Tuesday, August 25, 2009

4 pagi

Lagi 10 minit nak ke pukul 4 pagi. Habis meeting pasal barang rumah yg nak dibawa balik ke cairo tadi, terus merantau ke sarang labah2 yang dah lama tak dijenguk. Tersengeh sorang2 membaca tulisan manusia2 lain.Bak kata ayu dulu2 "lucu la korang ni" (^-^)

Dah lama tak mengupdate, terasa hilang rentak, hilang irama. Mula takut untuk menulis. Idea tersasar ke sana sini.Title akan ditukar tu pun tak tertukar lagi. Huh! Blogger2 mesir yang lain ada yang makin aktif, ada juga yang semput2 apnea.... bak kata doc aqif dengan nada yang unik, tenggelam timbul.

Minggu lepas, keluar dengan bestfren dari sekolah rendah, hampir 13 tahun kami berkawan. Ada juga yang 1o tahun. Memang rapat, tiap2 tahun konfem akan jumpa walau masing2 dah bawa hala tuju masing2. Ada bakal lecturer, ada bakal jurutera, bakal peladang berjaya. Status? Kahwin, tunang juga single. Hehe. Macam biasa, jumpa kongsi2 cerita sepanjang setahun tak berjumpa. Ada yang sedih, sampai hati rasa meronta-ronta nak duduk sama2 lama2, menghilangkan resah mereka. Ada yang gembira, senyum sampai ke telinga. Tahniah2~ =D.
Apa2 pun, semoga ukhwah kita sampai ke syurga, bukan sahabat dunia je. Jom tolong satu sama lain untuk berjalan menuju taman2 indah di sana, insyaAllah.

Buku2 masih belum khatam semuanya,
fiqh sirah, petunjuk sepanjang jalan, aku terima nikahnya, belajar dari 2 umar, puteri2 rasulullah, dan khalifah2 islam. Ni yg belum habis. baca separuh2.
hari2 dalam hidupku (kisah zainab ghazali al-jubaili) ,Jalan dakwah dan Mihrab Cinta dah khatam. Alhamdulillah.

Kepada cikgu2 smssi, sorry sebab belum sampai lagi ke sekolah. Memang ada merancang, tapi belum tertunai lagi. InsyaAllah kalau ada kesempatan, akan datang juga bulan 9 ni dengan Izatul dan yang lain. Kalau tak sampai, kita jumpa tahun depan la pulak ye. Cikgu roziawati yg duduk di IM 15, minta maaf jugak. Raya cikgu ade sini ke balik kelantan? Nanti saya try bincang ngan syazana ye, mana tau ade kesempatan nk gi rumah cikgu nnt. =)

Sampai sini dulu update yang entah apa2 ini. 4 minit nak ke 4 stgh. Makanan sahur perlu disiapkan. Nak kejutkan manusia2 lain dan seekor kucing yang sedang nyenyak tidur. Semoga mutabaah amal kita untuk bulan ramadhan ni semakin baik. Ajak semua orang buat baik especially diri sendiri. Bila terasa malas, mari pesan pada diri

" eh, setan dah takde ni, kalau aku malas, maksudnye aku ni 2x5 je la! huhu. setan takde pun malas, senang la keje setan macam tu, takyah buat kerja pun, kerja dia jalan jugak! hehe. Mengaku bestfren terus setan tu!"

"kalau aku tak guna betul2 ramdhan ni, ntah ramadhan depan aku hidup lagi ke tak dah, ajal boleh datang bila2,sape tahu kan?"

ok, sahur jom!

9 comments:

fathiyyah said...

next week jumpa!

yeay!!

medicmesir.com said...

buku medik dah jamah ke? amik syariah eh? blaja mesir eh? ke?? pakistan. biasa la budak medik mesir cuti sume nak jadi ustaz dan ustazah tp tggjawab utama sering diabaikan....

sharifah syahirah TSM [chep] said...

faty,
yup, insyaAllah...

medicmesir.com,
buku medik puas sudah dijamah...
belajar medik bukan baca buku je kan?
to be a good doc, its more than that.
hmmm...tggjwb utama bdk medik bukanlah medik semata,,,
muslim yg doc, bukan doc yg muslim, insyaAllah.

ps: maybe boleh tukar ayat supaya jadi lebih sedap, tepat dan ,sopan.

" budak medik mesir cuti semua nak belajar ilmu Islam, tapi tggjwb belajar medik jgnlah diabaikan."

nagaliar said...

chep dh x ingat sy lagi...tu ssb x jumpa...sedey

sharifah syahirah TSM [chep] said...

nagaliar...
huhu..mane boleh sy x igt.
daya ingatan sy kuat lg cikgu!hehe
hampir setiap kali online sy bace blog tu, xkan la boleh lupe =D

muslimdoctor.net said...

salam..
baguslah dak2 medic mesir..
patutlah mase HO asyik kena marah..
istilah muslim doc sesuai kalo ilmu kedoctoran btol2 dkuasai..
semoga kt mnjadi'MUSLIM DOCTOR' yg sejati..

sharifah syahirah TSM [chep] said...

insyaAllah...
sama2 usaha utk jadi muslim doc yg sejati...
ramadhan kareem~

bilik satu badar said...

ppl tend to write things they didnt mean to
misunderstood the tone i think
careful next time tiger..grr
:)

ramadhan kareem ya semua!

aimi j said...

salam chep!
title baru best!heheh.

ramadhan kareem chep.
sama2 kita meng kareem kan ramadhan ni,iA.