Monday, April 20, 2009

Soalan bocor, siap jawapan sekali!

Kalau dah terklik, digalakkan untuk teruskan pembacaan walaupun gaya penulisan agak memboringkan. (~_~)
usehe kite ni bkn utk xm,tp untuk allah nilai..
dan allah nk bg kjayaan tu,allah tgk usehe yg kite da bntangkn.
dgn mind setting spt ini.. kte akn mnjd lebih stabil dan x emo ktike stdy n ktk dapat camne result skali pn.
he knows everytg d best for us kn? " ,kate dad kacak dgn pnoh cool(walopon de sndrik tgh tertkan =p)

Hablu minallah n hablu minannas penting..
jage hbungan kamu ngn allah..
yg gado2 tuh baek2 laa...x susah pn,control emotion n jdla umat yg memaafkan..(nk buat tu susah >.< )
n berlaku baekla kpd sesame saudare kite..

Kata2 di atas dipetik dari blog paan, yg merupakan kate2 dr saudara dad kacak [bukan nama sebenar =D]

InsyaAllah, sesuatu ingin dikongsi. Mungkin berdasarkan pengalaman, melalui pemerhatian, juga rujukan serta peringatan dari orang2 sekeliling. Kalau ikutkan hati, takut juga nak buat entry ni. Entah la kenapa. Tapi, kena juga buat sebab rasa mungkin dapat bagi manfaat sedikt sebanyak at least untuk diri sendiri.

E.X.A.M
Bila sebut exam, macam2 kot yang terbayang dalam kotak fikiran kita. Lain orang mungkin lain pengalamannya. Tak sama. Camne yea kita tafsirkan istilah exam tu sdiri? Kalau ikut pengalaman sy sdiri, fatrah exam ni adalah satu jangka masa yg mana sy rasa sangat la berat. Bernafas pun macam nak tercungap-cungap. Asyik mengeluh je. Asyik nak menangis je. Asyik tak selera nak makan. Asyik tenyen. Asyik dan dan asyik. Huhu. Itu lah yg saya alami dalam fatrah exam final last year. Dalam 24 jam tu, brape jam je tdo. Siang mmg tak tdo langsung. Malam pun tido tak lena. Semua berubah.

Seseorang pernah tanya, apa yg antunna fikir ye pasal exam ni? Antunna fikir nak study je ke? Berkurung dalam rumah sepanjang hari menghadap buku. Baca dan baca. Buat latihan. Buat nota. Buat soalan spot. Pastu nak dapat mumtaz. Itu ke misi utama exam ye?

Hmm...memang tak dinafikan, rata2 kita memang bercita-cita besar nak mumtaz. Tak salah untuk mumtaz, malah amat la digalakkan sebab mumtaz memang bagus kan? Baik agama islam, kristian, buddha, semuanya mahukan penganutnya cemerlang. Tidak mundur. Itu satu kepastian. Satu kemestian. Untuk mumtaz, usaha pun mesti mumtaz. Apa2 pun, usaha mesti mumtaz. Camne ekk nak cakap. USAHA YANG MUMTAZ tu perlu dan pasti ada. Sama ada kita dapat mumtaz ke tak, tu cerita lain. Bukan kita yang tentukan. Jangan kita cakap kita dapat mumtaz sebab kita memang rajin, bijak dan sebagainya. Allah yg tentukan segalanya. Allah akan bagi kita atas apa yg kita usahakan. Allah dah sediakan satu ketetapan untuk kita.

" Rasa cam dah usaha dengan sangat dasyat, tapi kenapa result macam tak best je"

Kita tengok balik kata2 saudara dad kacak di atas. Padat dan mantap. Betul, usaha kita yang Allah akan nilai. Tak semestinya orang yang dapat mumtaz, pahalanya juga mumtaz di sisi Allah. Hmm..maksudnya cam contohnya si A dapat markah 99% untuk add math, sedangkan si B dapat 42% je. Memang secara zahirnya nampak macam si A tu cam dasyat, tapi di sisi Allah kita tak tau adakah pahala si A tu 99 point. Adakah si B punya pahala 42 je? Mungkin je kan pahala si B jauh berganda dari si A. Konklusinya di sini, semua orang kena berusaha sehabis baik. Demi mencari redha Allah. Ingat, hadaf kita untuk mendapat mumtaz dalam exam, manakala ghayah kita pulak untuk cari redha Allah.

[ Hadaf tu tujuan kita dalam jangka masa pendek, ghayah pulak matlamat yg lebih panjang. Kalau tujuan kita tercapai, tak semestinya matlamat tercapai jugak. Dan kalau tujuan tak tercapai, tak semestinya matlamat tak tercapai. cth - rasulullah punya hadaf untuk menegakkan syiar islam di seluruh dunia, manakala ghayahnya adalah untuk mendapat redha Allah. Kalau kita tengok balik, masa baginda wafat, Islam belum lagi tersebar ke seluruh dunia. Masa tu ada mekah madinah je. Perluasan wilayah kebanyakkannya dibuat oleh khalifah2. Baginda wafat dalam keadaan tujuan untuk menyebarkan islam ke seluruh dunia tu tak tercapai pun. Tapi, matlamat untuk mendapatkan redha Allah tu tercapai. ]

