Tuesday, March 31, 2009

Dunia sementara cuma

Akhir2 nie, lebih suka berinteraksi dengan hidupan semula jadi, lebih2 lagi sang burung penyiul setia dan kucing penghibur hati. Haiwan2 itu suci, hidupnya mereka untuk kita, aturan yg Maha Esa. Hidupnya kita untuk siapa ya?

Kadang2 gembira tak terkata, kadang2 sayu melihat manusia. Ingatlah, dunia sementara cuma. Takut kalau syurga bukan pengakhiran. Namun neraka bukan haluan. Ingat kita punya taklifan dari Tuhan. Itu jangan dibiarkan.

Al-fatihah untuk ayah kpd sahabat saya, Amira (aloya) yg telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lepas. Al-fatihah~

Kita yg bernyawa, mari saling beri peringatan. Entah bila pula kita akan dijemput tuhan. Esok, lusa, 100 tahun lagi, atau 2 detik lagi? Tiada siapa tahu dan sangka bila malaikat maut akan mendatangi kita. Sama2 buat persiapan. Sama muhasabah diri. Jangan pula dijemput Tuhan dalam keadaan yg hina dipandanganNya. Malu. Nauzubillah. Kita cume hamba, bukan sesiapa. Bukan raja. Hanya hamba yang suka meminta-minta, sedangkan tanggungjawab tak dilaksana. Layakkah kita untuk ke syurganya? Semoga Allah golongkan kita dalam golongan hambaNya yang sentiasa dlm rahmatNya, dalam petunjukNya, ameen.

1 comments:

anisahshamilah said...

monolog dgn haiwan dan tumbuhan seronokkn chep??

huhu~
suke sgt2 bila tgk sg nil nk gi skool..
pastu tibe2 terpkir, aku harapan dorg..hhmm..