Wednesday, September 30, 2009

Pintu dikopak

Rumah kami kena kopak! Oleh seorang pakcik arab. Sebab...........ada kunci tertinggal kat dalam. Hehe. Pakcik pintu la yang tolong kopakkan pintu supaya kami boleh masuk. Tak perasan ada kunci yang tertinggal kat dalam. Tu pasal tak boleh buka. Alang-alang pakcik tu dah tolong baiki, kami minta pakcik tu kuatkan lagi security rumah kami. Tak mahu apa-apa kejadian berulang lagi. InsyaAllah. Syukran kepada doktor2 yang cuba tolong kami. walaupun tak berjaya. =D

Ini bukan pintu rumah kami. Gambar hiasan.
----------------------------------------------------------------------------------------

Setelah menulis entry yang sebelum ini, pelbagai respon yang kami terima, baik melalui komen di blog, mahupun di YM dan secara "face to face".

" Akak 13 jam dapat hotel"

" Eh, bukan patut dapat hotel ke kak chep?"

" Korang tak check kat kaunter ye?"

Dan macam-macam lagi. Mula-mula dengar, rasa haru lah juga. Mahunya tak rasa kecewa melepaskan tempat penginapan yang best dengan percuma. Nak guna duit sendiri entah mampu entah tak. Entah bila lagi nak jejak Bahrain tu. Konon-konon kalau boleh n.ak cuba flight yang berbeza setiap tahun. So, tak tahulah dapat jejak lagi ke tak bumi yang kaya dengan minyak dan emas tu.

Tapi bila refleks balik, rasa haru tu dah hilang. Banyak benda yang kami belajar dari situ. Kami merasa pengalaman yang tak dapat orang-orang yang menginap di hotel rasakan. Orang lain tak ada rasa makan ketupat rendang atas lantai kat airport tu. Orang lain tak rasa feel duduk-duduk dekat surau dengan makcik-makcik arab yang majoritinya dari Iraq. Lain negara, lain sifat, budaya dan kepercayaannya. Tapi yang paling penting bagi saya, kami dapat tarbiyyah sabar di situ. Sabar dengan macam-macam perkara. Juga di situ kami dapat tarbiyyah saling menjaga satu sama lain. Kalau ada 2 orang tidur, pasti seorang lagi akan berjaga. Masing-masing bergilir-gilir menjaga satu sama lain. Bukan jaga orang je, tapi beg juga. Mesti la risau bila dah dengar macam-macam kes orang seludup barang dalam beg penumpang.

Konklusinya, saya happy =D. Tak ada gunanya nak bersedih dengan perkara yang dah tak boleh rewind dah. Kan?

3 comments:

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

as long as u are happy, nothing to worry sis. ^____^

sharifah syahirah TSM [chep] said...

thanx sis!

Mrs. Adz said...

wah,sempat lagi tu berjalan..mana pic org yang pergi kat situnya..bestnye jejalan..

dah start kelas ke..selamat belajar kembali..wah,siap promote lagi ni..manager yang bagus ni..hihiii