Saturday, October 25, 2008

Banjir Melanda Cairo

Salam 25 ramadhan…

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah 25 oct…cepat sangat rasanya berlalu. Kelas dah 3 minggu bermula. Semua berjalan lancar, insyaAllah. Minggu ni minggu yang agak sibuk dan pack dgn pelbagai program. Tapi best sbnrnya kalau jadual pack, sbb kita tak akan ada masa untuk nak bermalas-malasan. Tak ada alasan untuk terlebih tidur, dan sebagainya.

Minggu lepas saya dan Aimi ke City Star, membeli aset baru yang kini sah menjadi harta kami. Semoga aset baru ni dapat memberi ikan perkhidmatan yg terbaik untuk tuannye yg baru nie..hehe..insyaAllah kami akan menjaga aset ini sebaik mungkin dan menggunakannya dengan penuh berkhidmah (walaupun istilah “kami” digunakan, tapi asset kami lain2, bukan kongsi dan bukanlah benda yg sama)..haha..apakah??haha…rahsia..

“ Eiihh chep, kita yang semangat2 nak pergi Jamuan tu kan chep, tapi last2 kita yg x pergi..”

“ hmm..ntah la aimi, ada hikmahnye nie, mane tau kalau kite pergi nanti jadi lain ke, kite riak ke, mungkin gak niat kita salah kot,haha”

“ Tu laaa…kene muhasabah balik nie, orang lain sambut raya, kita pulak duduk dalam teksi, dalam banjir plak tu, mesti ade sumthin yg Allah nk bgtau kite nie”

“Takper, kite beraye dalam banjir, pengalaman yg best nie, x semua org dpt rase ape yg kite rase hari nie, bagus gak kot tak pergi situ, hehe”

Kita hanya mampu merancang. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah lah yg terbaik untuk kita. Saya dan Aimi bersemangat nak pergi ke Jamuan Raya Perubatan di Nadi Muqawalun. Sedangkan ada segelintir daripada sahabat2 kami langsung tak hairan dengan majlis tu. Tapi akhirnya, sahabat2 saya yg tak berapa nak pergi tu dapat juga pergi walaupun mereka agak sibuk dengan pelbagai urusan, tapi saya dan aimi pula yang tak berjaya.haha..

Al-kisahnya, semalam saya dan Aimi ke Airport, untuk fetch kak Ainun yang baru tiba dari Malaysia, Kami berkenalan dengan Kak Ainun baru je dalam bulan puasa hari tu. Akhirnya kak Ainun berkeputusan untuk datang ke Mesir untuk belajar Bahasa Arab kat sini. Perancangan nye adalah lepas balik dari airport, kami akan bergegas ke Nadi Muqawalun, dan kononnya malam tu nak jalan2 ke rumah senior kami di Zaqziq.

Ok, ceritanya, dalam pukul 2.30, saya dan Aimi bergerak ke Airport dengan menaiki teksi je, gara2 semua kereta sewa ustaz2 ni telah disewa oleh org lain. Dengan harapan bahawa paling lambat pun, dalam pukul 5.30 mungkin kami akan tiba di Nadi Muqawalun tu. Tapi tu la nak kata, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Dalam perjalanan, kereta sangatlah sesak. Sampai tak gerak pun kereta. So, pakcik teksi kami ni cubalah cari jalan alternative yg konon2 dgn harapan boleh sampai cepat. Jalan punya jalan, zahmah (sesak) jugak. Jalan pula ke arah lain, kereta langsung tak bergerak terutama masa kami lalu dekat depan Al-Masah (lokasi grand dinner kami thn lps)..rupa2ya BANJIR. Dasyat jugak laa..semua kereta yg lalu kawasan tu di arahkan untuk reverse balik, dan lalu jalan sebelahnya walaupun hakikatnya jalan sebelah tu one way je. Banyak kereta yang terpaksa ditolak sebab air dah naik agak tinggi kat kawasan tu. Terkejut gak camne boleh banjir, padahal hujan tak la gile lebat pun. Tapi hakikatnya adalah mesir mmg jarang sekali nak hujan, hujan pun bila nak masuk musim sejuk je.Mungkin atas sebab tu, system perparitan kat sini x bagus, that’s why bile hujan skit je, tibe2 jd banjir.


Akhirnya, perjalanan kami ke airpot mengambil masa 2jam setengah..lame tue, patutnya paling lama sejam dah boleh sampai. Lepas jumpa kak ainun, kami pulang dengan menaiki teksi yg sama, dan sampai ke rumah pada jam 7.30 malam. Total masa perjalanan kami equal 5 jam. Huhu..kalau 5 jam, dari kuantan dah boleh sampai ke Jb dah…hehe


Akhirnya *berapa kali akhirnya dah nie, tapi tak berakhir lagi cerita nie :P*kami berkeputusan untuk tak pergi ke Jamuan Perubatan tu sebab kami dimaklumkan bahawa majllis dah hampir tamat dan orang dah mula makan. Ribuan maaf kepada pihak Perubatan kerana kami tak dapat hadir..bukan tak nak pergi, tapi memang tak dapat pergi. Saya berbincang dengan Aimi, xperlah kami tak pergi, sekurang-kurangya hasil kerja kami menjadi wakil kepada kami di sana..tadaaa…sebabnya kali nie rumah kami mendapat kontrak untuk membuat KARIPAP untuk 30 orang tetamu VIP yang diketuai oleh Aimi dan saya pula mendapat kontrak lain …hehe (juga bekerjasama bersama Radin)..tapi walaupun namenya kontrak, khidmat kami adalah percuma. J Di kesempatan nie, saya nk ucapkan terima kasih banyak2 kepada mana2 warga Perubatan mahupun bukan warga perubatan yg membantu saya menyiapkan kerja2 tersebut. Jasa korang amat dihargai.

Dan perancangan saya untuk ziarah senior sy di zagziq juga terpaksa dibatalkan kerana sebab2 yg x dpt di elakkan.

Perancangan hari nie, nak pergi cc jap, pastu nak ke rumah En. Azam (pegawai JPA), then ke ziarah junior2 yang baru berpindah, dan petang ni kami nak selesaikan segala urusan berkaitan pemasangan internet. Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah. Tapi apa2pun, kita hanya mampu merancang, namun Allah ada perancangan yg lebih besar dan baik untuk kita.

Galeri Inti Karipap Aimi..berasap lagi tue..

Nie breakfast sy utk pagi nie..hehe

Beraye dlm teksi ngan pakcik astar je...hehe

0 comments: