Sunday, July 6, 2008

Tagged Aimi

Salam…hepi holiday kepada semua penuntut-penuntut di mesir…semoga cuti ni memberi sesuatu yang bermanfaat kepada kita..bukan la cuti dari segala-galanya..insyaAllah…
Hari tu di tagged oleh radin, kali ni di tagged oleh Budak comey plak,aimi athirah..hehe..agak menarik soalan2nye..sesuai dengan musim “pulang ke kampung”…hehe..

5 perkara yang mahu dilakukan setelah sampai Malaysia

+ mesti laa nak spend masa dengan family..tapi tak best sangat sebab duduk kat umah sorang2 time orang pergi keje..syahmi dah duk asrama..nasib baik ade pengubat hati yang lain…hehe…sapekah??sila rujuk point ke 2 di bawah

+ nak spend masa dengan Pingu and justin!!!!haha..jagela 2 ekor nie nnt..bakal dibelasah habis-habisan..tak sabar nak membuli yang 2 ekor nie*gelak kejam dan berkuasa*actually tak rapat sangat dengan justin nie sebab time fly dulu die kecik lagi..tumbuh gigi pun belum lagi..ntah macam mane laa sekarang nie~


Aksi bajet comel dari pingu

+nak mengkhatamkan apa2 yang patut..nak khatamkan terjemahan quran..nak khatamkan beberapa buku yang dah lama beli masa pameran buku hari tu…

+ nak jumpa sahabat2 and kawan2 yang dah lama tak jumpa secara life…maybe adakan reunion kecil-kecilan…

+nak improve skill rumah tangga..haha…serius nie..nak masak menu yang tak pernah dimasak kat mesir nie…


5 makanan yang nak dimakan setibanya di Malaysia

+ jawapan yang sangat common..tapi tu laa hakikatnya..nak makan masakan ummi abah laa…haha..kalau masakan ummi rasenya nak makan telur itik masak lemak dengan ikan gorang..fewwhh..mengancam…kalau abah plak terror masak sardine dengan telu goreang special..hehe




+ nak makan nasi paprik yang sangat laa sedap..abah selalu beli bungkus bawa ballik rumah..pedas dia memang mengancam

+nak makan makanan kampung…sambal belacan, tempoyak,budu,cencaluk,ulam-ulaman, dan yang seangkatan dengannya…huh..best gler….*universal eater*(betolkah istilah ini??)..baik makanan kampung mahupon Bandar..semuanya dilahap..hehe

+ “nasi lemak simple” tepi sungai Pahang..mengancam~

+ ikan paten masak tempoyak yang kick and sambal udang galah…huhu


5 tempat yang nak pergi

+ nak pergi SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR@sbpi Mersing…rindu sangat kat iklim sekolah tu…di situlah daku belajar segala-galanya…best maa..dari kelas boleh and asrama boleh nampak pantai yang membiru and pohon2 yang sangatla hijau…memang best..malam2 pulak layan bintang..rindu btol!cikgu dah laa best…























+nak pergi jaybee kalo ade mase..nak gi umah kak farah..nak jumpe mak sedara..sepupu sepapat..kawan2 sekolah pun ramai kat sane.

+nak melancong satu msia..boleh ke???dah laa minyak dah naik harga..adoii…mampu dilaksanakan kah??haha…yang penting maybe nak ziarah umah ahli beitku….insyaAllah

+nak pergi uia pj and turun kl..kat sini laa kot boleh jumpe ramai kawan2 sebab ramai yang belajar kat area sini…nanti kite jumpe laa ye kawan2ku….

+nak pergi shopping..haha...nasib baik ni tempat yang ke5..bukan yg pertama...bukan gile2 punye shopaholic…sebab kalau jadi destinasi pertama memang sangat tak sesuai lantaran ketiadaan wang ringgit…hehe…adoiii..camne nie???syazana…teman gi shopping jom!

Sedikit tazkirah ringkas~

Peringatan khasnya untuk diri sendiri dan rakan2 seperjuangan, yang lebih specificnya belajar di Mesir dan sedang bercuti di tanah air..Jom kita renung kembali diri kita daripada fasa sebelum exam, fasa exam dan fasa selepas exam…adakah kita dapat rasakan perbezaan???mungkin pada fasa exam hubungan kita sangat dekat denganNya...insyaAllah boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita tak tak tinggal qiammulail..tak tinggal solat hajat, solat dhuha, solat sunat rawatib dan sebagainya…setiap pagi tak miss baca yassin, apatah lagi mathurat..setiap hari menghantar sms kepada keluarga minta didoakan kejayaan..selalu melafazkan ungkapan maaf kepada sahabat2…tapi kini???renungkan2..semoga kita istiqamah dalam segalanya.Pelbagai pengalaman, pahit manis, yang kita lalui sepanjang fasa exam nie..semoga semuanya menjadi pengajaran buat kita..insyaAllah..semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita…

“Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada kami semua…engkau tahu apa yang terbaik..janganlah engkau uji kami dengan apa yang kami tak mampu..berikanlah kami kekuatan..kuatkan lah ukhawah antara kami, semoga kami tetap kukuh di jalanmu, semoga kami tak lari dari landasan iman”…amin