Showing posts with label chEP's deen. Show all posts
Showing posts with label chEP's deen. Show all posts
3 comments

Sunday, February 20, 2011

Thiqah Billah

Abu Hurairah ra. menuturkan bahawa ketika Rasulullah saw beserta para sahabatnya tiba di sebuah desa, mereka (para sahabat) melihat sebuah desa, mereka melihat sebuah pohon besar untuk berteduh, dan mereke menyarankan kepada Nabi saw. untuk berteduh di bawahnya untuk sesaat. Nabi saw. pun mengiyakan saran para sahabatnya, dan tidur di bawahnya, sedangkan para sahabatnya tidur di tempat lain. Saat nabi sedang tertidur kerana istirehat, tiba-tiba datang seorang Badwi dengan menghunus pedang dan membangunkan Nabi saw. , sambil berkata, " Wahai Muhammad, sekarang katakan padaku, siapa yang dapat menyelamatkanmu dariku? " Baginda menjawab, "ALLAH". Maka gemetarlah tangan orang arab Badwi itu dan jatuhlah pedangnya.

(Hadith hassan, riwayat Ibnu Hibban)


First time masa dapat hadith ni dari ustaz, rasa macam superb best. Betapa yakinnya baginda dengan Allah. Jawapan yang baginda bagi tak memerlukan baginda berfikir panjang. Seolah-olah satu refleks. Dan baginda sangat-sangat yakin dengan jawapannya. Subhanallah.

Kita macam mana? Cukup yakinkah kita seperti mana yakinnya baginda pada Allah? Di saat pedang telah terhunus di leher ya, bukannya jarak semeter mahupun sebatu ataupun lebih jauh lagi. Tapi kita manusia biasa ni, jangankan perkara yang berlaku depan mata, perkara yang jauh lagi dan belum berlaku pun kita dah cukup ragu-ragu. Ragu-ragu dengan siapa ni? Ada kuasa lain ke yang kita bergantung selain Allah? Kita percaya qada qadar ,kan?

Cool ha?

Cuma seposen dua dari saya.

Wallahualam.

(;
2 comments

Tuesday, July 13, 2010

Kami Membenci Tidur

Terjumpa satu lagu yang best. Link kat sini. Rasanya macam pernah nyanyi lagu ni masa lower form, (rasanyalah). Lagu dia dalam arab, lirik arab boleh google ye.

Dialah al-haq yang menyusun tenteranya,
Dia membuat persediaan untuk membezakan haq dan batil
Maka disusun gerombolan singanya,
Dengannya dihancurkan kerajaan yg batil.

Nabi petunjuk,
Kami membenci tidur
,
Kami tinggalkan makanan yg sedap-sedap,
Kami bangun kepada Allah sambil membaca surah-surah,
Demi keindahan al-quran yg muhkami (jelas)

Kami menyediakan mereka yg berjalan di muka bumi,
Dan di bawah langit adalah keagungan muslimin,
Sebagai penyeru kepada al-haq,
Kami tidak melihat sumbangan kepada islam selain menumpahkan darah.

Nyawa kami dipersaudarakan kerana Allah,
Persaudaraan ini melampaui binaan zaman,
Ajal kami ditentukan oleh al-haq,
Untuk mengikuti pedoman al-quran yg kami imani.

Beribadatlah kami bila menjelangnya malam,
Mihrab kami diselubungi tangisan,
Dan tentera yang kuat apabila kami melibatkan,
Untuk melihat kegemilangan singa-singa kami yang tiadakan hina!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ohho, benci juga diri sendiri bila terlebih tidur. Benci! Tapi selalu buat. Maknya belum cukup benci. Orang lain sibuk berjuang, engkau tidur banyak. T_____T. *____*

Sesal sahaja tak cukup. Take an action! Berubah!

ps : Hoho, saya dah buang video dengan lirik arab. Ada anony cakap bahaya. Saya kurang sure juga bahaya dari sudut apa. Mungkin saya akan kena tangkap kah. haha . Takpe, saya dengar cakap anony, tak mahu jadi degil. Terima kasih ye anony. (^.~)

0 comments

Friday, June 18, 2010

Ranking ke 3,4,5 dan 6


Allah banyak sangat nak bagi peringatan hari ini. Sungguh, mahu sahaja aku ceritakan semuanya kepada kamu, tapi aku masih ada prioriti lain buat masa ini. InsyaAllah, akan aku lunaskan janji aku apabila segala urusanku selesai.

