Tuesday, September 8, 2009

Garam

Rasa garam masin.
Masin tu rasa dia macam mana ye kak?
Ermm...masin tu rasa dia masin la, ha, masin la....





Sesiapa ada ayat untuk explain masin tu macam mana? Atau mungkin boleh explain manis, pahit atau masam. Mari kongsikan jawapan kalian.

------------------------------------------------------------------

Kalenjar air mata insan kerdil itu mengalirkan permata-permata jernih. Deras aliran. Kata-katanya mati di situ. Hanya air mata itu yang dapat menzahirkan apa yang dirasa. Nikmat indahnya Islam itu tak dapat dibuahkan dengan kata-kata. Islam yang sebenar. Bukan celup-celup, bukan separuh-separuh. Islam kaffah.



Insan kerdil itu mula merasakan indahnya islam apabila melihat qudwah yang terzahir dari sahabatnya. Seorang sahabat akan menggambarkan sahabatnya. Umpama cermin. Pepatah arab, berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah orang disekelilingnya. Tapi jika berkawan dengan pengimpal besi, maka terasalah bahang panas percikan apinya. Dari sini, aku melihat betapa pentingnya akhlak diri. Tak takutkah aku jika aku berperangai syaitan,tanpa aku sedar, secara tak langsung telah mempengaruhi manusia di sekeliling turut menjadi konco-konco sang syaitan. Pasti aku kan disoal di mahkamah akhirat kelak. Mahkamah yang mana tiada peguam bela, yang ada hanya saksi-saksi hakiki, hakim yang adil dan pastinya hukuman yang benar-benar setimpal.



"Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)


Apakah yang dimaksudkan dengan sahabat yang mempunyai qudwah (contoh) yang baik?

Apabila melihat dirinya, kita akan terus mengingati Allah. Islam itu tergambar dari akhlaknya. Melihat dirinya seperti mengembalikan kita kepada agama. Malu untuk bersoal panjang dengannya hal dunia.

Seseorang sahabat yang baik juga adalah apabila semakin kita mengenalinya, semakin banyaklah baiknya yang kita nampak. Semakin jelas akhlak-akhlaknya berbanding buruknya. Makin harum baunya. Bukan yang semakin lama kita mengenalinya, semakin banyak "dirinya" yang sebenar terlihat. Yang semakin terlihat "belang-belangnya". Makin panjang taringnya.


Koreksi diri semula. Sejauh mana diri kita menjadi qudwah yang baik untuk orang sekeliling. Sejauh mana kita merasa izzah mengamalkan akhlak-akhlak islam. Sejauh mana pula taring kita mencederakan penghuni-penghuni bumi yang lain. Jom buat revolusi diri especially dalam bulan ramadhan penuh hikmah dan barakah ini. Jadikan ramadhan ini sebagai titik permulaan yang memperkemaskan langkah-langkah kita yang longlai. InsyaAllah.

Best ke amal akhlak islam?

Sekian dulu dari Dunia Tak Seindah Syurga. =D

1 comments:

Puteri said...

Tanpa garam makanan hambar tetapi masih boleh dimakan. Tanpa iman 'makanan bukan sekadar hambar, malah busuk dan menyaitkan jika dimakan'.