Friday, July 4, 2008

Esprit De CoRps and "New Home"

Salam… sekian lama blog ni sunyi tak berisi dek kerana exam…macam2 yang dah berlaku..macam2 dugaan dah dilalui..fasa exam ni memang fasa yang sangat2 menguji.Fasa yang sangat memberi pengajaran tentang kehidupan.Sekarang hanya masa untuk tidak berhenti untuk berdoa dan meminta padaNya…semoga dapat keputusan yang terbaik untuk exam yang lepas dan untuk masa2 yang akan datang.amin.InsyaAllah….

2 july 2008

Hari yang agak sibuk dan kelam kabut.Membantu apa yang patut untuk persediaan Dinner Batch "ESRIT De Corps".

Pemandangan di Al-Masah pada waktu siang dan malam~best...macam msia

Esprit de Corps yang bermaksud semangat setia kawan.Dinner ni diadakan di al-Masah dekat Sabi’.Tak tau la nak kata ni hotel ke apa, tapi macam hotel. Banyak majlis yang dilangsungkan kat sana macam kenduri kahwin, mesyuarat orang besar2,conference, etc.Memang cantik la tempat nie.Hmm..berbaloi la dengan apa yang kami bayar.Dinner ni tamat dalam 12.30.Kami beramai-ramai balik ke fustat menaiki bas yang disediakan.Balik je rumah, terus menyambung misi2 yang belum terlaksana. Nak dekat pukul 3.30 baru selesai misi2 tu and menidurkan diri yang memang dah beberapa hari tak cukup tidur…huh..

Tanggal 3 july 2008,

kami terpaksa meninggalkan Fustat. Rumah yang dah hampir setahun kami diami.Rumah yang memberi seribu satu pengalaman.Seriously, best gile duduk fustat..antara kawasan yang paling tenang kat cairo nie…I think so.. Pagi ni bangun je tidur terus bergegas-gegas kemas barang. Kononnya hari ni pakcik lori nak datang lepas zohor. Kitorang pun struggle laa kemas barang and siapkan makanan untuk kaum adam yang nak tolong angkat barang nanti. Tunggu punya tunggu pakcik nye tak datang2.Sampai tertidur semua ahli rumah sebab tunggu pakcik nie. En. Baem pun dah rasa serba salah kat kitorang.haha.Pukul 3.30 ptg sebelum asar tu kami berkumpul ramai2 depan laptop. Menghabiskan detik2 terakhir dekat Fustat bersama-sama.Dah laa memang kelaparan gile masa tu, ingatkan boleh makan lepas
Rumah baru kami ni kawasannya tak lah sedamai fustat.Tapi Alhamdulillah laa sebab tak bising sangat.Bukan kawasan jalan besar and pasar. Dekat dengan kawasan metro. Senang nak gerak pergi mana2. Dekat dengan U…tu yang paling penting. Dah tak perlu nak berpenat ambil 2 transport setiap kali nak pergi kelas. Kali ni jalan kaki je. Semoga makin awal laa datang kelas supaya dapat port yang stratergik sket...insyaAllah.

Sibuk tengok kaum adam ni angkat barang..pasukan pemerhati jer...

Terime kasih tak terhingga pd paan, thol, pudin, ijud,ihsan,idris,faiz,en.baem, and the others..ramai sgt..x tersebut...tengkiu2!


Kini menanti dan menghitung detik-detik 12 july. Jeles dengan kawan2 yang dah balik..Best giler…nanti boleh jumpe pingu and justin..huhu…mereka 2 ekor bakal dibuli lagi…haha..setelah setahun tak menghuru-harakan hidup pingu, kini daku kembali…