Showing posts with label chEP's family. Show all posts
Showing posts with label chEP's family. Show all posts
2 comments

Saturday, October 9, 2010

Sanah Helwa ya Aleesya

Hari ini, genap 2 tahun usia Aleesya. =)

Sanah helwa!

Kalaulah Aleesya tahu....
Hari tu masa masih di Malaysia(Kuantan) , auntie rasa nak tengok cerita Ebin (Alvin and The Cipmunks)
Beberapa hari lepas auntie pergi beli barang, nampak kedai tu buka lagu Ebin
Malam tadi Auntie jumpa seorang adik yang main-main lidah buat bunyi yang iesya selalu buat tu.
Itu tandanya, Auntie dah rindu Iesya. T___T.

Tahun depan kalau kita jumpa, Iesya dah ada adik, insyaAllah. Nampak gayanya, auntie kenalah multiply kasih sayang untuk adik Iesya nanti. Jangan risau, "ruang" untuk Iesya tak kan terusik. =)

Oppss, silap. Ini calon PMR ni.



Ini dia birthday girl ^_^

UmmiIesya, sorry copy pasta je gambar-gambar ni. Dan terima kasih untuk entry berunsur touching tu. Orang sentiasa doakan dari sini.

Syahmi, separuh perjalanan dah berakhir. Usaha lagi the very best untuk subjek akan datang. InsyaAllah, duit haritu, boleh buat tambang perjalanan nak pergi sekolah baru ye. Hehe.
Jaga Putih, Tom, Sherlock Holmes, Piyu-piyu, Peng-peng, Dush-dush dan Kebab0m baik-baik.
Bagi makan ubat kalau masih demam. Oh ya, jangan pula jaga kucing sampai lupa nak jaga orang-orang dalam rumah. =)


11 comments

Sunday, July 25, 2010

Giliran Sabrina

Macam biasa, lepas subuh mesti spend masa dengan kucing-kucing. Dalam masa yang sama, berbual dengan ummi. Tiba-tiba ummi cakap

" Awak tahu ibu kucing dah mati?"

" Haa? ibu mana ni?"

"Ibu kucing tu lah, yang badan kecik tu"

"Sabrina ke?"


"A ah, ye lah. Abah tak bagi ummi bagi tahu awak. Tak tahu siapa langgar dia masa balik kuliah subuh tu"

"Huhu"......


Mula-mula dengar, terus terfikir anak-anak Bna yang masih kecil tu. Semalam tengok mereka tidur atas kerusi beramai-ramai comel je, tak perasan pula masa tu yang Bna dah tiada, T___T. Lepas ummi beritahu tu,terus pergi pada Tom dan Sherlock Holmes dan tanya pada mereka
"Awak tahu tak mak awak dah takde? Awak dah jadi anak yatim" huhu.

Huhu. Terima dengan redha. Mana-mana yang bernyawa pasti akan mati. Yang membezakan hanya keadaan kita apabila mati, mulia atau hina. Apakah amal kita akan membawa kita ke syugra atau neraka. Haiwan-haiwan ni mati mulia je, tak bawa dosa, tapi kita yang manusia ni?
hmmm...

Sebenarnya, saya rasa saya memang ada instinct yang Bna akan pergi. (silalah percaya!).
Tak tipu. Bna agak manja sejak akhir-akhir ni. Selalu masuk bilik dan tidur atas katil. Asyik baring kat sebelah. Sebelum ni bukan macam tu, sebab Bna ni kucing yang survive. Dia dah besar dan dah tua kan, so dia tak manja sangat. Banyak buat hal sendiri. Disebabkan akhir-akhir ni dia selalu duduk dalam bilik dengan saya, of couse lah banyak main-main dengan dia. Bagi perhatian lebih la masa ni.Masa main-main dengan Bna tu memang terfikir, yang Bna ni dah nak mati ke sebab manja semacam. Betul, itulah instinct saya masa tu.

Bertambah sedih sebenarnya, malam 23hb tu rancak berYM dengan kawan cerita pasal kucing. Bercerita macam-macam pasal kucing termasuklah isu melihat kucing mati kena langgar. Huhu. Rupanya, esok paginya Bna punya giliran pula.


Gambar-gambar ni diambil 24 julai 2010 jam 12.04a.m! Patutlah Tom peluk Bna dengan sunguh-sungguh, rupanya Tom tahu itu malam terakhir bersama ibunya.

Sedih. Namanya Sabrina, saya panggil dia Bna. Anak generasi yang dah besar ada 2 ekor, ada juga seekor anak susuan bersama generasi ni. Dan anak generasi baru ni still letak dalam sangkar bila siang, sebab masih kecil. Tapi takdelah kecil sangat. Tapi still menyusu.

Ummi cakap masa ummi tengok Bna kena langgar tu, ummi pun menangis. Ummi teringat yang Bna ada anak-anak kecil. Hoho, ummi yang tak suka kucing pun menangis. Ummi suruh bagi lebih perhatian pada anak-anak Bna yang kecil tu. Hehe. Itulah perasaan seorang ibu.

Yang saya perasan, ayah saya memang akan rahsiakan kematian kucing-kucing saya. Dah banyak kali dah berlaku before ni. Apatah lagi kita duduk jauh kan, manalah kita tahu. Dia tak nak anak dia sedih. Bila telefon tanya kucing buat apa, rileks je kata kucing kat luar. (Ye lah, kat luar dalam tanah) T___T.

Dah, sekian laporan dan luahan perasaan. Mahu jumpa Bna di syurga. =).

ps: ahli beit Anonymous, siapa ingat tragedi saya bersedih masa Manja mati tu. Yang dekat ruang tamu atas sofa hijau tu? Haha.

Sabrina yang belakang sekali. Depan sekali anak susuan, tengah tu anak kandung. =).
3 comments

Friday, July 23, 2010

HERO lagi



Manusia oh manusia. Kejam betul.

Sila tengok video ni. Dapat link dari seorang kawan. Kredit untuk beliau.



Lepas habis tengok video ni, terus pergi dekat kucing, belai-belai sambil bagi nasihat suruh bersyukur. Haha, Fahamkah mereka?

Milah, Teha, Iylia, nama kucing ni pun HERO juga, macam Hero kita. Hehe, Hero kita pun mesti sama-sama hebat macam Hero yang ni kan? Muka pun lebih kurang sama. Rujuk entry ni untuk cerita tentang HERO.

ni Hero kami. =)

Hmm, kawan-kawan, kucing yang tidak berakal ni pun mampu untuk "bangun" kembali, apatah lagi kita manusia ni kan? Kuatkan semangat, Allah sentiasa bersama, never ever untuk Allah meninggalkan kita, tapi kita manusialah yang selalu menjauhkan diri dari Allah. kan?
Ayuh, kuatkan usaha dan tingkatkan semangat. Doa kami sentiasa bersama kalian. InsyAllah.


2 comments

Monday, June 28, 2010

Wasiat


salam alayk.
7.30 malam ni insyaAllah akan bertolak ke malaysia. Doakan keselamatan perjalanan kami. Maafkan kami andai ada yang salah dan silap. Teruskan perjuangan yang masih berbaki.
Moga kepulangan ke tanah air untuk tahun ini jauh lebih bermakna dari sebelum-sebelum ini.

Berubah dan mengubah.

Milah,
Saya dah beli stok makanan Babuji, bagilah dia makan. Jangan buli dia. Kalau kamu buli dia maksudnya kamu buli saya. Hehe. Jaga Abu dan jaga diri baik-baik.
0 comments

Friday, June 18, 2010

Ranking ke 3,4,5 dan 6


Allah banyak sangat nak bagi peringatan hari ini. Sungguh, mahu sahaja aku ceritakan semuanya kepada kamu, tapi aku masih ada prioriti lain buat masa ini. InsyaAllah, akan aku lunaskan janji aku apabila segala urusanku selesai.

Perkongsian aku untuk kali ini hanya sebagai peringatan. Bukan sesuatu yang baru.Mengenai insan yang memegang ranking yang tinggi yang perlu dihormati selepas Allah dan rasul. Ya, ibu, ibu, ibu dan bapamu.

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa


Ringkas, mudah dan padat. Tapi sejauh mana kita menghayatinya. Kita nak redha Allah, tapi sejauh mana kita mencari redha ibu bapa kita? Pastikah kita bahawa ibu bapa kita telah redha dengan kita?
Hadith yang menuentingnya berbuat baik pada ibu bapa k
Daripada Abdillah bin Mas'ud, beliau berkata; "Aku bertanya kepada Nabi saw; Amalan apakah yang lebih Allah suka? Rasulullah menjawab; Solat pada waktunya. Aku berkata; kemudian apa? Rasulullah menjawab; Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku berkata; kemudian apa? Rasulullah menjawab; Berjuang di jalan Allah. [HR Bukhari, Nasa'i dan Ahmad]

Lagi, Allah perintahkan untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Oh, ini bukan lagi perkara main-main. Never ever Allah akan bergurau-gurau dengan kita. Ya Allah, tiba-tiba hati aku terketuk harini. Sejauh mana aku telah menjadi anak yang solehah seperti yang engkau arahkan. Sejauh mana aku telah berbuat baik kepada mereka, demi mendapatkan redha mereka dan redha engkau? Sadisnya, yang selalu aku perbuat hanyalah bersikap selamba kepada mereka. Merajuk bila konon-kononnya terasa. Mogok bila tak dapat apa yang dipinta. Ya, akulah itu.

Firman Allah;
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. [QS 17;23]

Sekali lagi, dan sebenarnya terlalu banyak dalil-dalil lain yang menjurus kepada perkara yang sama. Cukup dulu bukti-buktinya, tak perlu ragu-ragu lagi dengan ayat-ayat ini. Aku mahu jadi anak yang baik, yang menyenangkan hati ibu bapaku, seperti mana doa seharian kita yang meminta dikurniakan pasangan dan anak yang bakal menyejukkan mata. Mahukan pasangan dan anak yang menyejukkan mata, diri kita yang pertama-tamanya perlulah berkelakuan seperti yang dipinta.

Redha Allah : Redha ibu bapa
Jika cinta Allah : Cintailah ibu bapa.
Derhaka pada ibu bapa : Derhaka pada Allah.

Mahu jadi hamba durhaka? Mahu jadi anak durhaka?
Ya Allah, bimbing aku untuk menjadi anak yang solehah. Bimbing aku untuk mendapat redha engkau dan redha mereka. Peliharalah mereka sebagaimana mereka pelihara aku , bahkan lebih baik lagi dari itu. Mudahkan jalan-jalan bagi mereka menuju syurgamu.

Abah ummi, minta maaf ye kalau orang ada buat salah silap. Jasa kalian tak mampu dihitung. Tak dapat dibayar walau dengan emas setinggi gunung.




