Saturday, July 31, 2010

Perjalanan

Perjalanan semalam sangat huru-hara. Dengan beg yang entah berapa kilo beratnya. Tu lah, mak suruh bawa beg beroda kamu tak mahu. Rasakanlah penangan beg yang menyakitkan otot-otot upper limb dan muscle of back.

Sepatutnya, perjalanan itu mudah. Namun takdir tuhan menentukan, sungguh banyak kecuaian yang saya dan cik Ken lalui semalam. Sangat banyak ok. Hmm, mungkin ini kafarah dosa dari Tuhan. Mungkin juga extra pahala yang ingin diberikan berkat kesusahan dalam perjalanan. Kalaulah niat tak dibetulkan, memang jadi sia-sia sahaja perjalanan ni. Lebih baik kau duduk diam-diam dalam rumah, berehat-rehat , goyang kaki, makan dan makan lagi. Hoho, tapi kalau niat sudah dipasang siap-siapa dari awal, tiada masalah untuk teruskan pengembaraan. Aih, kalau kerana manusia kau sanggup redahi lautan api, inikan pula kerana yang Esa. Ketatkan niat wahai diri dan kawan-kawan.

Hari ini, episod yang lebih best akan bermula, insyaAllah. Moga-moga yang pertama ini akan diikuti yang kedua, ketiga, dan sampai bila-bila. Mari usaha the best untuk kali ini demi menjamin kesinambungannya di masa-masa yang akan datang. Oh ingat, kita buat bukan kerana mencari puji manusia ya.

Jumpa di sana! ^_^

4 comments:

fizt said...

chep...mcm best je journey awk kali ni..jauh ye?
mencabar?
bole sy join..?
hihi

Fna Ishak said...

akak pergi mana? mcm rindu plak tengok online icon dkat ym ecewah =)

sarah-najwan said...

salam..
kamu kt mesia sdg brcti ke hape chep?...bile mao dtg umah saya?

sharifah syahirah TSM [chep] said...

a ah cikgu, tgh cuti,
sambio tu jalan2 sekitar msia mancari ilmu.
nak datang! nnt sy plan dengan syazana bila nak pergi ye.