Tuesday, July 15, 2008

Belut pulang ke lumpur

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah,..
akhirnya berjaya dan selamat sampai menjejakkan kaki ke bumi tanah tumpah darahku setelah hampir setahun mendiami ardul kinanah...syukran ya Rabb...

pulang ke pangkuan keluarga~macam-macam reaksi sahabat-sahabat yang pulang bersama-sama

"eh..korang, nak wat camne nnt??" "assalamualaikum mak, lama tak jumpa...ke.......mak!!!lame tak jumpe...or nak wat macam bese2 jerk?"....

"ala korang, wat natural dah laa...xyah penat2 berlatih...adoi..."


Tergelak dalam hati tengok keletah sahabat2...seronok..happy..gembira sebab balik berjemaah..walaupun jemaahnya tak laa sebesar jemaah seperti masa fly ke mesir dahulu, tapi kemeriahan tetap terasa. Tak tau laa apa jadi kalau balik sendiri.Tak tau itu ini, mana nak pergi, mana patut berkumpul, mana nak ambil bagasi. Syukran pada semua yang banyak membantu. Memang takde pengalaman bab naik2 flight nie..ni pun baru kali ke 2. Dapatla belajar serba sikit dari diorang semua nie...



Sampai di KLIA, hati mula rasa neves..tak tau laa kenapa..not only me, but most of us.
Dari jauh dah nampak family syama melambai-lambai kerinduan...sampai melompat-lompat..happy btol semua. Kami yg lain melilau-lilau mencari keluarga masing2..
Wajah pertama yang munculkan diri kat depan mata nie---> syahmi, the only hero in our family..haha..makin tinggi dah die..kulit pun makin gelap..ni gara2 asik main ragbi laa tue...then nampak laa my sis ,Pikah pastu Abah. Ummi last sekali sebab pergi beli jagung.Haha..rindu jugak nak makan jagung manis malaysia nie~takde aksi yang aneh2 berlaku..takda aksi melompat..haha..semuanya seperti biasa, cuma hati yang melonjak-lonjak gembira. :)

Dalam kereta, miscall cik syila, then beliau call balik..hehe..rajin betul..tau laa pakai handphone baru..then miscall syazana..tak sabar nak jumpe, sempat berbalas beberapa sms. Kita simpan cerita dulu ye syazana, nanti kita cerita panjang2..then dapat sms selamat pulang dari si budak cairo.

Balik ke kuantan dengan kereta ummi yang dipandu oleh Pikah.Adoi..cuak gak mula2, boleh ke kakakku ini bawak kereta dengan berhemah??haha..dengan kuatnya daku meng"conduct" bacaan doa naik kenderaan..hehe..

On the way, singgah di RnR Temerloh, berhenti untuk solat dan makan. Makan!! Dah namenye termerloh, of coz banyak IKAN PATEN. Maka tercapailah hajatku untuk makan ikan patin masak tempoyak, juga udang yang tak berapa nak galah and sambal belacan. Hamdallah. Air??cukuplah sekadar segelas air bandung penghilang dahaga.

*sebenarnya perut kenyang, dalam flight pun tak sentuh sangat breakfast.Membazir je chep ni*

Sampai rumah, pasti ramai yang tahu apa yang pertama di"cekau"...hehe..bukan makanan mahupun remote tv mahupun katil...PINGU!! dan JUSTIN.

"Justin tu takut dengan orang, nak2 orang yang dia tak kenal, mesti justin tak nak dengan awak nanti"..tu kata2 Pikah.

Tapi sampai je rumah, terus cekau pingu and justin. Dua-dua duduk atas sofa dengan tenang, sambil duduk khusyuk gara2 dibelai oleh diriku.hehe. Elok je hulur leher minta dibelai. Takde pulak die lari2.Alhamdulillah. Justin dah besar panjang dan becok mulutnya. Haha. Tak macam pingu yang agak pendiam. Nantikan kisah yang best mengenai mereka ber2 ekor nie....

Kononnya malam tu kami nak keluar makan dalam pukul 12, last2 semua pengsan kepenatan~*huh, tak jetlag pon*

2 comments:

asyila said...

salam..chep..
same la, kt ngan aimi pon tak sentuh sgt breakfast..
lapoo tapi tak lalu nak makan..hehe..
sebab pagi2 buta, da dapat sandwich..hehe..kenyang la..

cairo boy said...

salam...
cheeepp,hahaa
kate xleh nk post entry baru..tpoo...hahhaa..dh lame blk,bru post sal pjlnn blk ri2..hahaha..btw,nice entry..huhuhu