Wednesday, December 3, 2008

Seminar Keusahawanan yg superb!



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani….

Salam zulhijjah…

dan Dia lah Yang menundukkan lautan (untukmu), supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar hidup-hidup (ikan) , dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.

InsyaAllah, entry hari ni dimulakan dengan mentadabbur ayat dari surah An-Nahl ayat 14.


Ok, rasenye semua orang yg baca faham kan dengan ayat nie, mudah untuk difahami. Ayat yg berkaitan dengan ciptaan Tuhan yg Maha Agung, iaitu laut. Kalau kita perhatikan surah an-Nahl ni dr awal, mmg byk menceritakan ttg nikmat2 Allah kepada hambanya, spt haiwan ternakan, ciptaan manusia, langit dan bumi, hujan, matahari, bulan, bintang dsbgnya. Kalau kita cuba buka terjemahan al-Quran, dalam ayat nie mmg ada ditulis “untukmu”…nampak sgt best…cuba la perhatikan terjemahan2nya, mmg ada mention perkataan “untukmu”…Allah ciptakan semua ni untuk kita, bukan saje2 cipta, tp untuk kita, untuk kita guna dan dapat manfaat darinya. Tahukah anda, haiwan2 ternakan nie, kdg2 kita rase kesian tgk diorang. Contohnya ayam. Kita akan sembelih ayam tue untuk jdkan makanan. Kaum wanita khususnya, mst cam sedih2 kan (sy x terkecuali), tapi hakikatnya ayam tu happy je walaupun mati.hehe..sebab apa? Sebab dia telah mencapai tujuan hidupnya diciptakan, iaitu untuk beri manfaat pada manusia. Tahukah anda, bahawa manusia je yg selalunya tak tahu tujuannya diciptakan, hidupnya tak memenuhi tuntutan penciptanya. Ok, faham kot kan? (haha..dah kot, kan pulak)…terima kasih kerana memberi ruang kepada diri anda untuk membaca. Ok, sambung lagi mentadabbur ayat nie, Allah ciptakan ikan untuk kita makan. Pernah tak kita ni terfikir betapa hebatnya Allah dalam mencipta ikan. Ada sape2 boleh beri tahu ade berapa jenis ikan dalam dunia nie, baik ikan air tawar, air masin, dsbgnya. Ok, pernah tak terfikir, macam mana laa ikan yang kita makan nie boleh punya rasa yg berbeza-beza, ikan kembung rasa dia mcm nie, ikan bawal pulak rasa dia lain, ikan pari plak begitu, ikan patin plak begini. Walhal, mereka semua duduk dalam air, tempat yg sama, mungkin di laut, sungai, atau aquarium..hehe…makanan diorg lebih kurang sama je, tapi boleh ada rase yg berbeza-beza. Dpat bayangkan tak? Mungkin saya tak dapat nk huraikan dalam ayat yg terbaik, tapi harap pembaca dapat faham. Cubalah renung2kan tentang kejadian ikan hari nie, 2 minit pun dh cukup, hanya tentang ikan. Noktah…

…………………………renungkan sejenak………………………

Huh, Alhamdulillah, kali ni nak share sesuatu yg saya dapat sepanjang 2 hari menyertai program Keusahawanan Malaysia yg bertempat di Cairo International Conference Centre (CICC). Overall, saya berpuas hati dengan program nie, best, banyak ilmu, banyak manfaatnya untuk jangka masa panjang, insyaAllah. Sepanjang 2 hari program ni berlangsung, slot yg paling best bagi saya dan sahabar saya ( anisah syamilah) , adalah Slot Motivasi Tokoh2 Usahawan. Ada 2 kali slot nie, pada hari pertama dan hari ke 2. So, kali ni nak kongsi slot motivasi hari kedua, daripada Dr. Nordin bin Darus, perintis RX- Water. Beliau merupakan usahawan yg satu ketika dahulu merupakan seorang doctor, pernah menghidap kanser darah, yg menjadi booster kpd dirinya untuk mencipta teknologi RX- Water. Berikut adalah 7 tips dr Dr. Nordin,

1. Ketenangan Jiwa--> Apakah yg dimaksudkan dgn ketenangan jiwa???

a) Bebas dr sebarang ketakutan

b) Bebas dr tamak

c) Bebas dr dosa

2. Cari jalan untuk sihat walafiat, baik rohani, fizikal, minda dan sebagainya.

3. Kasih sayang berpanjangan

4. Kebebasan kewangan (financial freedom)

5. Tujuan hidup, mesti ada tujuan hidup yg jelas, rasenya semua dah maklum kan ape tujuan manusia tu diciptakan, sbg khalifah dan hamba, dah selesai ke tanggungjwb tue??


30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya ( al-baqarah ayat 30)



56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (adz-dzariat ayat 56)

6. Repay (bagi balik)- bagi ape?? Byk kot, bila dpt imu, kita bg ilmu tu kat orang lain, kongsi rezeki yg Allah bg pada kita dgn orang lain, kongsi kudrat, berdoa untuk orang lain, dan sebagainya.


7.Bersyukur…tak perlu hurai kot, rasenye semua faham, insyaAllah.

Sekian dulu perkongsian buat masa nie, kalau ikutkan, banyak je nak share, tapi tak dapat nak ungkapkan dalam bentuk tulisan, hehe…kepada pelajar2 malaysia di mesir yang hadir program keusahawanan nie, tahniah diucapkan, semoga kita semua mendapat manfaat, bukan pergi dengan sia-sia je, sangat la rugi kalau kita pergi tapi tak bawa pulang sesuatu yg bermanfaat (bukan bawa balik beg free semata-mata ). Siapa yg tak berkesempatan untuk pergi, atau ada kesempatan tapi tak nak pergi, lain kali pergi laa ye…insyaAllah tak rugi, baik pelajar perubatan, pengajian islam dan sbgnya. Wallahualam…


Tadaaa...chep's hall :D

Sahabat setia sepanjang program...di sekitar CICC




5 comments:

Anisah Shamilah MS said...

thanx chep for a very2 enjoyable days...

tenang sgt tyme jln2 pg tue..huhu~

so many memories...

cairoboy said...

haha..chep2...lawak laa gamba ko,tp smart..masih x terlambat kalau aku nk ucap tahniah kat ko n anisah kan...sbb jd agen kat sini..keep it up!!

Anonymous said...

im really proud of you..seriously.. -ukhti fi sabilillah

kN said...

tertarik dgn slh 1 tips iaitu cari jln tuk chat... itula yg kiter slalu luper, time dkt2 pekse mest ramai yg skt...

btulke gambo tue tulis cheps hall???

Sharifah Syahirah TSM said...

salam..

nisah...
thanx to u too!!
mmg pagi yg sgt tenang~ nikmat waktu dhuha...same2 kite hargai...

paan...
haha..teruja jpe signboard tue...nisah yg bg idea...hehe..
thanx dude~

anonymous...
syukran...doakan kejaan saye dunia akhirat ye...

kay anne..
yup...kite kene cari jln utk sihat..
supaya, bile kite sihat, barulah semuanya berjalan lancar, barulah bleh blaja, ibadah, dan wat kerja lain dgn penuh smgt..sihat adalah salah 1 dr 2 nikmat Allah yg slalu kite lupekan...
hhehe..cube tgk gmbr tu btol2..
kan chep tutup salah 2 huruf kat board tue..patotnye CHEOPS..hehhe