Sunday, March 8, 2009

Dari Seekerz~

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Muhammad s.a.w,~

Ya, peringatn kepada yg lupa, 12 rabiul awal adalah tarikh keputraan baginda s.a.w.
Hmm..cuti bukan sekadar cuti, tapi untuk dihayati.
Hayati segala pengorbanan baginda. TAPI ingat, bukannya hanya dihayati masa maulidur rasul semata-mata! Bukan! Cuma mungkin sambutan maulidur rasul ni adalah sebagai peringatan kepada kita manusia yg sememangnya bersifat pelupa. Refresh balik ye, insyaAllah.

Pergi jalan2 ke blog orang lain , lompat sana sini memerhati hasil tulisan manusia2 lain, akhirnya terperangkap di blog Seekers. Adeiiihh, sy di tagged skali lagi. Thanx Intan. Akak rasa bertuah, mcm yg Intan ckp, bukannya malang.Hehe..mst sbb intan igt akak, sbb tu tagged akak kan? thanx again! lps ni kalo ade tagged baru, pegi tagged kak syazana tu, die byk mase free ni..huhu, kan zana?chep bz , zana free kan (cubaan seterusnya, maju kan?huhu).Okay, mari jwb tagged ni..

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog "Dunia hanya sementara, maka...." Before ni name dia "dunia yg sementara" tp dlm beberape mggu lps, tukar plak, nape ntah, tetibe rase nk tukar. Kenapa nama tu? hmmm...nak ajak orang berfikir, sbb tu ada "maka....."(isikan titik2 tu dgn jwpn yg difikirkan sesuai).


2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
[http://chepingu.blogspot.com]. Huhu. Sangatlah amat sungguh tidak "macho" link terbabit. Kan? Huhu, ni masa buat dulu, hentam keromo je,teringat si pingu kat msia, so gune je la n malas plak nk tukar2 yg baru. Maka.....tidak macho la. Nama ini juga tidak adil kepada kucing2 sy yg lain. Maaf kps kucing2 selain pingu, esp justin. Jgnla merajuk smpai tak balik rumah smpai skrg..isk..isk~
3)Kenapa anda berblog?
Dulu2 suke bace blog cikgu Khairul Hazman mase zaman lower form. Pastu takde la berniat nak buat blog tu. Pastu tetibe tercampak ke Mesir nie. Cam dah jadi resam plak bila duduk oversea, mst kene ade blog.setuju? Kirenye dulu buat sbb nak cerita kisah hidup semata-mata kot. Tapi, lama kelamaan, mula tau kepentingan blog. Mula sedar apa yg patut. Percayelah, blog ni medium yg sangat penting dlm zaman skrg. Sangat. Amat. Especially utk golongan manusia yg suka membaca blog cm sy nie. Hidup tak aman tanpa merayap ke blog2 manusia lain. Dan dengan rayauan itu, sgt la byk yg sy dpt n pelajari.
4) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Method? Huh, tiada yg specific plak. Bergantung kepada mood dan keadaan. Bergantung juga kpd jenis entry yg dipost tu. Takde format. Takde cikgu nak tanda n bg markah. Bukan mcm karangan sekolah, perenggan pun kdg2 ade kdg2 takde. Walaupun sy anak cikgu bahasa melayu, namun bahasa melayu sy di dlm blog mmg tiada ciri2 anak cikgu. Maaf jika merosakkan bahasa.
Yang saya harapkan hanya apa yg sy nak smpaikan tu tercapai.


5) Antara rupa dan isi, yang mana lebih anda utamakan?
Hmm..both i think. Bila saya melompat2 ke blog manusia2 lain, rupa blog itu akan mempengaruhi semangat sy utk meneruskan pembacaan di situ. Tapi kalau cantik je tp isi tak menarik, tak jadi gak. Pernyataan ini bukan bermakna bhw blog ini cantik dan isinya baik. Pape pun, isi lagi penting la kan. Blog bukan untuk tunjuk kecantikan template, tapi untuk penulisan. Cuma tak nafikan template tu juga penting utk memberi mood yg baik kpd pembaca.


6) Adakah anda meletak widget lagu di blog anda? Kenapa anda memilih lagu tersebut?
Ade. Kenapa? saje suke2. Lagu instrumental sahaja. Agar kurg mengganggu fokus. Suka instrumental cmni sebab menenangkan.


7) Antara banyak-banyak artikel di blog anda, yang mana paling anda suka dan kenapa?
Haa? Tak tau, tak ingat. Hmm, maybe pasal egypt body language kot, sbb...sbb klaka sambil gelak sorang2 bile bace balik~hehe


8) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah je. Sekejap nak tutup, sekejap sayang plak. Sebab? bergantung kepada keadaan. Ada la pape yg bermain kat fikiran mase tu. Pernah skali tu, konflik besar berlaku dlm hidup. Kucar-kacir dibuatnya. Skrg dah stabil balik dah~tak yah buang kot, habis2 pun private je kot.


9) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Ohh..intan siti zulaika. Blog yg best, kene arr ngan jiwa sy. Bersahaja, namun isinya tak sia2, mantap la intan~ huhu :D


10) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Ramai nye spuloh org...2 ke 3 org cukup la ekkk?

1. Syazanasrah (time masak, masak arr, habis masak, jwb tagged nie!)
2. Ummi Eisya (kalau rajin laa~ takde paksaan)
3. Taufiq Alis (kalo ade mase, buat je la ye)
4. Ijud (blogger baru...xde paksaan gak jud)
5-10. Sesiape sahaje yg berminat~ harap maklum....

Okay, dah berjaye menjawab tagged intan. Esok cuti, banyak nak kene study..final pun dh makin dekat. Doakan kejayaan sy ye~ Dunia hanya sementara, maka..............

3 comments:

al-fareast said...

nk tag ak gak ke...hahaha

Hamba Ilahi said...

chep... shukran... tp nak tnye nie... tag tu ape?? n macamane nak tag?? hahaha ... jgn gelak plak... montang2 la den x tau..

Anonymous said...

Apa yang posting bagus. Saya sangat suka membaca jenis atau artikel. Aku bisa? T menunggu untuk melihat apa yang orang lain katakan..