Alhamdulillah ala kulli hal. Semuanya ini sungguh, tidak lain tidak bukan adalah yang terbaik dari Allah. Hanya Dia yang mengetahui yang terbaik, kan?
Susahkan mengawal diri ketika di mesir? Jawapannya tepuk dada tanya iman. Bukanlah saya yang selayaknya ingin mengatakan yang saya mampu sepenuhnya mengawal diri sendiri baik di mesir atau di mana sahaja. Tidak, tidak mungkin saya akan mampu hanya dengan mengharapkan diri sendiri. Tanpa Dia, yang Maha Kuasa pastinya saya juga sudah hanyut entah ke mana. Kata kuncinya, Allah.
Bila kita fikir Allah sentiasa bersama, insyaAllah tenanglah jiwa.
Bila kita fikir yang Allah melihat kita sentiasa , maka malulah diri ini ingin membuat dosa.
Bila kita fikir bahawa Allah penentu segalanya, maka menjadi redha lah hati ini menerima ketentuannya.
Indah atau tidak sesuatu perkara, semuanya dalam pilihan kita. Lihatlah di mana kita meletakkan Allah dalam diri kita. Ya, bagi saya itulah jawapannya.
Bagaimana memastikan yang diri kita selalu meletakkan Allah sebagai misi utama?
bersambung.
feeno_chep03@yahoo.com
4.11 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment