Monday, March 22, 2010

Itu Aku


Jahat!
Suka fikir yang bukan-bukan.

Selalu bersangka yang tidak baik

Senang terpengaruh dengan pujukan syaitan,
Ya, itu aku.

Hina! Berjanji dengan tuhan
Bersumpah setia

Mengalir air mata
kemudian kembali lupa.
Ya, akulah itu.

Keji.
Berkata yang tidak perlu
Berfikir yang merosakkan jiwa

Bekerja yang tidak berpaksi yang esa

Melihat mungkar tidak berasa apa

Tindakan tidak mendahului kata.
Ya, aku itu. Memang aku.


Wahai manusia penghuni dunia

Bantu aku insan hina
Tunjukkan aku lorong cahaya

Jauhkan aku dari neraka
Pimpin aku menuju syurga

Bimbing aku menuju redhanya.

ya, itulah aku.

sh.syahirah

220310

2 comments:

anisahshamilah said...

dia yangg di dalam gambar itu pasti bukan kamu.

=)

maaf cheppon jika kami bukan kawan yang baik.

jom cuba jadi baik. aku ini bakal jadi saksi atas perbuatanku kelak.kan?

yanna_ngee~ said...

slalo rase lemah..
slalo rse jaoh....
slalo rse smpit...
slalo rse sesak..
slalo lupe...
bantu sye juge...
tnjuk kn jln..
pimpin sye juge d jln yg kmo2 lalui

syg sisters cairo~~