Tuesday, April 7, 2009

Ada apa dengan Fustat ?

Salam untuk semua~

Baru lps telefon rumah, bertanyakan khabar ,isu2 semasa di Malaysia. Merisik-risik isu pilihan raya, isu PM baru [tok najib org pahang, makin maju la pahang nnt :)]. Bincang isu exam yg telah dan bakal ditempuhi, isu kucing2 yg sdg membesar juga mengimbau isu pingu dan justin :(. Sejak akhir2 ni, selalu pulak mimpi kucing2 ni. Mimpi yg plg sy igt Justin main ngan anak ular, pastu ekor dia putus kene belit, leher dia luka teruk. Pastu dlm mimpi tu, justin pandai cakap, die terus lari kat abah ajak abah pergi hospital. Percaya atau tak, sy bgn tdo dgn keadaan yg sgt sedih. Tgh blaja dlm klas, tetibe "ter" bergenang air mata igt mimpi tu.huhu. Biasenye org ckp kalau kita mimpi kena patuk ular maksudnya ade org nk dtg meminang. Tapi dlm kes ni, mungkin justin kot yg dh bertemu jodoh :D

Musim panas dh menjengahkan diri. Saya rasa agak mendadak gak perubahan dia. Bila panas, maka makhluk2 yg sembunyikan diri di musim sejuk kini telah muncul kembali. Sy kembali ber"mingle" dgn cik fly.fm. Huhu. Kedatangan dia sgt menguji kesabaran. Walaupun buat masa ni, mungkin setakat seekor dua, tapi kemeriahan mereka telah dirasai. Thn lps, kat fustat, sy pernah pukul sampai mati bersiri 30 ekor lalats :). Kenapa ntah rajin buat kerja bunuh membunuh time tu. Pastu dh insaf, tak buat dah. Study leave thn lps sy tak sunyi dgn adanya "mereka" ni menyerikan suasana. Sentiasa menguji kesabaran. A lot of thanx kerana mengajar sy menjadi lebih bersabar. Tu la kan, setiap makhluk Allah ni mainkan peranan masing2. Kesabaran kita teruji dengan adanya lalat2 ni, setuju?



Ok, bukan lalat je ye kwn2, juga lipas. Lipas-lipas. Nasib baik kata ganda 2 kali je perkataan tu diulang, tak ikut bilangan sbrn. Kalau tak terpaksalah sebut lipas-lipas-lipas-lipas-lipas-lipas-lipas-lipas secara infinity. Haha. Lipas kat rumah kami kat fustat dulu melakukan kemandrian spesies dgn banyaknya. Rumah tu baru, tak de barang, bersih, kemas, tapi datang gak mereka ni. Nak tau mane port diorang suka duduk? Kat dalam plastik yg kitorang letak cili kering. Ni lipas yg kuat mkn pedas, mungkin lipas dr negeri 9 mahupun melaka. Yang penting bukan kelantan sbb org kelantan suka makan manis kan?.Haha.Sampaikan masa nak blk msia dulu, ada yg nak ikut kami blk msia, nasib baik faty pergi beli penyembur ridsect. Lipas2 tu pengsan kene sembur, maka kami lari balik malaysia. Huhu.Lipas menjadi antara penyebab utama kami berpindah dr fustat ke munira, dengan harapan munira ni aman. [harapan kami tggi ye kwn2, doakan harapan ni bukan impian yg tggl harapan je ]



Maka, bersempena dgn suhu yg panas skrg, sy nak igtkan kwn2 sebatch, se"uni", senegara untuk membawa bekal air dari rumah. Jagan bazirkan duit anda untuk membeli air mineral water Aquafina yg muqataah (boikot) itu. Mahupun air2 mineral yg lain. Kalo bawak dr rumah, anda dan sy tak perlu bayar sesen pun. [walaupun hakikatnya hujung bulan kene bayar bil air n elektrik]. Juga disarankan membawa bekal ke sekolah. Letak la dalam bekas pakai buang yg kita dapat dr kedai pyramid, yaman mahupun mana2 kedai. Walaupun namanya macam pakai buang, apa kata jgn buang. Jimat. Boleh je pakai. Tak pun letak dlm polistrin, alas dgn plastik. Puas hati. Alhamdulillah. Sama2 kita jimat, simpan duit, nnt balik msia boleh belanja lebih skit, kan?



