Saturday, October 3, 2009

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Bila balik Malaysia, soalan popular adalah
" Dah pergi piramid ke?"
Bila berbual di ym bersama kawan-kawan lama juga ditanya soalan serupa.

Ikut perancangan awal, ingat nak pergi semasa tahun akhir nanti. Tapi dah "ter"pergi semalam sebab menjadi pemandu pelancong kepada pelancong sambil diri sendiri menjadi pelancong.
Dengan ini saya mengumumkan kepada keluarga dan sahabat-sahabat bahawa saya telah pun menjejakkan kaki di "wilayah firaun". Jadi, jangan tanya lagi ya (*-*).


Kemana hilangnya hidung mancung sphinx ni? Ada yang kata patah kerana ditembak ketika perang. Ada juga yang kata hilang atas faktor cuaca. Entah. Macam-macam mitos ada. Dikatakan sphinx dibina untuk dijadikan sebagai tangkal bagi kawasan itu. Kononnya dengan adanya sphinx, bencana padang pasir dapat dielakkan. Huh, macam-macam kepercayaan.

Kalau masuk betul-betul dalam piramid tu, kita kena tunduk sebab binaannya memang begitu. Tapi kami tak masuk pun. Firaun memang bijak, mahu semua orang tunduk kepadanya walaupun sudah mati. Tapi ada kisah mengenai seorang ulamak dahulu kala yang masuk secara mengundur. Maka diberinya punggung dahulu kepada firaun=D. Cerita ni popular kan. Tapi saya tak pasti kesahihannya. So jangan terima bulat-bulat ye apa yang saya tulis.


Selain piramid, kami juga menuju ke makam iman syafi'e, masjid amru al-as, masjid 4 mazhab , masjid rifai, dan universiti Azhar. Menurut penerangan yang diterima, kehebatan sesebuah binaan pada zaman dahulu dikira berdasarkan kebolehan binaan tersebut menghasilkan gema. Nasib kami baik pada hari itu, muazzin masjid ini mengajak kami duduk bersamanya untuk mendengarkan alunan syahdu zikir darinya tanpa menggunakan pembesar suara. Dan ternyata, suaranya bergema ke seluruh masjid. Subhanallah. Menakjubkan.



Untuk maklumat lanjut tentang piramid, makam, dan masjid-masjid ini silalah minta bantuan encik google ya.

ps : Esok kelas kami akan akan bermula. Maka, episod hidup sebagai pelajar perubatan akan segar kembali. Doakan yang terbaik untuk kami. Jadual tahun ini walaupun tidak pack, namun kelihatan begitu mencabar. Kelas antara 3 ke 4 jam. Huhu. Benarkah itu? Tunggu dan lihat sahaja. nasib baik bawak supplemet ELKEN banyak dari malaysia. harap dapat beri kesegaran =D. Moga kami tabah hadapinya.Ameen ya rabb.

1 comments:

nagaliar said...

org yg ada otak...akan mengkagumi teknologi pyramid...

org yg ada akal pula akan memikirkan sebab dan musabab ianye dibina...

org yg mendpt hidayah pula mentafsirkan...walau sehebat mana pun hasil ciptaan manusia maka ianye tetap x dpt menandingi ciptaan Allah S.W.T...jika mrk ingin mencabar juga...sesungguhnye mrk termasuk dlm golongan org yg maha zalim...azab pedih n kekal di neraka jahanam...