Wednesday, February 3, 2010

Takut

Pendek je entry ni, saya janji =)


Perasan tak, kita manusia apabila takut pada seseorang, kita pasti akan melarikan diri dari individu tersebut. Seboleh-bolehnya menjauhkan diri. Mengelak daripada bertemu dan bertembung. Tapi, dengan Allah lain. Makin kita takut, makin kita dekati dia. Makin kita takut, makin kita perbanyakkan pertemuan-pertemuan dengannya. Makin hidup malam-malam kita dengan sujud kepadanya. Makin banyak kita mentadabbur ayat-ayatnya. Makin dan makin lagi.

Kan? Beza takut kepada manusia dan takut kepada Allah. Takut kepada Allah adalah satu ibadah yang wajib,yang menggunakan hati, yang ada dalam diri setiap nabi-nabi, sepanjang zaman. Bukan zaman rasullullah sahaja. Hmm, kalau nabi yang suci dari dosa takut tuhan, kita sepatutnya lebih-lebih lagi takutkanNya, kan? Tak mungkin iman tanpa takut kepada Allah.

"Sesungguhnya mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan teman-teman setianya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tapi takutlah kepadaKu, jika kamu orang-orang beriman." (3: 75)

"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal" (8:2)

Hmm, tergolongkah kita dalam golongan yang takutkan Allah? Mari kita berusaha tanamkan perasaan itu. Mari mengenal Allah, agar ketakutan dan kecintaan kepadaNya semakin mendalam. Jom usaha sama-sama!

Minta diri dulu ye. Nak pergi maarad (pesta) kutub mencari buku ke buku-buku ? pelbagai aneka =)

Kucing pun pandai tadah tangan macam berdoa. Oh tidak, saya sangat merindui bunyi kucing-kucing kecintaan di malaysia. Ringtone message bunyi kucing tersepit handphone milah same sekali tidak mengubat kerinduan saya =)

5 comments:

Anisah Shamilah MS said...

huhu~
shamilah's cat by dr faisal..
mane lgi annoying?
ringtone msg kucing tersepit?
atau ringtone nokia abis battery?
:D

sgt ironi kn takut pd DIA dgn tkut pd hamba.

Amanina ST said...

hahaahha...

chep,xyah la bela kucing, bela la hamster :D

Ummi Eisya&Amani said...

good luck k..

Anonymous said...

Bila kita takutkan Allah kita seharusnya memacu kalimatNya yang bersayap sayap itu terbang bagai kawanan pipit menebarkan kewujudanNya kepada manusia yang diselimuti dunia yang bermata tanpa cahaya.

bro muharrikdaie

'Ezzah Al-Islam said...

hoho.. cute cat berdoa.. teringat pingu chep. dulu stp kali lpas balik cuti, dgr crita kucing kamu..kuikui ^^,

dah balik jaulah. best bangat. sis france mmg mntap. tak sabar nak lawat sis mesir.. bilakah? ermm