Saturday, December 26, 2009

Telefon berdering di tengah malam?

Tiga empat kali telefon tu berdering. Bukan siang, tapi tengah malam. 1 pagi.
2, 3 kali aku jenguk2 handphone tu, tertera satu nama yang tidak asing bagi kami.

" Nis, nak angkat ke handphone Wan yang tertinggal kat rumah kita ni? Dah tengah2 malam, apsal si A call banyak2 kali ni?"

Nis menjawab call tersebut, "mane tahu ade hal penting ke. Dah 4 kali dia call."

Telefon dijawab. Tapi suara yang kedengaran bukan suara nama yang tertera, tapi suara orang arab. Hoho. Ni no si A yang hilang handphone tahun lepas.

Sekali lagi lagu InsyaAllah Maher Zain kedengaran dari handphone. Terus Nis angkat, bukak loud speaker. Dibiar arab tu cakap sorang2. Nis sambar handphone beliau, buka folder music, pasang bacaan al-quran, kuat-kuat, lama-lama.

Aku yang duduk di sebelah, terasa hati bagai terus tersentap mendengar bacaan sheikh Saad Said al-Ghamidi. Sayu, merdu dan menggetarkan jiwa.Tapi aku tak pasti pula perasaan pakcik tu. Dipasangnya lagu arab dalam masa yang sama. Tolong la sedar wahai pakcik. Jangan ganggu anak orang malam2 buta macam ni. Tak manis kan? =)

Apa nak cerita ni sebenarnya?
Takde pe, selama ni kami bila diganggu dengan panggilan telefon dari arab kami selalunya selesaikan dengan cara divertkan no kami kepada mana2 orang arab, baik ammu (pakcik2 especially ammu atif, mahupun ustazah arab ). Huhu. Maaf ye ammu. Tapi cara yg Nis guna kali ni sangat menarik lah bg saya. =)

Ok, sekian sahaja seposen dua perkongsian tips apabila telefon anda diganggu pakcik2 arab.
selamat berpuasa sempena hari Asyura ye semua!

8 comments:

fathiyyah said...

ya robb, kami gelak guling2 kat sini, shahirah :D

sEeKeRZ said...

menakutkan~
tapi xsure la kot2 cara tu blh apply kat tanah melayu ni ha...kalu pak arab tu maybe dy paham la jugak maksud bacaan tuh.
tp tak pe,boleh try~
=]

emhoho said...

chep, saye selalu divert ke no ijud atau medad..hahahah...
(mintak2 dorg xbace blog chep..=D)

princess said...

chep,
huda kn kne kaco ngn lesbian arb...mende ntah everyday kol ckp bahibbik byk2 kali..
last2 mls agkt..everytime die kol silent kn phone.. :D

Atiqah said...

alahai kalian amat comel sekali~
hihi

sharifah syahirah TSM [chep] said...

Wan,
enti salah eja nama ana.
SYahirah ye =)

intan.
aku rase, boleh je apply kat msia.
serius. org arab maybe die dh immune kot. so maybe org melayu sesuai jerk.

sharifah syahirah TSM [chep] said...

em.
hoho. kesiannye mereka.
haha.xpe, mereka mampu,
maka Allah gerakkan hati kamu untuk divert kepada mereka. kan2?

ijud, medad, bace lah blog ini!!!


huda.
lesbian? hoho.
buat cmni.
"aiwah, qism syurtah sayyida zainab. ana sarjan huda. fi ayyi musykilah?"

huhu.. try la hud =D.

tiqah.
xpdt lwn kecomelan kamu. kan?

a M i e said...

x pnah plak jdik kt kte..
cmne nak divert no tu ea?
mcm best je..hahha