Friday, December 26, 2008

Untuk Aku yang tahu



Aku nak jadi baik...tapi aku berkira-kira
Aku tahu buat perkara tu tak baik, tapi ada bisikan lain yg suruh aku buat
Aku tahu apa yang patut aku utamakan, tapi aku buat juga perkara yang tak perlu aku buat
Aku tahu apa tanggungjawab aku yang sebenar, tapi aku selalu buat tak endah.

Aku...
Aku suka tengok orang lain baik
Aku suka tengok orang berubah jadi baik
Aku suka nak ajak orang jadi baik
Memang lumrah manusia sukakan kebaikan
Tapi, kenapa aku ini tak jadi baik
Baik dalam istilah yang sebenar...

Aku...
Tahu orang tu buat sesuatu yang tak baik
Yang memang patut aku halang
Yang tak boleh aku buat tak tahu
Tapi...akhirnya aku biarkan
Aku bertangguh dan bertangguh
Mengharap satu hari nanti aku diberi kekuatan
Tapi aku patut fikir yang masa tu tak menunggu kita
Sang Pencipta berhak membiarkan jasad ku longlai tak bernyawa bila-bila Dia mahu
Kalau masa itu tiba, apa lagi yang dapat aku buat?

Aku...
Selalu sibuk dengan urusan dunia
Ke sana ke sini bertempiaran di pentas binaan yang sementara
Yang bakal roboh menanti masa
Lupa tujuan utama aku dicipta
Lupa kerna apa aku di dunia
Lupa ada satu kuasa yang mengawal segalanya
Lupa siapa kekasih aku yang sebenar...

Aku...
Nak buat ini dan itu
Nak ikut manusia itu buat hal itu
Dengki dengan manusia itu yang ada itu
Rasa sempurna hidupku kalau dapat buat begitu
Tapi aku tahu, itu bukan yang terbaik untukku
Ada suara yang tak berbunyi menenangkan hatiku
Ada suara yang aku tak nampak jasadnya
Menghalang aku berbuat itu.

Wahai Aku
Jangan sibuk dengan sesuatu yang bukan urusanmu
Kerna 1001 taklifan menantimu
Janganlah berhasad dengan sesuatu yang tak perlu
Jangan lah biarkan detik hidupmu berlalu tanpa diisi
Jangan biarkan kau pulang pada Sang Pencipta dengan tunduk pandanganmu kerna malu
Tapi kerana rasa rendah dirimu
Berlapang dadalah dengan segalanya
Hadapilah setiap satu perkara dengan sebaiknya
Jangan kecewa kerana pasti ada bahagia untukmu...
Jangan lah hidup di dunia kerna mencari nama....itu semua sementara cuma

Wahai Aku..Dunia ini sementara...bersyukurlah pada Yang Esa!




1 comments:

Ami Farhani MNA said...

salam chep..
kak ami pun 'aku' juga~