Perkongsian aku untuk kali ini hanya sebagai peringatan. Bukan sesuatu yang baru.Mengenai insan yang memegang ranking yang tinggi yang perlu dihormati selepas Allah dan rasul. Ya, ibu, ibu, ibu dan bapamu.

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa


Ringkas, mudah dan padat. Tapi sejauh mana kita menghayatinya. Kita nak redha Allah, tapi sejauh mana kita mencari redha ibu bapa kita? Pastikah kita bahawa ibu bapa kita telah redha dengan kita?
Hadith yang menuentingnya berbuat baik pada ibu bapa k
Daripada Abdillah bin Mas'ud, beliau berkata; "Aku bertanya kepada Nabi saw; Amalan apakah yang lebih Allah suka? Rasulullah menjawab; Solat pada waktunya. Aku berkata; kemudian apa? Rasulullah menjawab; Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku berkata; kemudian apa? Rasulullah menjawab; Berjuang di jalan Allah. [HR Bukhari, Nasa'i dan Ahmad]

Lagi, Allah perintahkan untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Oh, ini bukan lagi perkara main-main. Never ever Allah akan bergurau-gurau dengan kita. Ya Allah, tiba-tiba hati aku terketuk harini. Sejauh mana aku telah menjadi anak yang solehah seperti yang engkau arahkan. Sejauh mana aku telah berbuat baik kepada mereka, demi mendapatkan redha mereka dan redha engkau? Sadisnya, yang selalu aku perbuat hanyalah bersikap selamba kepada mereka. Merajuk bila konon-kononnya terasa. Mogok bila tak dapat apa yang dipinta. Ya, akulah itu.

Firman Allah;
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. [QS 17;23]

Sekali lagi, dan sebenarnya terlalu banyak dalil-dalil lain yang menjurus kepada perkara yang sama. Cukup dulu bukti-buktinya, tak perlu ragu-ragu lagi dengan ayat-ayat ini. Aku mahu jadi anak yang baik, yang menyenangkan hati ibu bapaku, seperti mana doa seharian kita yang meminta dikurniakan pasangan dan anak yang bakal menyejukkan mata. Mahukan pasangan dan anak yang menyejukkan mata, diri kita yang pertama-tamanya perlulah berkelakuan seperti yang dipinta.

Redha Allah : Redha ibu bapa
Jika cinta Allah : Cintailah ibu bapa.
Derhaka pada ibu bapa : Derhaka pada Allah.

Mahu jadi hamba durhaka? Mahu jadi anak durhaka?
Ya Allah, bimbing aku untuk menjadi anak yang solehah. Bimbing aku untuk mendapat redha engkau dan redha mereka. Peliharalah mereka sebagaimana mereka pelihara aku , bahkan lebih baik lagi dari itu. Mudahkan jalan-jalan bagi mereka menuju syurgamu.

Abah ummi, minta maaf ye kalau orang ada buat salah silap. Jasa kalian tak mampu dihitung. Tak dapat dibayar walau dengan emas setinggi gunung.




2 comments

Thursday, May 6, 2010

Ihsan?

Kata ibu " Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya kelihatan banyak sebelum matahari terbit.

Anaknya menjawab, " Kita tidak boleh berbuat begitu ibu, Amirul Mukminin melarang kita berbuat begini"

Si ibu masih mendesak " Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu"

"Balas si anak " Jika Amirul Mukminin tidak tahu, tapi Tuhan Amirul Mukminin tahu".

Subhanallah. Menangis umar mendengar perbualan antara ibu dan anak ini di kala malam pekat. Sungguh, imannya mantap. Ihsannya tinggi. Bukan mudah untuk mempercayai sesuatu yang tidak terlihat dek mata . Mengimani sesuatu yang tak dapat dikesan dengan pancaindera.

Yaitu orang yang takut kepada Allah yang maha pengasih, sekalipun tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. (50 :33)

Nah, kita macam mana? Nak test tahap keihsanan kita? Mari cuba sama-sama ye. Agak-agak bila kita berseorangan, kita takut tak nak buat dosa. Bila kita memasak, kita membazir tak? Kita basuh bersih-bersih tak? Bila mengemas rumah, kita bersungguh-sungguh dan ikhlas tak? Kalau kita baca buku, kita bersungguh-sungguh atau bersambil lewa? Kalau depan cikgu kita ikut peraturan, kalau cikgu takde macam mana pula? Dalam exam kita berusaha menjawab bersungguh-sungguh untuk dapatkan full mark atau sungguh-sungguh kita meniru untuk dapatkan full mark?

Apa hasilnya dari tindakan kita di atas? Ya, masakan akan tetap menjadi, sedap itu tidak mustahil. Ya juga, rumah akan kelihatan kemas, buku akan habis dibaca, cikgu akan melihat kita sebagai pelajar yang patuh dan kita juga berjaya dalam peperiksaan. Memang, itu tidak mustahil sama-sekali. Tapi, siapa yang rugi? Kelihatannya seperti kita mengejar nama, mengejar dunia yang hanya sementara. Berjaya dalam peperiksaan hasil daripada perbuatan meniru adalah sesuatu yang sia-sia. Penipu besarlah kita. Menipu diri sendiri, dan cuba menipu yang maha satu. Astagfirullah. Astagfirullah. Astagfirullah. Mana perginya sifat ihsan kita?

Satu ketika dahulu, ketika darjah 3, dalam peperiksaan matematik. Saya telah siap menjawab, namun di saat akhir, terdetik di hati untuk mengintai jawapan rakan sekeliling. Disebabkan jawapan saya seorang yang lain dari yang lain, maka saya menukar jawapan seperti mereka. Beranilah meniru sebab cikgu tak nampak.Hasilnya, nah, jawapan mereka sememangnya salah dan jawapan saya diawalnya adalah yang tepat. Menyesal tak sudah-sudah, nak sangat meniru orang lain. Sejak dari itu hingga kini, peristiwa itu sangat terkesan di hati. Allah nak bagi tahu saya, exam ni tak boleh meniru. Jujurlah, jujurlah pada diri sendiri, kalau kita benci orang lain menipu kita, maka kita juga harus benci jika menipu diri sendiri. Jangan kita lupa ada yang sedang memerhati. Buatlah segalanya dengan penuh hati-hati dan teliti. Jangan di akhirat kelak termakan diri.

Usaha, usaha dan usaha, yang lainnya serahkan pada Dia.
Ihsan, ihsan dan ihsanlah dalam perbuatan seperti sedang dilihat tuhan.

ihsan tu apa?

[iesya, belajar nyanyi lagu ni ye=)]


Berjihadlah seupayamu,
timbalah dan cedoklah keluasan ilmu yang Maha Satu,
jangan lupa yang ummah sedang menunggu.

Salam imtihan.

6 comments

Tuesday, May 4, 2010

.

Kalau orang lain makan nasi lauk ayam, tak semestinya kita kena makan lauk yang sama.
Kalau orang lain pakai baju merah, tak semestinya kita kena pakai baju merah,
Kalau orang lain naik bas, tak semestinya kita kena ikut naik bas,
Kalau orang lain baca buku dalam masa 2 jam, tak semestinya kita juga baca dalam 2 jam
kalau orang lain ada blog, tak semestinya kita kena ikut buat blog,
Kalau orang lain seperti itu, tak semestinya kita juga seperti itu.

Kesimpulannya, jangan main ikut-ikut,
jangan main taqlid membabi buta
jangan main muhakah suka-suka.

Bila orang lain malas baca buku, kita kena jadi rajin.
Bila orang lain tak senyum, kita kena mulakan,
Bila orang lain malas kemas rumah, kita mesti kemas rumah,
Bila orang lain tak suka memasak, kitalah yang perlu memasak.
Bila orang lain tak nak jadi imam, kitalah yang sepatutnya imamkan solat.

Kesimpulannya, jangan tunggu-tunggu.
Jangan nanti-nanti.
Tapi, jadilah yang volunteer diri.
Mahu orang lain buat, mesti mulakan dengan diri sendiri.

------------------------------------------------------------

Minggu ini minggu terakhir untuk sesi ini, rasa macam baru je lagi berlaku itu dan ini, baru je lagi jejak kaki ke sana. Baru je lagi berkenalan dengan mereka, menjalin ikatan-ikatan cinta. Moga Allah lindungi mereka dengan perlindungan yang sebenar-benarnya.

Bantu mereka, bantu aku ya rabb.
1 comments

Wednesday, April 28, 2010

Angau


Kalau angau, kepala asyik terfikirkan si dia.
Kalau angau, rasa nak buat semua benda yang dia suka.
Segala benda yang selama ni tak pernah sentuh, tak pernah cuba, semua paksa untuk suka sebab si dia sangat menyukainya.
Kalau angau, dapat intai kepala pun dah cukup baik.
Kalau angau, seboleh-bolehnya nak sentiasa bersama.
Kalau angau, sudah tidak kisah apa orang kata, janji dirinya bahagia.
Kalau angau, asik cemburu sahaja bila si dia mesra bersama yang lain.
Kalau angau, sedaya upaya nak tahu segala perkara pasal si dia.
Kalau angau, oh bagai tak ingat dunia.
Kalau angau, mahu ke mana-mana mahu sahaja di bawa si dia.
Angau...angau...