Kat sini, nak share apa yg penah saya baca tahun lepas, tetiba teringat memandangkan bahang kepanasan dh terasa. Ni petikan dr novel ayat2 cinta,

Kuteguk ashir ashab. Perlahan. Dingin mengaliri tenggorokan. Oh luar biasa nikmatnya. Di kawasan beriklim panas, seperti Mesir dan negara Timur Tengah lainnya, air dingin memang sangat menyenangkan. Jika air dingin itu membasahi tenggorokan yang kering rasanya seperti meneguk air sejuk dari surga, tak dapat dilukiskan dengan kata-kata. Orang yang kehausan di tengah sahara yang paling ia damba dan ia cinta adalah air dingin penawar dahaga. Tak ada yang lebih ia cinta dari itu. Di sinilah baru bisa kurasakan betapa dahsyat doa baginda Nabi,

‘Ya Allah jadikanlah cintaku kepada-Mu melebihi cintaku pada harta, keluarga dan air yang dingin’.

Beliau meminta agar cintanya kepada Allah melebihi cintanya pada air yang dingin, yang sangat dicintai, disukai, dan diingini oleh siapa saja yang kehausan di musim panas. Di daerah yang beriklim panas, cinta pada air yang sejuk dingin dirasakan oleh siapa saja, oleh semua manusia. Jika cinta kepada Allah telah melebihi cintanya seseorang yang sekarat kehausan di tengah sahara pada air dingin, maka itu adalah cinta yang luar biasa. Sama saja dengan melebihi cinta pada nyawa sendiri. Dan memang semestinya demikianlah cinta sejati kepada Allah Azza Wa Jalla. Jika direnungkan benar-benar, baginda Nabi sejatinya telah mengajarkan idiom cinta yang begitu indah.

Ok, sekian dulu perkongsian buat kali ini. Esok ada pra test histo practical, 2.5 markah, doakan sy dan kawan2 dpt markah penuh ye, insyaAllah. -ameen-

ps : rindunye kat fustat~






7 comments:

Amanina ST said...

lawak la chep punye katun..;D

huda said...

cheppingu~comey nye post ni.sukee..haha

pics tu pon sgt klaka :D

ps:sile behati2 ye chep.sy jumpe lipas kat satu umah kat munira td.haha bkn fustat je bnyk lipas kot

Sharifah Syahirah TSM said...

em hoho~
"lawak la chep punye katun"
its not mine, haha...
cmne bleh jumpe, search cockroach cartoon~

alhuda~
huhu..rumah siapekah...
adekah rumah terbabit rumah persinggahan ku?
actually x takut pun ngan lipas ni..
cume x berkenan sgt la dgn kedtgn dia...

sbg manusia yg ade spesies kucing, sy anti ngan makhluk yg bernama cik ti tu@ mickey mouse@ jerry~ =D

cairoboy said...

lg satu...kat fustat ade anak bawab selalu stalk kami semua g solat!!

Anonymous said...

cheppon!!!!
hehehe~
comeyla post chep...
pnglmn dok syyda, mmg byklipas n lalat jugak..
xleh lari...
huhu~

tpi kami hrp xde la kat umah chep..
huhu~

cik ti?? =)

Sharifah Syahirah TSM said...

cairo boy,
anak bawab stalk korg?
atas alasan nk cr calon kot,
sape yg slalu pegi surau, tu lah yg bakal jd calon =D

anony = nison= milon kan?
sy pun harap umah sy xde,
umah awak pun xde...
smoga rumah kite slamat dr anasir2 tu ye =D

ai said...

whaaaaaaaaaaaaaaa...lalat dah mai~
nasib baek yg satu lg x sampai~shhh jgn sebut namanye nanti 'dia' dtg
aisyah ingat lg kerabat2 'dia' plg byk kat peti sejuk~ susah tol nak bersihkn peti time nak pindah....
sama2lah kita b'sabar ngan lalat ni
bagus gak cik lalat ni tlg kejutkn bangun subuh