Tuesday, August 4, 2009

Soalan killer dari calom spm

Salam 1Malaysia (^-^) ~ tiru pembaca berita dalam tv.

Program "serangan motivasi sekolah" berjalan dengan jayanya di salah sebuah sekolah yang agak hebat di malaysia , alhamdulillah(bukan sekolah saya ye yg SMSSI ye, sekolah lain). Walaupun pada awalnya agak cuak2, tapi semuanya dapat dikawal dengan terbilangnya . Saya nak share soalan2 yang saya rasakan mencabar dan memerlukan susunan jawapan yang baik ~

adik A : Akak, akak tak takut ke duduk oversea? Saya dengar cerita macam2. Senior saya pun
ada cerita dulu yang bilik dia ada paderi ketuk pintu, tanya dah ada agama ke belum.....

adik B : Akak, camne ea. Ni bukan lah masalah pelajaran sgt. Tapi masalah cikgu. Just nak minta
pendapat akak. Ada sorang cikgu ni, dia warden. Semua orang tak suka dia. Dia tegas
sangat. Bla..bla..bla..Kitorang jadi stress. So, kitorang tak tahan sampai selalu
mengumpat dia. Camne ye kak?

adik C : Akak, saya nak tanya soalan common untuk student oversea. Akak duduk sana akak tak
couple ke? And apa pendapat anda tentang couple nie?

adik A : Saya ada seorang kawan. Dia ni dulu perangai lain sangat. Boleh kata teruk la jugak.
Bertepuk tampar dengan budak lelaki tu kira ok je bagi dia. Tapi sejak akhir2 ni, dia
berubah sangat. Jadi lain la. Tiba-tiba jadi baik secara drastik. Tapi kitorang semua
macam tak boleh terima la perubahan dia. Sebab kalau nak berubah, kenapa drastik
sangat.Nanti takut tak istiqamah pulak. Depan cikgu baik sangat, tapi dengan kitorang
kadang2 dia marah2.....

Huh,,,ni lah antara soalan2 yang mencabar bagi saya. Nasib baik ada bantuan dari Fatin London dan Kak Anis France. Kalau seorang, mungkin jawapan untuk adik2 kurang memuaskan. So, sesiapa yang rasa nak share jawapan, boleh la bagi komen ye. Sharing is caring.


Daripada sesi motivasi dan perkongsian ini, apa yang saya dapat conclude adalah kita perlu sentiasa bersedia dan perlu pandai mengawal suasana. Kongsilah apa yang anda rasa dari hati ke hati. Dakwah kita dakwah hati, bukan kata-kata dari mulut semata-mata. Bukan juga perkongsian fakta yang tak "basah".Perlu pandai tarik perhatian, jangan monotonous je. Kongsilah segala apa yang kita rasa perlu untuk mereka. Jangan biar mereka mengulang segala jahiliah kita yang merajai diri suatu ketika dulu.


*killer sangat ke soalan ni? huhu..sory la kalo tajuk terlebih-lebih~ ^_^

6 comments:

kN said...

serang sekolah mane nie?

hairul said...

bdk ni org ker spesis semut????

hairul said...

budak skunk ni mmg da terlebih up.....

sharifah syahirah TSM [chep] said...

salam kay anne...
nama sekolah terpaksa dirahsiakan atas kemaslahatan..hehe..nnt org tau plak sape cikgu tu~ yg penting bukan smssi la (^-^)

hairul~
apa kaitan ngan semut ye???

arnamee said...

salam..

erm, soalan mencabar gak tu, silap jawab, len jadiknyer..erm..dakpe, terus berjuang :)

exsnior said...

bagus la bebudak skrg kat msia ade la kesedaran mcm masalah couple ni ek..