7 comments

Tuesday, May 18, 2010

Terima Kasih HERO


Allah pinjamkan dia buat sementara. Sampai masanya, dia perlu kembali kepada sedia kala. Sayang, bukan tak sayang. Dialah penghibur hati, penawar di kala duka. Sentiasa buat diri tersenyum sendiri. Bersamanya, tidak sesekali terasa sunyi. Telatahnya mencuit hati. Mula terasa penyatuan hati. Nah, bukti cinta kami. =)

Nama sebenar Hurairah, tapi digelar HERO

Sponge bob tu kawan setia HERO

Study buddy pathology. =)

Tapi hari ni mahligai ini sudah tidak berpenghuni. T__T

HERO, nanti kita jumpa lagi ya.

Haritu ada seorang budak yang berhati mulia, nampak kucing ke"seorangan" di jalanan. Budak tu pun bawa lah balik kucing warna oren tu. Petang itu juga, operasi bersihkan kucing dijalankan oleh konco-konconya. Setiap hari dimandikan. Sampaikan rumahnya pun mereka belikan. Susu dan sardin jadi hidangan. Seronok, bila dah ada teman. Tapi yang pasti, kucing yang digelar HERO ni memang tak akan berkekalan tinggal di situ. HERO ada dunia dia sendiri yang perlu dia tempuhi. HERO kena kuatkan diri, belajar berdikari. Terima kasih HERO atas peluang untuk menyayangi =).

Petang tadi, syura telah dijalankan, keputusan telah dibuat, Maka, HERO dihantar kembali ke tempat asalnya. Sedih, tapi nak buat-buat tak layan. Sibukkan diri memasak, konon-konon tak sedar yang HERO bakal meninggalkan. Mengiow-ngiow je HERO, tapi memang buat-buat tak perasan. Mereka akhirnya menghantar HERO pulang.

Sekarang? Aik, tadi ok je, tiba-tiba rasa mata bergenang, air mata mengalir. Oh, fragilenya budak sorang ni. Bukannya tak boleh jumpa HERO lagi. Dah, tak nak menulis lagi. Basah pula laptop ni. T_______T.

Esok lusa ok lah ni. =).

Yakin, HERO mesti boleh hidup sendiri. Aishhh, mesti boleh punyalah. Lumrah alam memang begitu. Cuba ingat kisah sang semut .

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyakkah makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum? Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. "Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Bestkan cerita ni? Hero mesti ok punya. =). Dan paling penting dalam cerita ni adalah TAWAKAL. Sejauh mana kita bertawakal kepadanya? Tawakal letaknya bukan dimulut, tapi dihati, Yakin, yakinlah dengan janji Allah. Mengharap tidak pada yang lain selain dia.



Undur diri dulu.

190510
1.31 a.m
3 comments

Thursday, October 8, 2009

Satu Untuk Aleesya

Selalu tersasul panggil Aleesya dengan nama Sabrina, juga selalu tersasul panggil Sabrina dengan nama Aleesya. Keduanya saya sayang. Tapi mana yang saya lagi sayang ye? mestilah Sabrina Aleesya aka Eisya. =D (Sabrina tu nama kucing saya, harap maklum )

Hari ini, tanggal 9 Okt 2009, Aleesya telah genap setahun. Hamdallah. Jeles dengan orang di Malaysia yang boleh sambut birthday eisya ni. Aunty syahirah chep nak jugak celebrate dengan eisya. Isk..isk =(

Nak juga belikan hadiah, tapi macam lama je kalau nak pos. Entah sampai entah tidak. Takpe la eisya, nanti aunty belikan beli nak balik malaysia ye.So, hari ini hadiahnya adalahspecial entry di blog . Okay la kan? kecik-kecik jangan demand

Wa, dah besar panjang macam zirafah Aleesya ni. Ada sesiapa nak merisik ke? (^-^)


Aleesya dengan daddy dan ummi


Personal assistant makan besarbagi iesya makan selepas iesya penat berenang


Anda kreatif? sila sambung dialog yang paling menarik untuk gambar diatas. Hadiah sungguh lumayan menanti anda! hehe

"Aleesya, semoga menjadi insan solehah. Membesarlah dengan menjadi sri kandi kepada agamu. Penegak islam yang satu. Mengharungi dunia, menuju syurga. Doaku sentiasa mengiringimu ". -ameen ya rabb

Sekian dulu dari bumi mesir. Sanah helwa ya Aleesya jamilah (jamilah bukan nama Aleesya ya, jamilah di sini bermakna si cantik =D )

opss...teringat nak tambah sesuatu. Tadaa.. cake untuk iesya!



Cake dan cup cakes khas dicopy dr google untuk Aleesya! Eisya suka mickey dan minnie mouse!

Okay, kali ni betul-betul dah habis. =D

7 comments

Sunday, September 27, 2009

Updates

Hamdallah ...
sedikit update untuk family dan sahabat2 malaysia juga serata benua =D
Sampai ke cairo akhirnya setelah seharian merentas dari benua asia ke benua africa. (egypt africa kan?) 12 jam transit di Bahrain. Huh, 12 jam merempat di airport bahrain , berkelah makan ketupat original , rendang dan kuah kacang sambil melihat pemandangan menakjubkan burung-burung besi gergasi mendarat dan juga terbang ke angkasa.




Bakal merindui keluarga dan sahabat2 sejati semula.

Syahmi, plz. Ingat pesan-pesan kakdhe and fikir-fikirkanlah. Fikir dan bertindaklah.

