Tuesday, October 20, 2009

Sukarnya membuat pilihan

Buka almari, kemudian termenung. Melihat baju yang tergantung tanpa ada perasaan.
" Isk, malasnya nak pikir baju apg a yannak kena pakai setiap hari. Nak kena pilih warna tudung lagi, kasut lagi...."


Ini memang lazim bagi kita manusia, lebih-lebih lagi kaum wanita. Ada bantahan? Kalau tidak setiap hari, mungkin sekali-sekala. Lelaki juga mungkin sama, cuma tidaklah secerewet wanita.
Persoalannya di sini, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hasil pemilihan kita?

Lain orang lain faktornya. Hidup ini perlukan keputusan. Keputusan akan melahirkan tindakan dan seterusnya akan menghasilkan kesan. Walau apa yang terjadi, keputusan sememangnya harus dibuat. Jangan biarkan hidup kita menjadi umpama lalang yang ditiup angin mahupun sampah di lautan yang hanya mengikut sahaja ombak yang menggila.
Atas dasar apa kita memilih?

Dalam konteks pemilihan pakaian, perkara yang biasa dipertimbangkan mungkin seperti kesesuaian dengan majlis, keselesaan, kevoguekan, keberfesyenan, kecantikan potongan, kesesuaian dengan warna kulit si pemakai dan sebagainya. Dengan harapan, baju yang dipilih itu adalah terbaik , menampakkan kemodenan, keberhartaan , kemachoan, kecunan di mata manusia. (isilah dengan apa sahaja yang terlintas difikiran). Namun, disebalik pemilihan faktor-faktor itu, nampak ada satu yang hilang. Yang mana ia sepatutnya berada di tempat yang teratas. Yang sepatutnya menjadi piawaian yang utama.


Ya, ramai yang sudah tahu jawapannya. Di mana kita letakkan pencipta, boss, ketua, tuan, yakni Rabb kita yang maha satu? Kita kadang-kadang seakan-akan lupa akan kewujudannya. Berbuat sesuka hati kita tanpa ingat bahawa ada "polis-polis" yang sentiasa memerhatikan kita. Tanpa kita ingat bahawa hakim itu akan memberikan hukuman yang seadil-adilnya kepada kita di mahkamah akhirat kelak. Sungguh, aku juga sering lupa. Neraca dunia itu kadang kala mendahului segalanya.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” (Al-A’raaf: 26)


Dah, lupakan soal pakaian. Seluruh kehidupan kita memang memerlukan keputusan. Rewind balik, tengok apa keputusan yang dah kita buat sepanjang hidup ini. Lihat kesan dan hasilnya. Dulu, kita dapat 5A UPSR, sekolah mana yang kita mohon? Dapat banyak tawaran sekolah hebat-hebat, yang mana kita pilih? paling penting, kenapa kita pilih? Atas landasan apa keputusan itu dibuat. Oklah, UPSR tu kita kira konon-konon tak matang lagi, semua keputusan mak ayah yang buat. Macam mana dengan PMR, SPM, matrik?. Lagi. Pemilihan kerjaya, pemilihan pasangan hidup, dan apa-apa yang sebaris dengannya. Adakah semua pertimbangan itu dibuat berdasarkan kehendak nafsu dan kenikmatan dunia semata-mata. Dimana kedudukan "tuan besar" kita? Rewind dan rewind balik.


Yang dah lepas tu dah memang terlepas. Yang akan datang jangan dilepaskan. InsyaAllah selepas ini pertimbangan yang kita bakal buat adalah lebih matang dan bukan semata-mata kerana dunia. Neraca akhirat itu lebih utama. Ya, semoga aku dapat membuat pilihan terbaik selepas ini. Doakanlah.

4.43pm
beit kauthar

2 comments:

ar-rumaisa said...

a beautiful piece of thought,Chep dearie.. keep writing. Moga tulisannya menjadi saham di akhirat sana.
~ percikkan islam =)

Anonymous said...

hmmm... i AM in a dilemma right now.. but after reading your thoughts.. helped me a bit.. thanks!!!