Friday, July 11, 2008

Summer Camp 2008

Summer Camp 2008
Tarikh : 7-9 july 2008
Tempat : Pantai Jamasoh, Mansoura
Peserta : 120 orang termasuk pelajar perubatan dan pengajian agama


Pukul 4 pagi, 7 july 2008 si aimi dah bangun, menyiapkan spagety sebagai sarapan untuk kami sebelum meninggalkan rumah..thanx aimi..dah macam emak dah..membantu menyiapkan apa yang patut untuk kami…lepas solat subuh, terus bergegas bersiap..pagi tu sempat si huda dan chama datang ziarah kami sekejap di kala hari masih gelap lagi..hehe..akhirnya dalam pukul 6 kami berkumpul di depan baghal, masukkan barang dalam coster yang dipandu ammu said..tapi akhirnya kami berempat naik teksi dengan kak syafaf dan kak midah gara-gara coster dah penuh…Syila dan aimi hantar kami sampai ke pintu teksi..ni laa detik2 terakhir kami bersama sebelum asyila dan aimi pulang ke Malaysia esoknya.Dah sampai Malaysia dah pun diorang nie..tahniah2…selamat menggunakan masa di Malaysia dengan sebaiknya…

Sampai di hayyu asyir, kami berkumpul beramai-ramai kat tepi jalan..hehe..tetibe ternampak kereta hasanah di parking berdekatan dengan tempat kami berkumpul..ape lagi..tumpang melepak dalam kereta ya hasanah!..duduk dalam kereta berborak sakan dengan ayu, hasanah, faty, dll.Tak lama lepas kitorang borak2, kami diserbu oleh kak syafaf and kak syitah..Kerana hal kecemasan,kereta hasanah terpaksa dijadikan mangsa untuk bergegas ke hayyu sabi’..huh..sepanjang perjalanan, jantung bagai nak luruh…bukan apa..terasa bezanya kereta yang dipandu oleh kaum hawa dan kaum adam di mesir nie..nampak gayanya kaum adam lagi cermat memandu..boleh tahan lasaknya 2 pemandu hawa kali nie..siapa orangnya??rahsia…tapi bukan hasanah laa..teringat plak bila naik kereta ke al-masah yang drivernya Thol, cool aje..haha..



Kembali dari sabi’, terus menaiki bas no 1..antara orang yang lambat menaiki bas..naik je terus duduk sebelah nisah syamila…thanx ye nisah..kami satu group..group 1.Group yang best walaupun tak banyak menang..haha…xpe2…yang penting ukhawah yang terjalin tu and enjoy sepanjang camp nie..dapat kenal macam2 ragam manusia, pelbagai peringkat umur, pelbagai status..single, married, bertunang,ber`anak dsb…haha..Dapat kenal ukhti2 pengajian agama dengan lebih rapat…medic tak terkecuali..dari mansourah, alex zaqziq and cairo.

Sepanjang 3 hari kat sana, memang sangatttttttttttttt banyak main2 kat tepi pantai..adoiii…terlebih plak vitamin D yang kami absorb…takde maknenye ber “sunblock” mahupon bertopi koboi..muka anda pasti berbelang…haha..sukaneka tak habis2..sukan berat pun dasyat gak..main bola jaring dalam air..terpaksa mandi manda gara2 bola jarring nie..kalau x masuk air camne nak main…kepenatan tak terhingga..aktiviti waktu malam dijalankan di sutuh (roof top)…best!sebab betol2 bawah langit..bawah bulan bintang..and dingin jerk..hehe…hilang tensyen..malam ke 2 tu ada BBQ..tapi dapat makan agak lambat laa..stomach gile2 mintak diisi..makan ayam ngan nasi ramai2..konfem laa dalam dulang..malam ni jugak adalah malam kebudayaan..macam2 persembahan ada..semua agak bersahaja and sempoi gara2 tak cukup masa..ada gak pertandingan gubahan bertemakan tahrir palestin…kreatif laa semua group…


Dah tak tau nak citer pe..yang penting memang best laa…baik outdoor or indoor activity.Semoga tak sia2 laa kami join camp nie..insyaAllah ade rezeki kita jumpe lagi yerk!!Ukhwah fillah Abadan abada..!!

*naik je bas untuk balik ke cairo, semua pengsan and syahid..haha..gara2 kepenatan melanda para mujahidah…kepenatan yang berbaloi….!insyaAllah…

Ya ALLAH, semoga ukhawah yang kami bina keranamu akan kekal membawa ke syurga.Berikan kami kekuatan untuk bekerja di jalanmu. Permudahkan urusan kami. Bantulah kami dalam setiap urusan.

*sedey sebab asyila and aimi tak dapat join…ape nak wat..tiket diorang terawal sikit dari yang lain..takpe..tahun depan kita pergi sesame kay!
*ini adalah entry terakhir b4 balik malaysia..x sampai 24 hours nak naik flight...huhu..doakan keselamatan perjalanku ye!!entry seterusnya insyaAllah di Malaysia..