Monday, October 19, 2009

kocoh-kacah

Anggaran seramai lebih 200 orang akhawat PERUBATAN sekitar Cairo yang hadir ke open house kami. Tuan rumah sangat sibuk memasak di dapur ketika majlis berlangsung. Maaf kerana tidak dapat berbual panjang dengan tetamu yang hadir. Terkocoh-kacah kami di dapur, terutama apabila maghrib hampir menjelang. Ramai yang datang untuk berbuka puasa. Berapa kali lauk dan nasi perlu ditambah. Air karkadih (rosell) juga tidak mencukupi kerana terlalu sedap . Terpaksalah skuad kami membancuh air untuk kali yang ke seterusnya. Ada tetamu yang menjangkakan air tersebut adalah air ribena malaysia. ada class la aunty ni!. Kredit kepada pembancuh air.

Menu yang kami sediakan pada hari tersebut :
nasi putih-sup ayam-sayur kobis goreng dan salad-telur goreng-sambal belacan-cocktail




Tiada gambar ketika majlis. Tiada gambar makanan yang dah siap.

Apa manfaat yang kami dapat melalui open house + house warming ni?
Serius, pelbagai tarbiyyah yang kami dapat pada hari tersebut. Sungguh, mereka yang terbabit lebih mengetahui. Bermula dari mesyuarat untuk bersetuju mengadakan open house,sehinggalah kepada tamat majlis. Sehinggalah sesi muhasabah diadakan. Macam nak menangis pun ada. Bukan mudah kan nak sediakan makanan untuk lebih 200 orang. Bajet kena buat betul-betul. Meeting kena serius. Semua kena take note sebaik mungkin. Kerjasama lagi lah amat sangat terlalu penting. Komitmen, kesabaran dan ketabahan sangat diperlukan. Plan mesti kena lebih dari satu. Back up tu penting. Pengkhususan kerja memang perlu supaya semua berjalan lancar. Terror atau tidak terror memasak tu bukan perkara utama.tapi saya tak kata tak penting.

Huh, skemanya rumah kami punya open house. Ala-ala open house Perubatan pun ada.huhu.
Kalau perubatan ada muhasabah sesama AJK, kami pun ada. Tak pe kalau jadi skema, bukan salah pun, kan? Pernah dengar ayat "Kebatilan yang tersusun lebih baik dari kebenaran yang tak terancang". Pandai-pandailah kaitkan sendiri ya. Oh, satu lagi ayat yang ala-ala best "Rancanglah untuk masa depan, tapi hiduplah untuk waktu sekarang. Masa depan itu tidak pasti, tapi merancang itu mesti".

Ok, sekian dulu dari pemberita tidak rasmi beit Kauthar.


chep
19 okt 09
5.13 petang

ruang tamu Kauthar.

1 comments:

anisahshamilah said...

suke pics bwh tu!!!!!
hehehe~