Kami tekad juga mahu ke sana. Walaupun plan bertukar di saat akhir, main redah juga. Allah itu sebaik perancang, tak dibenarkan plan awal kami. Pastinya itu tidak baik untuk kami. Allah Maha mengetahui semunya. Aku menyedari sesuatu dari sini. Terima kasih Allah. =)
Ke bandar Pekan dengan menaiki bas . Masa itu hanya ada 2 orang penumpang, seorang pemandu dan seorang yang mengurus tiket. Perjalanan di pagi itu saya isi dengan muhasabah. Ya, sesungguhnya ketika bermusafir, muhasabah adalah perkara wajib bagi saya. Apatah lagi jika bermusafir seorang diri.
Sampai di Pekan, terus berjumpa Madihah, dan kereta itu meluncur laju menuju SMKA Pahang, Muadzam, Shah. Kami berbual-bual sepanjang perjalanan. Beberapa tahun tidak berjumpa. Alhamdulillah, sekitar jam 11 kami tiba di perkarangan sekolah.
Jujurnya memang kami berdua berdebar. haha. Hmm, mungkin disebabkan kami telah 6 tahun meninggalkan sekolah ini. Takut langsung tak dikenali cikgu-cikgu. Sudahlah kami keluar selepas PMR 2004. 6 tahun yang lalu! Apatah lagi kebanyakan cikgu yang mengajar kami berpindah dari hari ke hari. Tapi sebenarnya bukanlah satu masalah jika tidak dikenali mereka. Bayangkan, dalam setiap tahun berapa banyak kelas yang diajar mereka. Dan sudah berapa tahun mereka mengajar. Mungkin pelajar mereka mencecah ribu-ribuan, kan? Yang sepatutnya mengingat cikgu sudah semestinya pelajar. Ya, kitalah tu!
Kelibat pertama. Cikgu Razali! Berpakai polis serba lengkap. Segak, masih seperti dulu. Masih gigih mendidik walaupun sudah beberapa kali ditawarkan bekerja di jabatan. Kata beliau, tidak memilih untuk bekerja di jabatan disebabkan minatnya adalah mendidik dan bukannya mengurus manusia. Dan kata beliau mendidik adalah salah satu sahamnya di akhirat.
Berkali-kali intai bilik guru. Nak masuk, tapi tak nampak wajah-wajah yang kami kenal. Haih, macam apa je. Akhirnya masuk juga kami, terus melilau-lilaukan mata, ternampak teacher Farah. Nasib baik betul. Teacher ingat muka, tapi tak ingat nama kami. Hehe. No hal. Masa kami berpindah 2005, teacher masih single. Tapi sekarang sudah beranak dua. =)
Cikgu Sharma! Hehe. Sangat excited aksi cikgu. Juga kami of kos. Cikgu Sharma Elliana Shafie sungguh hebat dalam menghafal nama . Biasanya akan dihafal nama bapa sekali. Hehe. Sekarang sudah beranak dua juga. Kelemah-lembutan cikgu masih kekal hingga kini. Memori cikgu sangat hebat. Cikgu masih ingat pertemuan tanpa sengaja yang dah lebih 4 tahun berlalu. Jujurnya saya tidak ingat sampailah ketika cikgu bercerita. =)
Ustaz Shahir. Saya sangat ingat ustaz ini sebab nama kami sama. Juga saya ingat sebab ustaz suka soal saya banyak-banyak masa f2.Hehe. Ustaz Shahir dulu belajar mesir juga. Memang aim pun untuk berjumpa ustaz-ustaz di situ yang pernah belajar di Mesir. Hmm, ustaz kata Sayeda Zainab tempat ustaz beli ikan. Hoho, jauhnya dari Madinah Nasr ke situ hanya sebab nak beli ikan. Ustaz siap tanya join persatuan apa dekat sana. =).
Cikgu Fathy. Gaya sebijik macam dulu. Hehe.Cara bercakap memang tak ubah. Cikgu ni sungguh unik peribadinya. Mengajar kami Geografi. Berpuluh peta kami lukis. Atas meja setiap orang wajib ada globe. Cikgu Fathy membuat luahan perasaan . Isu bekas pelajar dan isu pelajar sekarang. Juga memperkenal " Chong Wei" smkap kepada kami. Hehe.
Cik Su. Dulu sungguh terkenal dengan kepimpinan seperti khalifah Umar al-Khattab. Dengar bunyi tapak kasutnya sudah cukup membuatkan semua orang diam tiba-tiba. Solat subuh tiada siapa yang berani lambat ke surau. Malam-malam tiada siapa berani keluar dari dorm bila beliau membuat rondaan. Diri sendiri pernah ter"refleks" yang sangat refleks bila terdengar cik Su bersuara . Hehe. Hakikatnya saya sangat respek pada beliau. Katanya sekarang sudah tidak lagi seperti dulu. Cikgu kata adik-adik kami sekarang untung kerana tidak pernah merasa "keUmar" an cikgu. Hmm, saya rasa adik-adik yang rugi sebab tidak merasa apa yang kami rasa. Oh ya, kami menerima berita gembira dari beliau, Mabruk cikgu!
Sir Ilyas, cikgu Norehan, cikgu Azizah, cikgu Radzi, dan yang lain hanya sempat bertegur sapa sekejap sahaja. Ustaz Aziz dan cikgu Norli tak sempat kami berjumpa. T___T. Oh ya, kami terjumpa seorang cikgu baru. Haha. Sangat terkejut kot dengan cikgu ni. Walaupun cikgu ni baru je berapa hari mengajar di smkap, beliau tahu nama saya. Selamat mendidik anak bangsa cikgu! =p
Jam 3.30 ptg, kami bertiga berangkat pulang. Bawa kamera tapi lupa mahu ambil gambar.lol. Jutaan terima kasih kepada semua cikgu, baik yang mengajar kami atau tidak. Jujurnya, terima kasih sahaja pastinya tidak cukup. InsyaAllah, ingatan dan doa akan selalu kami titipkan. Tanpa kalian, mungkin kami sekarang tidak di Mesir, tidak di Nottingham dan tidak di Dublin. Jzkk cikgu!
ps : Merancang untuk ke SMSSI/ SBPI Mersing juga selepas raya. Of coz kangan sama cikgu-cikgu di sana dan sekolah itu sendiri. Mahu ajak manusia x-sbpim yang available untuk ke sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment