Monday, August 30, 2010

Sila sangka baik

Pada suatu hari.... =)

Kami berdua hanya menaiki kereta kecil, sang kancil. Sudah pastinya dipandang sebelah mata oleh kenderaan-kenderaan besar seperti bas dan lori. Memang berkali-kali juga kami dihon oleh kenderaan-kenderaan gergasi ni.

" Oho, kerek lah lori ni".

Perjalanan kami diteruskan walau berkali-kali juga tersalah jalan. Direction ada, tapi tetap tersalah. Aku mengeluarkan handphone aku, mengharapkan GPS berfungsi. Alhamdulillah, berguna juga teknologi dalam handphone aku yang tak pernah aku gunakan walau telah setahun handphone ini berkhidmat. Masih aku ingat azam aku ketika membeli handphone ini. Mahu gadjet ini berbakti bukan hanya pada aku, tapi pada semua.

Ok, perjalanan kami diteruskan. Sampai di kawasan perumahan seorang ukhti, sekali lagi kedengaran hon berkali-kali dari sebuah lori.

" Aih, apsal lori ni hon banyak kali, kerek juga ke"

Bila lori itu berlalu meninggalkan kami, baru aku sedar yang lori itu adalah lori jual gas. Sebab itu lori itu hon banyak kali. T___T. Rupanya, sungguh keji diri ini, sentiasa berprasangka tidak baik (su'u zhon). Lori tu tak bersalah pun. Biarlah kalau ada lori lain yang kerek pun, tak semestinya semua lori macam tu. Memang saya rasa macam saya kena tembak dari langit hari ni. Walaupun nampak macam perkara kecil, namun peristiwa ni menusuk.

Pengajaran : Sentiasa berprasangka baik. Jangan sebab satu benda tak elok, semua benda lain juga dianggap tidak elok. Tukarkanlah keadaan ini dalam apa-apa situasi yang dirasakan sesuai.

3 comments:

That's me!! said...

yup btl2..sntiase bsgka baik..tp kne slalu bhti2 jgk..tkt dpijak nnt..hehehe nice blog..
:)

[amiza malik] said...

malu gila la.hahahaha
ayu lagik plak, ada cina tegur2, panggil2 before ayu naik kete.
ingatkana nak ngurat, rupanya ada brg atas kete. sebbek tak meluncur kereta u, kalau tak bertaburan brg2.malu2.hahaha

Dr. E-iN said...

tak sangka benda yg terasa kecik dpt dijadikan tarbiyah yg cukup besar.
=)