Angaukan aku. angaukan aku. Aku ingin mencintaMu.

Cinta pada bunga, bunga akan layu,
Cinta pada harta, harta akan punah,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cinta pada ilahi akan kekal abadi.


1 comments

Monday, April 19, 2010

Untuk teman

Dari pesanan ringkas pertama (sms) di telefon bimbit yang aku terima dari dia petang itu, aku tahu dia memerlukan kekuatan. Walau tiada kata yang terus menjurus kepada apa yang dialaminya, aku tahu. Sudah lama benar aku kenalinya. Gelombang ingatan kami sentiasa sampai kepada satu sama lain.

Tahukah kamu semakin lama kamu aku kenali, semakin aku gembira. Jika dulu hati aku selalu juga resah gelisah, mencari jalan untuk menyalurkan satu fahaman, kini aku tidak lagi bimbang. Aku tahu kamu dah cukup matang untuk itu. Hanya sesekali perlu diberikan dos-dos tertentu untuk mengembalikan semangat yang kadang-kadang jatuh.



Kamu, kamu tahu tak bagaimana rasulullah 'bekerja' satu ketika dahulu. Kamu tahu betapa lelahnya baginda berusaha menyampaikan pada umat manusia sedunia tentang satu berita yang sangat besar, yang sangat baru, yang sangat sukar untuk diterima masyarakat pada ketika itu. Berita itu tidak lain adalah berita tentang ketuhanan yang sebenar, ya Islam. Bukan mudah untuk baginda melaluinya. Masakan tidak, dilaluinya tanpa punya ibu dan bapa sebagai tempat mengadu kasih. Dilaluinya seorang diri sebelum pengislaman sahabat-sahabat. Siapa tempat baginda mengadu? Allah. siapa lagi? Allah.

Jalan yang baginda pilih bukanlah jalan mudah. Sama sekali tidak. Tidak terkira banyaknya dugaan, tohmahan, celaan, baik mental mahupun jasad baginda sendiri. Bertubi-tubi. Berduyun-duyun manusia yang mencaci baginda, mengatakan baginda gila. Pada siapa baginda mengadu? Allah. Pada siapa baginda menyerahkan hati yang sedih pilu? Allah. Siapa yang dapat menenangkan hati baginda kalau bukan Rabb pencipta kita yakni Allah. Biarlah manusia-manusia disekelilingmu mengatakan itu dan ini, kamu takkan boleh berhenti dari apa yang kamu tempuhi kini. Jangan, jangan sesekali berundur. Jangan merasa lemah. Jangan putus asa dengan ujian-ujian dunia. Kita mengejar sesuatu yang abadi, nun jauh di sana. Jauh, memang jauh. Sudahlah jauh, penuh liku. Tiada karpet merah yang dihamparkan. Tiada juga bunga-bunga mewangi yang ditaburkan sepanjang perjalanan. Tapi, dipenghujungnya ada segala. Tidak yakinkah kamu akan janji itu.




Aku mahu kita sama-sama memahat janji setia. Kita kan mahu bersama selamanya, bukan hanya di dunia. Andai kamu tidak mampu berlari, kita berjalan. Andai kamu tak mampu berjalan, merangkaklah. Andai kamu tak mampu merangkak, aku akan tarik kamu bersama aku. Jangan kamu lepaskan genggaman tanganku. Andai aku juga jatuh, aku mahu kau bantu aku. Jangan sesekali kita hentikan perjalanan. Ini janji aku, sudikah kamu untuk bersama aku ?