Aleesya, kirim salam kat B-na ye =D. Meh la datang tengok nde kat sini. (nde = makcik)

B-na, jaga anak baik-baik ye. Biar sampai besar dan comel.

Tanah tumpah darah kucintai, tanah kinanah kurindui.
Got to go.
9 comments

Tuesday, August 25, 2009

4 pagi

Lagi 10 minit nak ke pukul 4 pagi. Habis meeting pasal barang rumah yg nak dibawa balik ke cairo tadi, terus merantau ke sarang labah2 yang dah lama tak dijenguk. Tersengeh sorang2 membaca tulisan manusia2 lain.Bak kata ayu dulu2 "lucu la korang ni" (^-^)

Dah lama tak mengupdate, terasa hilang rentak, hilang irama. Mula takut untuk menulis. Idea tersasar ke sana sini.Title akan ditukar tu pun tak tertukar lagi. Huh! Blogger2 mesir yang lain ada yang makin aktif, ada juga yang semput2 apnea.... bak kata doc aqif dengan nada yang unik, tenggelam timbul.

Minggu lepas, keluar dengan bestfren dari sekolah rendah, hampir 13 tahun kami berkawan. Ada juga yang 1o tahun. Memang rapat, tiap2 tahun konfem akan jumpa walau masing2 dah bawa hala tuju masing2. Ada bakal lecturer, ada bakal jurutera, bakal peladang berjaya. Status? Kahwin, tunang juga single. Hehe. Macam biasa, jumpa kongsi2 cerita sepanjang setahun tak berjumpa. Ada yang sedih, sampai hati rasa meronta-ronta nak duduk sama2 lama2, menghilangkan resah mereka. Ada yang gembira, senyum sampai ke telinga. Tahniah2~ =D.
Apa2 pun, semoga ukhwah kita sampai ke syurga, bukan sahabat dunia je. Jom tolong satu sama lain untuk berjalan menuju taman2 indah di sana, insyaAllah.

Buku2 masih belum khatam semuanya,
fiqh sirah, petunjuk sepanjang jalan, aku terima nikahnya, belajar dari 2 umar, puteri2 rasulullah, dan khalifah2 islam. Ni yg belum habis. baca separuh2.
hari2 dalam hidupku (kisah zainab ghazali al-jubaili) ,Jalan dakwah dan Mihrab Cinta dah khatam. Alhamdulillah.

Kepada cikgu2 smssi, sorry sebab belum sampai lagi ke sekolah. Memang ada merancang, tapi belum tertunai lagi. InsyaAllah kalau ada kesempatan, akan datang juga bulan 9 ni dengan Izatul dan yang lain. Kalau tak sampai, kita jumpa tahun depan la pulak ye. Cikgu roziawati yg duduk di IM 15, minta maaf jugak. Raya cikgu ade sini ke balik kelantan? Nanti saya try bincang ngan syazana ye, mana tau ade kesempatan nk gi rumah cikgu nnt. =)

Sampai sini dulu update yang entah apa2 ini. 4 minit nak ke 4 stgh. Makanan sahur perlu disiapkan. Nak kejutkan manusia2 lain dan seekor kucing yang sedang nyenyak tidur. Semoga mutabaah amal kita untuk bulan ramadhan ni semakin baik. Ajak semua orang buat baik especially diri sendiri. Bila terasa malas, mari pesan pada diri

" eh, setan dah takde ni, kalau aku malas, maksudnye aku ni 2x5 je la! huhu. setan takde pun malas, senang la keje setan macam tu, takyah buat kerja pun, kerja dia jalan jugak! hehe. Mengaku bestfren terus setan tu!"

"kalau aku tak guna betul2 ramdhan ni, ntah ramadhan depan aku hidup lagi ke tak dah, ajal boleh datang bila2,sape tahu kan?"

ok, sahur jom!

5 comments

Tuesday, July 14, 2009

Kita yang mane ye?


salam buat semua..salam summer..salam bulan penuh keberkatan....

2 minggu di tanah air, satu nikmat yg Allah beri untuk pulang ke pangkuan orang-orang tersayang.

Di hari cuti macam ni,semua orang boleh dikatakan "sibuk"...
Tapi setiap orang tu kesibukkannya berbeza-beza.
Mari lihat contoh kesibukkan yang biasa berlaku.

Si A sibuk menghabiskan masanya membaca pelbagai novel
Si B tidur banyak2, katanya nak qada' tidur yang tak cukup sepanjang musim exam
Si C buat marathon movie, baik korea, hollywood, bollywood, malaywood
Si D baca buku motivasi, naikkan semangat supaya tahun depan lebih semangat (waaa.)
Si E rajin membuat kerja2 di rumah, ni lah peluang nak berbakti pada keluarga
Si F buat reunion dengan kawan2 sekolah, lama tak jumpa
Si G main game banyak2, tgk anime puas2
Si H blogging, seronok menulis kot
Si I pergi berjaulah (jalan2) serata dunia, pergi eropah ke takpun jalan keliling msia
Si J tengok tv puas2 kat msia,dah lame tak tgk tv nie
Si K pergi sekolah lama, jumpa cikgu junior2
Si L jadi cikgu, cari pengalaman

Cukup dulu contoh2 ni...
Mana satu kita dalam list2 tu? Ada tak diri kita dalam tu? Saya ada kot. Takkan korang takde?
Ni antara contoh2 yang biasa. Banyak lagi kan sebenar. Kita lebih tahu apayang kita buat.
Di mana pun kita, aktiviti apa pun kita buat, mari sama-sama pastikan tiada yang sia-sia.
Letakkan niat, tetapkan matlamat, dapatkan manfaat.
Matlamat apa ya yang nak dicapai cuti ni? Sudahkah kita listkan matlamat2 itu?
orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal.

Hidup ini memang kita perlu buat banyak pilihan.
Tapi atas dasar apa pilihan yang kita telah buat? Juga yang bakal dibuat?
Atas kepetingan agama? Kepentingan peribadi? Keluarga? Pangkat? Harta?Negara?
Kita lah yang akan buat pilihan. Pastikan pilihan kita itu dasarnya kukuh. Asasnya kuat.
Ada hala tuju.

***************************************************************************

Minggu lepas pergi JB. Jumpa anak buah yang comel, Aleesya. Walaupun mula2 macam takut je ngan nde dia ni (makcik), tak lama lepas tu ok je. Jom tgk gambar!






sekian dulu~jumpa di lain entry!
2 comments

Sunday, July 5, 2009

Update Terkini

salam dari bumi malaysia \(^-^)/...

alhamdulillah(3X)....
selamat sampai di malaysia pada hari jumaat, 3julai, walaupun sepatutnya dijadualkan pada 1 julai. Atas masalah2 tertentu pada tiket, maka tiket egypt air kami ditukarkan kepada Gulf air, dan kami mendapat pulangan sebanyak LE 100.

Atas pesanan mak aimi,maka kami memakai mask bermula tibanya di airport cairo sehingga tiba di airport KLIA. Lemas lah jugak, buka masa nak makan dan masa rasa cam lemas sgt je.

Tiba di malaysia, mula memantau-mantau keadaan semasa sambil mengatur jadual yang mula kelihatan bertindih-tindih. Dilema jugak ni, nak ke situ atau ke sana. Nampak gayanya kene syura dulu ni. Semuanya dirasakan penting. Kawan2, maaf kurang online,saya akan usahakan streamyx mahupon broadband. Doakan semuanya berjalan lancar.

Sampai je kuantan, terus ajak ke ECM untuk cari kedai buku. Akhirnya, 5 buah buku berjaya saya beli :

  • Petunjuk sepanjang jalan --> Pakcik Syed Qutb ( xsangka bleh jumpe buku ni..hepy daa)
  • Riwayat hidup puteri2 rasulullah --> Muhammad Baihaqi
  • Kisah Khalifah2 Islam --> Mohd Kamal & Badruddin
  • Dalam mihrab cinta --> Habiburrahman
  • Aku terima nikahnya --> Abu Saif
Doakan saya berjaya mengkhatamkan buku2 ni ye. Paham2 jela, sy bukan pembaca marathon buku2 selain buku2 silibus sekolah. =D

No celcom saya dah mati rasanya. Tapi saya akan try pegi celcom centre untuk dapatkan balik no tu. Apa2, nnt saya inform ye kwn2.

Selamat bermujahadah ye semua. Gunakan nikmat sihat dan waktu lapang ini dengan sebaiknya. Ingatkan saya jika saya lupa. Banyak dugaan dan cabaran bila duduk rumah ni. Kita kena buat mutabaah amal ni. Kalau tak konfem terumbang-ambing. Ok, nak kena gosokkan baju budak yang nak gi sekolah esok ni.

*Sabrina kucing baru yang berwajah sedih. Sedih je tgk muka dia. Mmg semula jadi cam tu. Hehe. Anak dia ada seekor je yang hidup. Warna kelabu. Apa2 pun, justin dan pingu tetap dirindui. isk..isk...
8 comments

Sunday, April 19, 2009

Gigit telinga kucing tanda sayang~



Macam biasa, setiap hujung minggu mesti telefon msia. Cakap ngan abah, syahmi then ummi. Soalan common dari abah, camne periksa, bila habis? Ummi pun sama. Bila habis? Huhu...adehhh, ni baru warm up ni, belum sampai depolarization lagi =D


" Abah doakan orang tau, doakan orang boleh jawab, pastu pemeriksa murah hati bagi markah, pastu dapat mumtaz"- ameen.


Ni ayat common sy, setiap mggu akan ulang ayat ni, setiap kali tepon entah brape kali ulang ayat yg sama. Sangat mengharapkan doa dari ibu bapa. Sangat. Amat.


" Syahmi, esok kak de exam, doakan kakde tau, buat la solat hajat malam ni untuk kak de"


" Okay2, pekse baik2, syahmi nak keluar nie, kawan syahmi dah tggu, nak pergi minum kat kedai depan jap, syahmi baru siap buat kerja pateri"


" Ohh, okay, doakan kakde!


"Ye, bismilahi rahmanirrahim, bye!" (die bace bismillah je, pastu terus lari...apa daaa)


Borak2 dgn abah, pastu putus, Pastu try call skali lagi, syahmi dah balik. Sambung borak dengan dia.


" Kakde jangan la tidur dalam kelas, baru la senang pekse nanti"


"Hoho, soryy!,,kakde dah tak tdo tau skrg, dh jumpa jalan penyelesaian"


" Camne? [dia ni pun kuat tdo dlm klas masa duk asrama thn lps]


" Ikut subjek la, lain subjek lain cara. Kalau anatomy tu, kakde mewarna gambar dalam buku teks sambil dengar lecturer kakde mengajar"


" Haa? Mewarna? Dah tu kakde tak beri perhatian la masa cikgu kakde ajar?ishh.ishhh..., nanti cikgu kakde sebut, Sharifah, apa awak buat tu?"


Terkedu saya seketika. Haha. Then saya pun memberikan ulasan yg panjang lebar pada dia. Kelakar gak kadang2 borak dengan dia ni. Kejap je dia dah masuk f2. Kitorang mmg sekepala. Selalu kalau dia nak beli barang2, dia mst ajak saya. Taste kitorang sama kot. Macho~ huhu. Skrg dia dah besar. Dah pandai nak bergaya skit. Kelakar je bila abah cakap die mintak satu set barang2 adidas cam perfume, deodorant, etc. Syahmi ni adik yang boleh diharap. Memang selalu sangat mintak tolong ngan dia. Buatkan air ke, sidaikan baju ke, sapukan sampah ke. Huhu. Satu habit die yg saya dah tak reti nak stopkan adalah dia suke nak gigit telinga kucing. Bukan la gigit betul2, tapi ala2 gigit la. Dia cakap tu tanda kasih sayang dia pada kucing. (-,~)


Ok.. huhu..kene pegi dulu~konklusinya, jgn lupa mintak mak ayah doakan. Sangat la penting doa diorang. Biarlah smpai diorang naik jemu pun dengar kita suruh doakan, suruh juga. Hati mmg tenang la lepas tu..yg penting, diri sendiri pun mst byk doa. Nak tulis satu entry psl exam lepas ni. Tggu ye. Pegi dulu, ade projek ngan bdk2 kausar~

Aleesya~ =D





17 comments

Thursday, March 19, 2009

Dia pergi meninggalkanku :(

salam sayu, salam pilu...

mengalir laju je air mata time nak buat entry ni~isk...isk

panjang kisah harini...
pagi2 dapat call dr pejabat pos, bgtau suruh pegi pejabat pos ramsis, ambil barang dr msia. Mmg ummi nak pos barang, tapi tak tau pulak ummi dah pos. Tanpa ragu2, lepas zohor keluar ke ramsisi naik metro. Jalan2, cari pejabat pos, tanye orang. Jumpe satu pejabat pos. Malangnya pejabat tu setingkat, sedangkan ammu yg tepon tu cakap kene naik tingkat 4.Maksudnye kami salah tempat. Memang bukan pejabat pos ramsis pun walaupun kami berada di sekitar ramsis. Kami bertekad nak naik teksi untuk cari pejabat pos ramsis. Tapi, pakcik tu tolak, die cakap dekat je, die tunjuk arah. Maka berjalan lah kami..sampai akhirnya, naik ke tingkat 4.

Cari2 barang, tak jumpa. Yang jumpa nama saudara Talhah Mustafa je yg dr msia. Cari lagi. Cari lagi. Akhirnye bile cek brg talhah tu, sy dapati no telefon yg tercatat kat situ mmg no sy. Huh. Kecewa tak la. Tapi such a kebetulan. But nope, takde yg kebetulan dalam dunia ni. Semua Allah yg rancang. Sy pulang bersama aisyah dengan tangan kosong. Tapi puas hati sebab tangan mmg kosong, tapi byk perkara lain yg sy dapat. Semua ni aturan Allah. Balik rumah terus cek direktori, sah, no talhah ngan no saya bexa pd satu no je..sy no 0 die no 8~ no wonder laa..

Nak jadi cerita, lps tu terus telefon rumah. Borak ngan syahmi, diikuti ummi. Mula2 tanye pasal barang, rupenye mmg x pos lagi. Takpe, jgn kecewa. Boleh hidup lagi tanpa barang2 tu. Tetibe ummi ckp camni..

"Hmm..ummi ade benda nak cakap ni, tapi abah tak bagi cakap, tapi xpela, ummi nk ckp jugak"

"haa? nape? ade ape?"

" Kucing awak tu, kena langgar...."

" Kucing? sape? pingu ke ultraman 3?

"Pingu laa..kena langgar petang tadi.....sedih ummi, ummi pun nangis"

".................." maka suara tersekat-sekat dan tersedu-sedan. (tgh bergenang lagi air mata masa taip ni)

Ummi cakap xpelah, dah sampai masa dia. Semua akan mati. Ummi pun akan mati jugak nanti. Same je semua makhluk. Abah tak bagi beritahu takut awak sedih. Nanti tak boleh study pulak. Tapi ummi rase baik ummi bagi tau je.

Abah akhirnye bersuara kat telefon, nak happykan anaknye, abah cerita ade kucing baru warna putih mcm justin ngan pingu gak, mata biru means spesis siam jugak cm pingu n justin. Name abah bagi samsons. Dari cerita abah, nampak abah sungguh2 nak jage kucing tu, nak bg sy kwn baru. Thanx a lot~

Pingu kwn baik sy. Dia yg teman sy duk rumah. Pagi2 bila jemur baju, die yg akan ikut sy pegi ampain, panjat ampaian, buat akrobatik kat situ. Dia yg teman saya pegi sapu sampah kat luar rumah. Dia yg suke kejar sy ke dapur. Dia yg suke dtg kat sy bile sy mkn. Dia..dia,..n dia...

Blog ni, sempena nama Pingu walaupun gambar utama adalah gambar justin. Bagi adil. Takpe lah, Allah nak ajar sy sesuatu. Memang sy menangis, tapi bukan meraung. Tak tahan sebak sebab mmg lama sy bersama pingu. Kite jumpe kat syurga ye pingu? :D. Saya slalu ckp ngan pingu n justin, suh diorg doakan sy. Sbb ade ustaz ckp, haiwan boleh doakan kita. And mmg ade hadis yg haiwan dan seluruh makhluk langit, bumi, laut akan doakan manusia yg menuntut ilmu. Maka lps nie, sy kene borak2 ngan kucing lain plak, supaya doakan sy. Huhu...

Berundur dulu. Ingat chepingu slalu~ dunia hanya sementara...mati itu pasti, hanya menunggu masa.sekian~

1 comments

Saturday, February 14, 2009

Entry untuk T.S.M. Syahmi~


Salam..nah..nak tengok baju awak kan? t-shirt satu, sweater satu...dah beli yang paling macho nie...haha...mmg hensem la kalo awak pakai...kak de jamin~hehehe..yang bawah tu plak untuk Eisya...tak sabar nak tgk eisya pkai.. :). Ok..sile belajar dgn rajin2 sangat...sila tlg apa yg patut kat umah tu memandangkan awak je yg duk umah. Hafal quran jgn sambil dgr lagu...xde maknanye...nnt kakde nak dgr awak bace. Hadiah org lain, kak de tak letak gmbr. Time consuming~hehe..ok..all da best.



baju eisya ni beli yg size besar skit..umur 2-3 thn..takut nnt x muat plak~

19 comments

Thursday, February 12, 2009

11 keping gambar

Salam...hamdallah..hamdallah..hamdallah~

Kembara kali ini jadi kembara yang paling, amat, sangat bermakna. Bukanlah semata kerana Ireland itu cantik, Irish itu baik,salji itu sejuk, tapi lebih, lebih, dan sangat lebih dari itu. Yup, da best! Tak reti nak gunakan istilah apa untuk ungkapkan apa yang terbuku di hati dan jiwa. Banyak yang hendak di share, tapi sedikit demi sedikit. Entry kali ni cuma perkongsian gambar. Cukup beberapa keping. Mengambil masa untuk upload. Maka, ini memadai.


Ireland bukan negara yg selalu ada salji. Alhamdulillah, Allah berikan kami peluang untuk merasai dinginnya butiran2 ini, bak kata kakak2 Ireland "korang ni bawak salji dr mesir ke?"
"....Dia juga menurunkan butiran-butiran ais dari langit, iaitu dari gumpalan awan, dari gunung-gunung, maka ditimpakanNya butiran itu kepada sesiapa yang dikehendakinya....."
(24:43)



Galway Uni~(tiada bunga langsung di musim ini)


Teruja mendongak ke langit ketika salji gugur, subhanallah..cantik. Tak dapat nak gambarkan. Kamera pun tak dapat nak paparkan. Tiada kamera yang lebih hebat melebihi mata.

"Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring, dan mereka seraya berkata, Ya Tuhan kami, tidaklah engkai menciptakan semua ini sia-sia. Maha suci engkau, lindungi kami dari azab neraka"
(3:191)

Pasukan kaca mata fotokromik~

Menguli snowball dengan jari-jari tanpa glove, maka....(rindu nak mkn Air Batu Campur)


Pose ini tak seperti yang dirancang~ tp, hmm..not bad

Bersama snow woman comel yang menutup aurat, rekaan khas dr arkitek mesir~ :)


Setiap uni di Ire yg kami lawati pasti ada quadrangle~


Ini hanya padang biasa, tempat anjing bersiar-siar bersama tuannye, sesuai nak main frisbee(btolkah ejaan cmnie?)~


Suka gambar nie, ade unsur langit dan bumi~ hanya di Corrib River yg tak lah cantik bg orang tempatan.

Sekian, gambar beserta caption untuk kali ini. Ini hanya gambaran2 secara superficial. Siapa nak tgk gambar lain, mungkin boleh buzz di YM, kita sharing photo. Atau boleh datang tgk sdiri dalam laptop nie. Tidak rajin untuk upload di frenster mahupun di blog.Time consuming. Sekian. InsyaAllah perkongsian yg lebih bererti dan bermakna akan menyusul kemudian.


5 comments

Tuesday, January 6, 2009

Dia datang lagi

Salam...


Selamat menjalani tahun 2009, semoga kedatangan tahun baru ni memberi kita lebih peluang untuk memperbaiki diri dan menjadi "manusia" yg lebih baik, dlm erti kata yg sebenar.
InsyaAllah...


Harini, 6 january 2009..
Maka, tak lama lagi, dia akan datang lagi.. exam mid term bakal menjemput saya kembali ke fasa2 kronik, seperti susah nak tidur, tak selera nak makan, nak muntah2, susah nak tergelak, dan sebagainya (sympathetic la sng ckp)...tapi, mungkin exam mid term x brape nak kronik kot, x sekronik final thn lps agaknya. Tak larat nak nangis dh tahun lepas...lantaran tak yakin boleh habiskan baca buku2 tue..huhu..kronik2..dulu zaman sekolah, tak pernah pulak tensyen2 study..confuse camne perasaan orang tensyen, tapi skrg...(lebih dari faham) .... :)


Harap dapat doakan sy dan sahabat2 yg lain ye, semoga segalanya dipermudahkan..ameen...














Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. (53:39-41)

Konklusinya,???
Tak tahu lepas ni akan aktif ke tak blog ni, mungkin ada entry, mungkin takde...sawang sikit2 takpe kot...bg peluang pd spider..(sy suke spider juga selain kucing, buktinya, boleh tgk laptop sy)..macho tau labah2 sbb tolong lindungi Rasullullah. Labah2 ni dia membuat sawang2 kat pintu gua Tsur masa baginda ada di dalam, ketika peristiwa Hijrah...macho kan??hehe..apa-apa pun, tak ada satu benda pun dalam dunia ni yg Allah cipta dengan sia2, mst ade sumthing yg kita boleh belajar dr setiap penciptannNya, mst ada bawa hikmah pada manusia, kan?
All da best untuk sahabat2, junior2,senior2 yg bakal hadapi exam January nie..insyaAllah, kita cuba buat yg terbaik. Letakkan usaha, sebab ni lah peluang kita nak dapatkan pahala. Dekatkan diri dgnNya, tapi bukan waktu exam semata-mata, cuma waktu exam nie, kita cuba rebut peluang tu untuk lebih mendekatkan diri...
exam2 gak, tggjwb lain jgn dibiarkan tak tertinggal...utamakan apa yg utamakan, tunaikan hak pd yg berhak, dan sbgnya. Wallahualam...
Dunia yang sementara,
Beit el-Anonymous, Mouneira
3 comments

Tuesday, October 14, 2008

Arab Mesir


Salam muhibbah, salam ukhwah untuk semua …

Jika minggu pertama di Egypt pada tahun lepas saya di “kiss” (ade istilah lain yg lebih sesuai x??) oleh makcik arab, tahun ni pun begitu juga. (eishhh, mcm bakal jadi rutin tiap2 tahun je nie..hehe). Kalau tahun lepas insiden tersebut berlaku di Masjid Hussein, tahun ni pula di sekitar Carefour Maadi.

Usai solat maghrib, fathy pergi beli makanan, aimi pergi survey handphone, sy plak kene laa jaga barang2 yg dah dibeli. (2 troly tuee…ngeh3). Baru je si aimi dan faty gerak tgglkan saya, tiba2 ade makcik di meja sebelah pandang2 sambil senyum2 plus melambai memanggil sy. Untuk tak mahu dikatakan sombong, kaki pun digerakkan laa ke meja makcik tu yg sedang bersama anaknya. Makcik tu namanya Iman, belajat kos biology. Dia sangat laa teruja bila saya pergi ke meja tue (bukan nak buat ayat bajet nie), lantas mengucup pipi dan dahi saya berkali-kali. Dengan bahasa arab sy yg x brape nak fasih nie, sy cuba laa memahami setiap butir perkataan yg keluar dari bibirnya. Biase laa, ada yg faham, ada juga yg tak, tapi buat2 paham je laa..hehe..makcik tu bercerita ttg Islam skit2. Juga berbincang soal US. Dan kejatuhan ekonomi Negara tu.

Terpinga-pinga saya dibuatnya, sbb sorg2 je, xtau nk borak ape ngan makcik tue. Eissh, bila la nak fasih nie.hehe..insyaAllah dalam tahun ni kami akan join kelas bhs arab jika tiada halangan.insyaAllah.


Lagi cerita ttg orang2 arab di mesir ini. Kalau entry sblm ni sy cerita ttg sikap segelintir bangsa arab yg suka memita-minta, kali ni nak cerita pula pasal sikap warga arab yg sangat laa saya kagumi. Hari pertama kelas bermula, kami serumah menuju ke kedai buku dalam kawasan U kami untuk membeli buku. Saya x bawa byk duit, so dengan harapannya buku tu dalam seratus lebih je laa. Tu pun nak pinjam duit aimi je..lantaran tak sempat nk pergi tukar duit.hehe..sampai kat kedai tu, pakcik yg jage kedai tu, terus tersenyum gembira bila nampak kami..hehe..tak sempat pun nk cakap pape, pakcik tu terus je hulurkan plastic berisi buku2 untuk student tahun 2. Harga die LE310. Huyooo, mane cukup duit nie. Saya dan Asyila pun berkeputusan untuk pergi tukar duit dulu. Bila dah sampai kat Bank, Aisyah dan radin datang dan bgtau yg pakcik tu suruh ambil je dulu buku tue, xyah bayar hari nie…huhu..disebabkan manusia sgtla ramai kat bank tue, sy dan asyila pun pergi laa balik ke kedai buku tue dan jumpa balik pakcik tue. Dengan penuh yakinnya, tanpa pakcik tu catat nama kami ke, tgk student card kami ke, die terus je hulur buku2 tue. Kagum btol. Kepercayaan pakcik tu pada kami sangat laa tinggi. Masa tu nampak gak ade student2 arab yg memandang kami. Tak tahulahmereka juga dapat layanan yg sama atau tak. Tapi yg pentingnya pakcik tu mmg best dan baik hati dan suka bg harga yg lebih rendah berbanding kedai buku lain. Syukran ya ammu.!

ps: skrg ni warga msia di cairo semakin bertambah dengan kehadiran junior2 baru. Makin meriah laa U kami. Bak kata senior kami tahun lepas, rasa macam berada kat UM plak..hehe..ni Universiti Malaya ke Universiti Mesir.


Ps : my new niece demam kuning. Masuk wad, “ Ya Allah , kau berikanlah kesembuhan kepada Aleesya, semoga Aleesya sihat rohani dan jasmaninya dan menjadi hambamu yg beriman, ameen ya rabb"

Aleesya..tgk rambut die..lebat kan??


New Papa n Mama.

NeW atok's...hehehe..

yang nie plak?hubungan apekah ngan Aleesya??maybe anak sedara kpd Justin, cucu sedara kpd pingu and sepupu kepada ultraman2 kecik tue..ngeh3