Saturday, July 24, 2010

Untuk orang Jordan


بسم الله الرحمن الحيم


Awal tingkatan 4

Masing-masing budak baru, masing-masing ada geng, maka semua orang akan menganggap geng-geng lain sebagai poyo, bajet, dan sebagainya.
Ada ke patut, diorang suruh kitorg tukar tempat duduk kat tempat lain?

Akhir tingkatan 4

"Chep, tahun depan kita duduk sekali nak tak?"

Tingkatan 5

Mula menjadi sahabat yang rapat. Dalam kelas , masa mengantuk, boleh pula buat turn tidur.
Kalau tidur serentak, nanti takde siapa yang boleh ajar. Kalau tertidur masa subjek matametik tambahan, maka nama akan dilaung cikgu, siap nama ayah sekali dengan lajunya.
Patutlah matematik dapat teruk dulu.T___T

Petang- petang dan malam-malam, dialah teman prep saya. Petang-petang main basketball sama-sama. Dia main dengan sangat semangat, kan?

Setiap malam selepas habis prep, dia, saya dan seorang lagi teman akan menuju ke surau untuk solat hajat. Seronok, best dan sangat berharga. Kami selalu jadi orang akhir masuk asrama.

Oh, dialah pembantu kuat saya. Dia ni Biro Disiplin masa sekolah dulu. Kalau tanpa dia, penatlah saya seorang diri. Thanx Izz.

Di Intec

Detik-detik akhir jasad kami dekat. Mahu sama-sama ke Jordan, tapi nasib saya di Mesir. Redha dengan kehendak tuhan, kami akhirnya berpisah. Waktu tu dia dah mula berubah menjadi orang yang hebat. Sedangkan saya sedikit demi sedikit mengalami zaman kejatuhan.
Rupanya dia berpesan dengan pesanan yang besar pada seseorang. Dan orang tu mula menjalankan amanahnya ketika di Mesir.

Sekarang

Inilah saya sekarang. Terima kasih Izz. Melihat awak yang semakin rancak di sana, saya menjadi kagum. Bila melihat kehebatan awak, saya seronok. Itulah sahabat saya yang dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Biar jarak memisahkan, semangat dan roh kita masih bersama. Doakan kita sama-sama thabat dalam pilihan kita.

Hari ni birthday Izz yang ke 20, kan? Aih, muda setahun budak ni sebenarnya. Tapi matang semacam. Hehe. Mendoakan yang terbaik untuk Izz, semoga lebih rancak dan menghebus dengan lebih kencang dengan hembusan-hembusan kesejahteraan di sana. Sama-sama gapai cita-cita tertinggi dan bertemu kembali suatu masa nanti, di dunia atau syurga, insyaAllah.

ps : Izz, saya takde hadiah yang istimewa untuk izz. Macam mana boleh lupa yag diorang ni bakal pergi sana. Tapi saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kerana menjadi salah satu sebab kepada apa yang saya yang buat sekarang. Hee, paham ke? Faham kot. Doa insyaAllah dikirimkan. Teruskan bekerja ya!




1 comments:

'Ezzah Al-Islam said...

awal tingkatan 4.

entah siapa yang halau siapa ni? :p

akhir tingkatan 4.

boleh tahan budak chep ni.. sekaki sekepala..

tingkatan 5.

Kat kelas berlatih cara urutan pelbagai teknik. Amik turn berdiri sebab ngantuk... haha. pagi2 ronda kelas ngan asrama sama2. stp hari jumaat singah tandas sebb sakit perut makan nasi lemak pedas..haha

petang-petang prep kat bilik pengawas.

riadhah lari-lari then singah kantin, pekena kopok lekor.

malam stay up tgok bintang sama2 sambil berpuisi. cop turn iron baju, bentang tikar luar bilik study sambil makan maggee.

ok. dialah sahabat jiwa saya. sahabat skema-baik-study saya. dia ni ketua pengawas masa kat sekolah dulu. Tanpa dia, saya pun tak kuat disiplin mana..

Di Intec

balik-balik asyik singah lepak bilik dia. makan petang kolej cemara pun nak sama-sama. nasib baik jumpa dia, smngat nak lebih bekerja. sbb dia ni motivasi saya^^,

Sekarang,

Saya rindu dan kekal sayang pada dia... semakin gembira melihat kita melangkah bersama. Walau di dua negara yang berbeza , namun punya cita yang sama. Moga Allah thabatkan hati kita hingga ke akhirnya ye.

JOM [KITA] Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

to dear chep, siapa tahu kita bakal bersatu kembali di Malaysia nanti? menilakan hospital dengan warna kita insyaAllah...

Sayang chep kerana Allah, sayang Chep di jalan dakwah(^^,)