawan lah dengan yang boleh ingat kan kita kepada ALLAH.."
aku yakin dialah orangnya..walaupun jauh di perantauan..jauh beribu batu..
walau sekadar menyebut namanya didalam doa..walau sekadar teringat kepadanya..walau sekadar melawatnya melalui blog kegemarannya..air mataku pasti bergenang di kelopak mata..pasti..saat ini aku yakin dan pasti sekali...roh perjuangan pasti 'tertiup' untukku walau sekadar melalui coretannya di blog..chep, ketahuilah, anda org itu.. ....
T.T
@ ayu
saya jadi chep yang seakan ayu amiza.
(tapi ayu amiza tu jauh lebih mantap)
@gawwafah
moga tangisan itu membersihkan noda2 dosa di jiwa kita
@fizt
kamu juga sering buat kelopak mataku basah.
entah kenapa, dalam kawan yang beribu,hatiku sentiasa dekat padamu.
sentiasa ingin berada disisimu.
ingin selalu berkongsi jiwa dan rasa denganmu.
merasa bahagia bersamamu.
moga Allah tautkan hati2 ini hingga ke akhirnya.
moga Allah terus kuatkan dan thabatkan kita di jalan yg telah kita pilih.
maaf jika tidak mampu menggenggam tanganmu di saat kau perlukan kekuatan.
doa dari jauh aku pohonkan.
salam chep,
selama2nya tidak sendirian,
Allah menyatukan hati2 ini,
moga dibajai ukhwah sejati.
tengah down ye? rindu nak mendengar kamu.. cepat2 kembali ye dear~ jatuh2 lama.. tak baik utk kesihatan iman..^^,
p/s: dapat dah kad dari sy?
@ezzah al-islam
insyaAllah, bila dh skolah ni,
keadaan akan lebih baik =)
kad apekah?
Post a Comment