Tuesday, January 5, 2010

kita dan mereka



Nikmat Allah itu terlalu banyak,
sampai kita tak mampu menjaga kualitinya
tidak sempat mensyukuri segalanya.


Kadang kala aku merasa
Si buta itu hidupnya lebih mulia
walaupun nikmatnya tak seindah manusia biasa.
kita manusia yang punya nikmat sempurna
tidak malu menyalahgunakan nikmat tuhan.
kerap kali tidak menundukkan pandangan
bahagia diulit omongan syaitan
hati legam disalut kehinaan.
mana pergi sifat ihsan?


Sesekali aku merasa
si bisu itu lebih bertuah
lidahnya kaku tak mampu bermadah
Bersih tiada berhelah.
kita manusia yang punya nikmat sempurna
bercerita yang sia-sia
meratah-ratah daging manusia
hilai tawa bagai tak ingat balasan neraka
"bahagia" dihanyut arus dunia.
mana kalimah membesarkan tuhanmu yang esa?


Maafkan aku tuhan
jika syukurku hanya dituturkan dengan kalam2 indah
maafkan aku tuhan
jika syukurku tak sepadan dengan nikmat yang kau berikan
maafkan aku tuhan
jika bermata namun tidak melihat
bermulut tetapi bisu
bertelinga tetapi tuli
dalam menegakkan kalimah kebesaran
memperkukuh paksi kebenaran
maafkan aku tuhan
jika aku meminta yang bukan2
maafkan aku tuhan
jika manusia lebih dijadikan tempat aku mengadu kesedihan.
kau berilah aku secebis kekuatan, wahai tuhan yang tiada tandingan.




ps: exam bakal menjelang. mohon doa dari kalian. Moga Allah mudahkan urusan. syukran ya =)



8 comments:

fathiyyah said...

chep, ayat2 ini sgt menusuk. tq sister!

qistina said...

maafkan aku tuhan
jika manusia lebih dijadikan tempat aku mengadu kesedihan

thanks fr d reminder :)

sedih bila kita lebih senang menangis di bahu seseorang dari menangis dalam sujud

nadhirah said...

kak chep..
sgt best!
terus masuk dlm hati~
syukran ya ukhti..

Mrs. Adz said...

kata-kata yang memberi penuh makna..kadang-kadang kita memang terlalu bahagia dengan nikmat dunia..

thanks for sharing..

buat yang terbaik untuk exam..eisya dan family sentiasa doakan untuk awak..go go girl..

fasihah said...

bestnya kata2 ni
mmg sgt brmkna
ske bait yg last~
gud luck tuk exam!

insan biasa said...

mantap2
clap2

anisahshamilah said...

amazed..

teringt haritu waktu bersosial dgn aimi n em.
kitorg nmpk 1 group org bisu.dorg guna bhsa isyarat.
muke dorg tersenyum, bersih, suci..

terase jeles~
tpi bersyukur dgn nikmat yg Allah beri.

^.^

Mrs. Adz said...

de,

nak copy n3 ni tau..nak letak kat blog..