Thursday, December 17, 2009

Air best

Peti ais dibuka.

"Wah, ada air best. Tolong bukak penutup dia chep".

Air dituang.

" Nah, minum." air di pass kepada yang berhajat untuk minum.

" Eh, minum la dulu, "

" Laa, minum je lah. Orang dah bagi, minum la"

Air diteguknya. Bukan secawan, tapi seteguk.

" Waa, sedapnya air ni" (dengan muka teruja). Lalu dicapainya kotak air itu . Dibawa dalam keadaan lari-lari anak ke ruang tamu. Bukan untuk dirinya, tapi untuk dikongsi kesedapan itu bersama sahabat2nya.

Wahai sahabat. Comelnya dikau. Selalunya yang sedap2, akan dinikmati seorang diri. Tapi bagi kau, yang sedap2 harus dikongsi. =)

---------------------------------------------------------------

Serendah-rendah tahap ukhwah itu adalah berlapang dada. Setinggi-tingginya pula adalah ithar (melebihkan orang lain dari diri sendiri).

Pernah dengar kisah ithar para sahabat dalam perang Yarmuk?

Kisahnya bermula di mana seorang pahlawan islam cedera parah dalam peperangan tersebut, sahabat ini meminta bantuan air dari tentera yang masih hidup disekitarnya. Namun apabila diketahui sahabatnya lebih memerlukan, dia berkeras agar sahabatnya diberikan air dahulu. Begitu juga apabila sahabat yang kedua didekati, dia juga enggan minum apabila diketahui ada sahabat lain yang juga memerlukan air.

Apabila pembawa air tiba kepada sahabat ketiga, rupa-rupanya sahabat yang ketiga ini telah mati syahid. Si pembawa air kembali kepada sahabat pertama dan yang kedua, namun meraka berdua juga telah syahid. Indahnya kematian mereka.

Siapakah gerangan yang sahabat yang mulia ini?
Merekalah Ikrimah bin abu jahal, Ayyash dan al-Harith.

Jom kita praktis ithar! =)
Moga2 kita ikhlas dalam berusaha mengamalkannya.

3 comments:

Atiqah said...

haha kak chep
seronok baca post ini
terima kasih

selamat tahun baru
moga bertambah2 keimanan dan kebaikan

dtg la rumah saya sekali sekala berkongsi air jus
:P

dibby bus-bus said...

salam..ni kak dib jakarta..

bes kan cite tntg ithar time p.yarmuk tu..sdey but meaningful..
kalau de air best lg..
hulur2 la kt org jakarta skali..hehe

milah said...

>.<