Sunday, January 10, 2010

21



Aku rasa takut. Entah kenapa.
Hati rasa berdebar. Entah kenapa.
Mungkin usia 21tahun ini memerlukan lebih komitmen dariku. Mungkin memerlukan lebih tanggungjawab.
Terima kasih kepada pencipta yang maha esa kerana meminjamkan nyawa kepadaku.
Meminjamkan nikmat2 yang tak terhitung kepadaku.
Sedikit yang aku pinta , tp Allah bagi banyak tak terhingga.
Aku tahu, ucapan terima kasih langsung tak cukup.

Langsung tak padan. Kalau aku hidup senang lenang melayan kehendak dan nafsu , apa yang mampu untukku hadapkan di mahsyar kelak kepada pencipta?

Mungkin aku tak mampu menjadi sehebat al-Fateh, pembuka constantinople.
Mungkin aku tak mampu jadi sehebat Salahudin Al-Ayubi, yang menakluk Baitul Maqdis.
Tapi aku mampu untuk usaha yang terbaik.
Tiada alasan untuk duduk bersahaja, goyang kaki tak bekerja, tak berusaha.
Aku tahu Allah langsung tak perlukan aku, tapi aku tahu yang aku sangat perlukan Allah.
Kalau Allah tinggalkan aku, mana aku mahu pergi? Mana aku mahu lari? Siapa mahu beri aku rezeki? Siapa yang akan melindungi? Kepada siapa harus aku luahkan isi hati?
Aku takut, takut tak mampu menjaga diri sendiri. Dan aku tahu memang aku tak akan pernah mampu, tanpa izin Ilahi.
Tiada dunia lain selain dunia milik Allah.
Tiada bantuan lain selain bantuan Allah.
Allah, kurniakan aku kekuatan. Kurniakan aku keimanan. Bantu aku menuju ketakwaan. Selubungi aku dengan ketakutan kepadamu. Bantu aku sematkan keikhlasan dalam setiap amalku. Moga baki-baki usiaku hanya untukmu.

Duhai sahabat, duhai teman, duhai pejuang yang mencari redha tuhan,
Kejutkan aku andai aku terlena.
Sedarkan aku andai lamunan entah ke mana.
Jangan biarkan aku tergelincir keseorangan.
Ingatkan aku yang aku berhutang dengan tuhan.
Aku ada tugas yang perlu dilangsaikan.



monolog hati
SSTSM
yang diberi pinjaman nyawa oleh RabbNya selama 21 tahun = 7665 hari

14 comments:

Noor Asyila said...

Sanah helwah chep!

kita 'hidup'kan hari2 mendatang ye!
Moga menjadi penyumbang kepada Islam :)

Bittaufiq Wannajah utk akhirat,dunia

[MH] said...

yang, me tido awal smlm. balik2 terus tido. sampai me tk sempat nk wish u

happy birthday yang ke 21,chep

semoga hidup awak diberkati dan dirahmati. semoga dicepatkan jodoh juga..

Semoga iman kita terus bertambah dan tidak jatuh terlalu merudum bila kita lemah.

Semoga kita menjadi golongan yang saling memperingatkan

Sayang awak, kerana Allah

Ummi Eisya&Amani said...

Selamat Hari Lahir..Sori ye lambat wish..moga segala impian akan menjadi kenyataan.amin

iman d said...

cheppie!
hehe..'jom2'
moga ini yg terbaik...
iAllah. =)
jom same2 doakan eh....
*mtk sgt2*

al_leen =) said...

Assalamualaikum..

Setelah lame ingin menjejak blog kawan-kawan,
Akhirnya aku sampai di sini..


Cube teka siape ni??

Sanah Helwa Chep..!! a.k.a Kak Long Chep..!!

Xsabar nak jumpe korang tau..

p.s : k.chep masih menyukai kucing.
p.s.s : k.chep masih menyukai warna putih
p.s.s.s : adakah k.chep masih tidak boleh hidup tanpa jam tangan?? hehe..

yg bebenonye dari x jauh sgt,

Aleen,
aleen_leen_aileen@yahoo.com
+962779849861
Adik same besday..!! hehe.

Anonymous said...

akaaakkkk.adeyh.terlepas laa nk wish.cmne bole lpe ek???adeyh2

neway,HAPPY BELATED BIRTHDAY

nagaliar said...

selamat menyambut hari ulang tahun yg ke-21...dh dewase dh chep...dh leh open org msk meminang nie...ha3

Sharifah Syahirah TSM said...

@syila..
insyaAllah syila, same2 kite jd pendokong islam! mari2~
moga Allah bantu langkah kita.

@thia
xpe yang, i tahu u mmg igt i selalu..
u wish awal ke lmbt ke, i xkesah =)
doa kamu sy ameen kan byk2 kali..heeee
ameen ya rabb.
syg kamu juga, krn Allah.

Sharifah Syahirah TSM said...

@ummi eisya...
thanx kakakku.
doakan yg terbaik utk org ye...
cium eisya skit..muahhh =)

@iman
yup iman..
jom2..
moga2 ini yg terbaik utk kita.
same2 kite usahda dan doa byk2..
moga2 Allah kabulkan yg terbaik.
ameen ya rabb.

Sharifah Syahirah TSM said...

@aleen yg sgt chep rinduiiiiiiii

hoho...kembar comelku yg dh lame tak bersua muka...
wahesytini awi2...
nk dtg sini ehh...
yeay...
boleh kite cite2 pjg..
nk tahu jugak ape dh jd dlm beberapa thn ni kan...
hmm...ya, masih xboleh hidup tanpa jam tgn..
skrg jam tgn rosak,
ganti dgn jam henpon. ye la, kat skolah mane boleh bwk henpon kan?

kak long tggu kedatagan aleen! =)


@dila
thank sis.
akak x kesah kalau org lupe bday akak..
yg penting jgn lupe akak je =)
to 4get u ieva do, to 4get me it's up to u =).
syg dila sgt2. kerana Allah (^.^)

Sharifah Syahirah TSM said...

@nagaliar
terime kasih cikgu!
dewasa dh sy ye? dah 21thn hidup kat bumi tuhan ni.
terime kasih cikgu2 semua sbb membesarkan sy.
tanpa kalian, sy pun x tahu sy akan jd cmne...

hoho..ok cikgu, pendaftaram
dibuka melalui skrg~ =)

Dr. E-iN said...

chep...
sowi hadiah cikai je..
happy birthday chep..
syg chep byk2 ;)

Sharifah Syahirah TSM said...

@e in...
sy sgt terharu dgn kamu...
tercungap-cungap kamu naik rumah...
thanx e in..
chep syg e in sgt222 (^,^)

hikari said...

alamak,....
dah lama terlepas nih...iskk
but better late than never kan...
happy belated birthday chep!!
bak kata org rusia, s dnyom razhdeniya!! =)