Intai-intai status manusia Cairo, sudah mula nampak hint-hint yang result exam bakal keluar tidak lama lagi. Mulalah ngilu rasanya hati, bermain-main di fikiran " cukupkah doa aku selama ini?".
Ya rabb, berikan kejayaan yang terbaik buat kami, kami ingin menjadi hambaMu yang paling redha dengan ketentuanMu.
Oh, mari sambung cerita tentang mesir. Bagi saya personally, mesir tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Bukan maksud saya tiada yang betul, cuma tidaklah seteruk yang disangka. Banyak lagi yang indah-indah , yang mampu menampal celoreng-colereng kelemahan.
Pendapat secara personally, sesuatu tu diterima oleh setiap orang secara berbeza-beza, Teringat seorang doktor pernah mengajar di kelas, menurutnya sesuatu penyakit itu sama sahaja rasanya, yang berbezanya adalah cara pesakit itu react atau respon pada kesakitan itu. Ada sesetengah orang akan cuba respon dengan baik, maka kesakitan itu tidaklah begitu teruk baginya, begitu juga sebaliknya. Hmm, sama dengan ujian. Ada orang terima dengan hati yang tenang dan sabar, ada pula sesetengah yang meratap ,meraung dan sebagainya dengan sesuatu perkara yang hasilnya tidak sama seperti yang diharapkannya. Err, faham ke?
Apa yang cuba untuk disampaikan dalam entry ini adalah, mesir tu keadaannya memang begitu pada asalnya. Kita memang tidak akan mampu untuk mengubah mesir, tapi kita mampu merubah dan mengawal diri kita. Kita mampu mengawal emosi kita, kesabaran kita, keberanian kita dan sebagainya untuk menghadapi keadaan yang sudah sedia ada di mesir . Semuanya akan jadi mudah dengan mengawal diri kita, kan?
Err, kalau tak faham, boleh tanya personally.
Sukarkah mengawal diri? Apakah caranya?
bersambung lagi =)
feeno_chep03@yahoo.com
5.50 am
Wednesday, July 14, 2010
Posted by Sharifah Syahirah TSM Labels: chEP as a Student, chEP in egypt, chEP is sharingAku dan Mesir 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment