Sunday, July 25, 2010

Giliran Sabrina

Macam biasa, lepas subuh mesti spend masa dengan kucing-kucing. Dalam masa yang sama, berbual dengan ummi. Tiba-tiba ummi cakap

" Awak tahu ibu kucing dah mati?"

" Haa? ibu mana ni?"

"Ibu kucing tu lah, yang badan kecik tu"

"Sabrina ke?"


"A ah, ye lah. Abah tak bagi ummi bagi tahu awak. Tak tahu siapa langgar dia masa balik kuliah subuh tu"

"Huhu"......


Mula-mula dengar, terus terfikir anak-anak Bna yang masih kecil tu. Semalam tengok mereka tidur atas kerusi beramai-ramai comel je, tak perasan pula masa tu yang Bna dah tiada, T___T. Lepas ummi beritahu tu,terus pergi pada Tom dan Sherlock Holmes dan tanya pada mereka
"Awak tahu tak mak awak dah takde? Awak dah jadi anak yatim" huhu.

Huhu. Terima dengan redha. Mana-mana yang bernyawa pasti akan mati. Yang membezakan hanya keadaan kita apabila mati, mulia atau hina. Apakah amal kita akan membawa kita ke syugra atau neraka. Haiwan-haiwan ni mati mulia je, tak bawa dosa, tapi kita yang manusia ni?
hmmm...

Sebenarnya, saya rasa saya memang ada instinct yang Bna akan pergi. (silalah percaya!).
Tak tipu. Bna agak manja sejak akhir-akhir ni. Selalu masuk bilik dan tidur atas katil. Asyik baring kat sebelah. Sebelum ni bukan macam tu, sebab Bna ni kucing yang survive. Dia dah besar dan dah tua kan, so dia tak manja sangat. Banyak buat hal sendiri. Disebabkan akhir-akhir ni dia selalu duduk dalam bilik dengan saya, of couse lah banyak main-main dengan dia. Bagi perhatian lebih la masa ni.Masa main-main dengan Bna tu memang terfikir, yang Bna ni dah nak mati ke sebab manja semacam. Betul, itulah instinct saya masa tu.

Bertambah sedih sebenarnya, malam 23hb tu rancak berYM dengan kawan cerita pasal kucing. Bercerita macam-macam pasal kucing termasuklah isu melihat kucing mati kena langgar. Huhu. Rupanya, esok paginya Bna punya giliran pula.


Gambar-gambar ni diambil 24 julai 2010 jam 12.04a.m! Patutlah Tom peluk Bna dengan sunguh-sungguh, rupanya Tom tahu itu malam terakhir bersama ibunya.

Sedih. Namanya Sabrina, saya panggil dia Bna. Anak generasi yang dah besar ada 2 ekor, ada juga seekor anak susuan bersama generasi ni. Dan anak generasi baru ni still letak dalam sangkar bila siang, sebab masih kecil. Tapi takdelah kecil sangat. Tapi still menyusu.

Ummi cakap masa ummi tengok Bna kena langgar tu, ummi pun menangis. Ummi teringat yang Bna ada anak-anak kecil. Hoho, ummi yang tak suka kucing pun menangis. Ummi suruh bagi lebih perhatian pada anak-anak Bna yang kecil tu. Hehe. Itulah perasaan seorang ibu.

Yang saya perasan, ayah saya memang akan rahsiakan kematian kucing-kucing saya. Dah banyak kali dah berlaku before ni. Apatah lagi kita duduk jauh kan, manalah kita tahu. Dia tak nak anak dia sedih. Bila telefon tanya kucing buat apa, rileks je kata kucing kat luar. (Ye lah, kat luar dalam tanah) T___T.

Dah, sekian laporan dan luahan perasaan. Mahu jumpa Bna di syurga. =).

ps: ahli beit Anonymous, siapa ingat tragedi saya bersedih masa Manja mati tu. Yang dekat ruang tamu atas sofa hijau tu? Haha.

Sabrina yang belakang sekali. Depan sekali anak susuan, tengah tu anak kandung. =).

11 comments:

cet said...

chepah, Bna tu yg kurus 2 ek?anak die beso dr die kn???

myQza said...

R.I.P sabrina :(((

Sharifah Syahirah TSM said...

@cet
a ah. btol! =)
yang tu lah....

Ummi Eisya&Amani said...

la b-na dah tak ade ke..siannya ye..sedih gak la..baru je tetiba teringat nak letak pic dia..mungkin dah sampai ajal dia..waa nak menitis air mata bila tahu tgk anak dia peluk dia tu..waaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

takziah diucapkan...
mmg sedih lau kucing mati..
lagi2 dgn tragis...

btw juz nk kongsi pendapat,
rase2 xelok sgt letak name kucing/haiwan sama dgn name manusia..
lau bna tu ok, lau sabrina tu lau bleh dielakkan..

Sharifah Syahirah TSM said...

@ummi iesya.
huhu. anda mesti lagi sedih kerana juga merupakan seorang ibu.
iesya...meow dah takde.....

@anonymous.
thanx azim, kan?
tapi kenapa ea?

Farhaana Ishak said...

comelnyaaaa kucing, rasa mcm setahun da tak main dgn kucing, even ada kucing dduk belakang rumah pn dia lari frm kte, kejam T.T tk sgke akak ni gila kucing, heeeee. jgn sedih lama lama, Bna tak mati tu, dia baru start life yg sebenar dekat Sane, hee :D

Anonymous said...

ye kot..
malas nk sign in...


sbb seakan mnyamakan darjat manusia ngan kucing...
cth lau manusia bernama sabrina ade dtg melawat, pastu kt panggil kucing tu, die akn trase..

or mksud name tu xsesuai tuk kucing, cth ali, saleh, nurul, etc..

lau name mat saleh ok kot..
john, house, green, woodgate etc..

dan beberapa sbb len...

Sharifah Syahirah TSM said...

@fna
hee. akak ok je, xdelah nangis2,
fna pun suka keucing ea.
btw, seronok kerja dgn fna.
thanx ye.

@azim
terima kasaih atas ulasan.
hmm, ingatkan sabrina tu nama mat salleh gak. thats y bg nama tu.
mcm cerita "Sabrina the teenage witch" tu.
ala kullli hal, jzkk.

kekuatan.kasih.sayang said...

huwa...
rindu kucing aku

Anonymous said...

oo.. dah xigt cite tu...
tp name ni dah ramai bdk malay pakai..
myb sbb nickname "ina".
xpenah plak jumpe kucing ade name penuh n nickname...
agak kreatif..