Thursday, September 25, 2008

Raye oh Raye


Pengertian 'Idul Fitri

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Fitri juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramadan, bertadarus al-Quran, Qiyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T menerusi ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."



Cara Menyambut Aidilfitri

1. Bertakbir raya dgn penuh smgt. Sbnrnyer takbir nie tanda meraikan kemenangan umat Islam, tapi takbir kat negara kita nie biasenyer sayu je kan..macam2 sedih2 pulak. Kalau kat negara2 arab termasuk laa mesir, takbir die takde plak cam sayu2 nak nanges je...hehe..

Firman Allah:

“Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”



2. Bangun awal di pagi syawal dan mandi sunat hari raya.

3. Pakai laa baju yg terbaik yg kita ada, tak semestinya baju baru, yang penting baju yg kita rasa plg best and ok.

3. Menjamah makanan sebelum pergi menunaikan solat sunat aidilfitri. Yang nie berbeza dgn hari raya eid adha. Kalau eid adha, kita makan lepas balik solat. Tapi makan tu jgn laa sampai melantak, sekadar menjamah.

4. Pergi menunaikan solat sunat hari raya di masjid. Digalakkan menggunakan laluan yg berbeza ketika pergi dan balik dari solat hari raya.

5. Saling bermaafan dan mengucapkan tahniah kerana berjaya berpuasa dan menang melawan hawa nafsu dalam bukan ramadhan.

Bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Setiap anak Adam itu pasti akan melakukan kesalahan, namun sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan itu adalah mereka yang bertaubat atau memohon ampun (iaitu kepada Allah s.w.t dan saudaranya yang lain). (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

6. Saling menziarahi satu sama lain

7. Boleh je nak bagi duit raye, tapi bg laa ikut kemampuan dgn niat untuk bersedekah. Jangan pikir bg duit raye ni hanya sebagai adat, tp ibadat. Kebanyakan org2 kita nie sambut raye nie just sebagai adat, habis pose, teros pikir nak rayer, sedangkan sbnrnyer raye ni adelah hari kemenangan umat Islam. Ingat, niat kite membezakan adat n ibadat. so, rugilah kalau kite x niat sbg sedekah, hilangla ganjaran yg best2 yg Allah dah janji.

Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: Bertukar-tukarlah hadiah atau pemberian, nescaya kamu akan berkasih sayang dan menghilangkan perasaan benci. (Riwayat Baihaqi)

8. Nak ziarah kubur di pagi rayer??? Boleh, tiada salahnya, tetapi jgn smpai kita menetapkan bahawa menzirah kubur pada pagi raye adalah satu perkara yg wajib bagi kita.Jangan jadikan ziarah kubur nie sebagai amalan bermusim. Ziarah la kubur dalam waktu lain sekali, sebab ziarah kubur nie akan mengingatkan kita pada kematian. Kalau x silap ade satu kate2, x sure hadis ke ape, org yg bijak adalah yg mengingati mati.

Baginda menegaskan: Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat. (Riwayat Muslim)

Sekian serba sedikit ilmu yg dapat sy kongsi hasil tazkirah dr Ustaz Tarmizi masa terawikh kelmarin. Harap dapat sama2 kita amalkan. Kalau ade yg tersilap bolehlaa diperbaiki ye..









0 comments: