Saturday, September 19, 2009

Akhir ramadhan

Betul-betul tak sedar, yang semalam merupakan malam terakhir ramadhan. Malam akhir aku menunaikan solat terawikh dalam ramadhan tahun ini. Malam terakhir juga untuk merebut pahala bonus mendirikan malam-malam ramadhan.Langsung tak mengira detik2 syawal menjelma. Yang ku tahu, hanya fasa 10 terakhir telah tiba. Tarikh memang tak ingat la. Go with the flow je (jangan tiru perangai macam ni). Rasa kesal sebab tak betul-betul penuhi ramadhan dengan sebetulnya. Ampunkan hambamu ya rabb.

Beberapa puluh minit lagi, azan magrib akan berkumandang. Tanda berbuka terakhir di bulan ini. Tanda syawal menjelma lagi. Paling takut, tanda sang syaitan kembali berbisik keji. Mampukah kita terus kuat setelah sebulan aman dari bisikan? Kuatkan kami ya rabb, untuk menempuh hari-hari yang akan mendatang. Semoga kita istiqamah dengan amalan. Semoga kita menjadi graduan ramadhan yang diiktiraf. Semoga tarbiyyah ramadhan ini terus subur dalam diri kita, insyaAllah.

Sesiapa yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Kalau tak drive, jangan tidur je dalam kereta. Nanti kesian pada yang memandu. Yang dah besar, tak yah la tadah tangan minta duit raya, tapi hulurkan tangan anda bersama angpau raya =D

Jemputla datang rumah beraya ye. Rumah ini sentiasa terbuka untuk semua. Bagi je salam, confirm bagi masuk. Baik rumah di malaysia mahupun di mesir. Sila-sila la yer.

Ok, berundur dulu. Lemang, rendang, ketupat, semua dah siap tu. Kuih raya pun dah terhidang atas meja tu.

Eh kejap, lupa nak ucap Salam Aidilfitri. Maaf pada semua yang mengenali. Maaf ada entry yang tersakitkan hati. Maaf juga kalau ada apa-apa yang tak berkenaan di hati. Kita manusia, takde yang tak pernah buat silap kan. Tapi once dah buat silap, cepat-cepat kita perbaiki. Ok =D

0 comments: