Thursday, May 6, 2010

Ihsan?

Kata ibu " Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya kelihatan banyak sebelum matahari terbit.

Anaknya menjawab, " Kita tidak boleh berbuat begitu ibu, Amirul Mukminin melarang kita berbuat begini"

Si ibu masih mendesak " Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu"

"Balas si anak " Jika Amirul Mukminin tidak tahu, tapi Tuhan Amirul Mukminin tahu".

Subhanallah. Menangis umar mendengar perbualan antara ibu dan anak ini di kala malam pekat. Sungguh, imannya mantap. Ihsannya tinggi. Bukan mudah untuk mempercayai sesuatu yang tidak terlihat dek mata . Mengimani sesuatu yang tak dapat dikesan dengan pancaindera.

Yaitu orang yang takut kepada Allah yang maha pengasih, sekalipun tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. (50 :33)

Nah, kita macam mana? Nak test tahap keihsanan kita? Mari cuba sama-sama ye. Agak-agak bila kita berseorangan, kita takut tak nak buat dosa. Bila kita memasak, kita membazir tak? Kita basuh bersih-bersih tak? Bila mengemas rumah, kita bersungguh-sungguh dan ikhlas tak? Kalau kita baca buku, kita bersungguh-sungguh atau bersambil lewa? Kalau depan cikgu kita ikut peraturan, kalau cikgu takde macam mana pula? Dalam exam kita berusaha menjawab bersungguh-sungguh untuk dapatkan full mark atau sungguh-sungguh kita meniru untuk dapatkan full mark?

Apa hasilnya dari tindakan kita di atas? Ya, masakan akan tetap menjadi, sedap itu tidak mustahil. Ya juga, rumah akan kelihatan kemas, buku akan habis dibaca, cikgu akan melihat kita sebagai pelajar yang patuh dan kita juga berjaya dalam peperiksaan. Memang, itu tidak mustahil sama-sekali. Tapi, siapa yang rugi? Kelihatannya seperti kita mengejar nama, mengejar dunia yang hanya sementara. Berjaya dalam peperiksaan hasil daripada perbuatan meniru adalah sesuatu yang sia-sia. Penipu besarlah kita. Menipu diri sendiri, dan cuba menipu yang maha satu. Astagfirullah. Astagfirullah. Astagfirullah. Mana perginya sifat ihsan kita?

Satu ketika dahulu, ketika darjah 3, dalam peperiksaan matematik. Saya telah siap menjawab, namun di saat akhir, terdetik di hati untuk mengintai jawapan rakan sekeliling. Disebabkan jawapan saya seorang yang lain dari yang lain, maka saya menukar jawapan seperti mereka. Beranilah meniru sebab cikgu tak nampak.Hasilnya, nah, jawapan mereka sememangnya salah dan jawapan saya diawalnya adalah yang tepat. Menyesal tak sudah-sudah, nak sangat meniru orang lain. Sejak dari itu hingga kini, peristiwa itu sangat terkesan di hati. Allah nak bagi tahu saya, exam ni tak boleh meniru. Jujurlah, jujurlah pada diri sendiri, kalau kita benci orang lain menipu kita, maka kita juga harus benci jika menipu diri sendiri. Jangan kita lupa ada yang sedang memerhati. Buatlah segalanya dengan penuh hati-hati dan teliti. Jangan di akhirat kelak termakan diri.

Usaha, usaha dan usaha, yang lainnya serahkan pada Dia.
Ihsan, ihsan dan ihsanlah dalam perbuatan seperti sedang dilihat tuhan.

ihsan tu apa?

[iesya, belajar nyanyi lagu ni ye=)]


Berjihadlah seupayamu,
timbalah dan cedoklah keluasan ilmu yang Maha Satu,
jangan lupa yang ummah sedang menunggu.

Salam imtihan.

2 comments:

emhoho said...

chep nampak sesape meniru ke chep?

..........

mesir2...

sharifah syahirah TSM [chep] said...

em rasa kenapa?

hmmm....

tanya kat budak bilik belah kanan.
hehe.