EXAM~
Bukanlah semata-mata untuk menguji kos yang diambil. Let say, budak medic diuji dengan subjek2 medic cam physio, biochem, patho, pharma etc. Nope. Exam bukan untuk menguji kehebatan kita dalam bidang pelajaran kita je. Its more than that. Contoh, bila exam, kita
berhibernasi dalam bilik masing2, menghadap buku 20 jam sehari. Nak ambil tahu hal orang lain? Tengoklah kalau ada masa. Nak mengemas rumah, err, tunggu lepas exam la. Nampak si A cam muram and down je, biarlah dia, tensyen study la tu, aku pun tensyen. Tak muat otak nak fikir masalah orang lain. Nak masak? Huh, makan la pape yg ade je. Ni sebahagian je dari situasi. Dan ini semua adalah exam= ujian. Cam saudara dad kacak cakap, hablu minallah wa habluminnannas (hbgn dgn Allah dan hbgn dgn makhluk). Camne kita nak jaga hubungan kita ni masa exam, itu dikira exam la tu. Exam dr Allah. Kita semua dah tahu jawapan, tggl nak buat je. Ni kira jawapan bocor, bukan soalan je~

EXAM~
Ada orang bila exam, ibadah dia mencanak naik. Qyiam setiap malam tak pernah tinggal. Dhuha apetah lagi. Solat sunat rawatib sempurna setiap hari. Quran diperbanyakkan. Ada orang pulak bila exam, ibadah yg sunat2 tu dikurangkan sedikit demi memberi laluan untuk study. Walhal sebelum ni ibadahnya sangat dasyat. Last2, dua-dua jadi doktor jugak. Kita pun tak tahu yang mana lebih baik. Mana2 pun diri kita, pointnya adalah hubungan kita dengan Allah. If Allah help you, no one can overcome you. Maksudnya memang kena banyak2 minta dengan Allah. Tak kira masa, musim exam mahupun tak. Takpe je kalau sebelum ni kita bukan la rajin sangat nak qyiam, dhuha, dan sebagainya, tapi tiba2 time exam rajin gile buat semua tu. Nampak cam kita ni mintak tlg dgn Allah time susah je. Hmm..fatrah exam ni sebenarnya mendekatkan lagi kita dengan Allah. Jadikan medan exam ni sebagai tempoh masa dan latihan yg menjadikan kita lagi rapat dengan Allah. Then, kita cuba untuk istiqamah. Bila kemanisan tu dah dirasa, insyaAllah kita boleh istiqamahkan diri, insyaAllah.

Entry ni macam panjang..huhu..tu la..ni sbnrnya untuk nak ingatkan dan bagi semangat kat diri sendiri terutamanya.Hmm..tu lah, same2 kita doa, tingkat usaha. Sentiasa ingat Allah. Ingat akan pertolongan Allah. Tak boleh habiskan baca buku tu bukan bermakna kita akan gagal. Tak dapat jawab soalan dengan baik pun belum tentu kita akan gagal. Kita ada doa. Berdoa dan terus berdoa. Doa la pemeriksa tu murah hati bagi markah. Doa la kesalahan2 kecil kita tu pemeriksa tak perasan. Doa dan doa. Kita ada kekasih yang setia dengar rintihan kita. Dia boleh dengar setiap detikan hati. Setiap keluhan. Setiap kesedihan. Semua. Segalanya. Doa kita, takde limit. Takde pun kuoata tertentu untuk doa. Berdoa la selagi mampu. Mengadu dengan Dia. Segalanya disandarkan padaNya.

Rasanya setakat ni je dulu entry kali ni. Sama2 kita ingatkan diri bahawa segalanya ada dalam ketentuan Allah. Mari kutip buah2 pahala dengan usaha, insyaAllah. Sama2 kita doakan kejayaan diri, sahabat, dan seluruhnya. Doa sahabat kepada sahabatnya tanpa pengetahuan adalah antara doa yang makbul. Oleh itu, sama2 kita doakan sahabat2 kita, insyaAllah. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang mumtaz dalam hal duniawi dan ukhrawi, ameen~





8 comments:

clah said...

chep!!!!

terima kasih atas post ini
sgt2 suke...
mengubat kesedihan dan menyedarkan kembali..

berusaha dan byk2kan berdoa..smge Allah mudahkan segala urusan

ameen

Amanina ST said...

tq chep igtkn kembali!!

dad kacak,xleh blah~

nisson millon said...

jzkkchepfordareminder.....
seronoklahxlangkahlangkahni.
jombeliperiuknntikitemasakek..

Anonymous said...

salam..syahira
maap sesgt
sy dilahirkan buhsan
sy akn usehe tuk bce ngn muke seriusnye bile sy dh sedia
o_0
i lap u

Sharifah Syahirah TSM said...

salam clah~ \('-')/
hehe..
insyaAllah..same2 kite try da best!

em hoho~
yap..juz to remind in case we forget..
kita kan selalu lupa..
tu la lumrah manusia...

yaa.. dad kacak...haaihhh~

Sharifah Syahirah TSM said...

nisonmillonIluvdisname..huhu..
kenebelisetperiukdekatcitystarjugaksebabkatsayedazainabmahal.hidupspinneys.murah.jimatdanbanyakbarangberpatutan~ =P

anonymous..
baiklah syahira paham.. =D
adehh..sejak bile plak syadah dilahirkan bosan..
sronok je...
dah2..jgn serius sgt, nnt syadah tensyen...daaaaa~huhu

Sharifah Syahirah TSM said...
This comment has been removed by the author.
Dr. E-iN said...

haish..
nk exam ni la mcm2 jadi...
bile asik study je,lupa kwn2..kdg2 pentingkan dri sndri..hati kwn2 pn ntah bwh katil mane diletakkan..
bak kate 'dad kacak' tu,klu ade yg gado2 tu,jernih2kan la..pk la silap masing2,jgn asik nk FIRE org lain.kite tak tau kelukaan hati sahabat smpai mane dia bwk hati yg lara tu..
peringatan utk dri sndri~