Kita lupakan masa-masa kita yang dahulu. Sekarang kita bangun, dan pandang ke hadapan, buat segala persiapan. Yang keruh itu kita buang jauh-jauh. Mari kita perbaharui niat kita. Sesuatu yang kecil boleh jadi besar hanya dengan niat. Juga sesuatu yang besar boleh jadi kecil kerana niat. Posisi kamu sekarang sangatlah baik. Satu posisi yang Allah anugerahkan, yang terbaik untuk kamu. Tidak ada yang lebih baik melainkan apa yang telah terjadi. Semuanya adalah ketetapan Allah. Dan segala ketetapan Allah itu pastinya memang terbaik untuk kita. Bekerjalah dengan penuh rasa cinta. kerana dengan cinta, yang susah akan menjadi mudah, yang jauh akan terasa dekat, yang pahit akan terasa manis. Ya, pupuklah cinta kepada Rabb kita, insyaAllah sesekali tidak akan terasa penat untuk mengejar cintanya. Tanggungjawab tanpa cinta akan buat kita letih, longlai, resah dan jemu!

Aku harap kamu kuat. Curilah semangat-semangat baginda, para nabi, sahabat mahupun golongan-golongan 'bekerja' disekeliling kamu. Adukan pada tuhan akan luka-luka di hatimu. Pasti, itulah ubat yang terbaik.

Aku sayang kamu, namun Allah lebih sayang kamu dari apa yang aku mampu.
Kamu juga mesti sayangkan Allah lebih dari aku, lebih dari semuanya.

Doa aku titipkan dari jauh, istimewa buatmu.
Kuatlah wahai teman.
7 comments

Wednesday, March 3, 2010

Sedihnya bertepuk sebelah tangan


Blog ini terbeku secara tak langsung selama 2minggu. Lama juga lah. Kalau dulu, rasa macam hari-hari nak update, tapi sekarang lain pula jadinya. Freezing.


semenjak akhir-akhir, suka sangat gigit ais. sejuk best! =)


Tulis. Padam. Tulis. Padam.


Bismillah.


Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) diselesaikan. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sungguh, orang yang zalim akan mendapat seksaan yang pedih. (ibrahim :22)


Semenjak akhir-akhir ni, memang banyak berperang dengan diri sendiri. Bergaduh-gaduh dua bisikan kiri dan kanan, hitam dan putih, cantik dan jelik. Kekadang rumah putih juara, kekadang rumah hitam merampas kuasa.



Nah, tengoklah apa syaitan cakap kita, dia dah pesan awal-awal lagi dekat kita yang dia tak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Dia goda-goda kita sikit, kita yang cair .T.T
Kita yang terpengaruh. Adehh, mudah cair kita ni rupanya. Kena goda ngan syaitan yang tak handsome mahupun menawan. Berkasih-sayang dengan mereka yang tak pernah sayangkan kita. . Ingatkan bila kita ikut cakap dia, dia akan sayang kita, sehidup semati, rupa-rupanya awal-awal lagi dah berjanji akan tolak kita ketepi akhirat nanti. Ohh, rupanya kita bertepuk sebelah tangan!
baru kusedari.... cintaku bertepuk sebelah tangan.... Patutlah takde bunyi! >,< Kalau kita ada kawan yang tak bertanggungjawab, yang tak setia kawan, yang backstabber, berniat nak hancurkan kita, tak respek pada keluarga kita, mesti kita akan geram dan terus tinggalkan dia, kan? kan?kan? tak tahulah kalau ada yang masih sayang sepenuh jiwa, ye la cinta tu buta. Buta atau tidak mahu melihat? Jawablah masing-masing ye.

Ok, cakap memang senang chep! Nak amal tu yang susah. Dunia ni dah macam "syurga". Semua manusia pun nakkan kesenangan dunia. Semua pun nk hiburkan hati. Semua kalau boleh nak puaskan nafsu diri. Semua nak berehat-rehat. Ye, setuju. Itulah namanya dunia , chep. Bahagia, bahagia, bahagia. Tapi bahagia dunia tu sampai bila? Selama-lamanya ke?

“Pada hari mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari”. (An-Naziat 46)


Sah, memang sementara. Dunia hanya sementara =). Nak lagi kau kejar dunia je chep? Nak malas-malas lagi? Layankan sangatlah syaitan tu. Come on, fight! Lawan la godaan-godaan tu. Lawan lah bisikan jahat tu. Robohkan tembok-tembok besar yang menghalang perjuangan kau chep. Lawan. Janga kalah lagi. Sampai bila nak dapat nombor corot? Kalau Allah bagi result, entah nombor berapa kau dapat. Entah masuk list lulus ke tak. Kalau masuk alhamdulillah, kalau atas pagar atau tak masuk langsung? Nauzubillah.

Dan berilah peringatan kepada manusia pada hari ketika azab datang kepada mereka, maka orang yang zalim berkata, " Ya tuhan kami, berilah kami kesempatan kembali ke dunia walau sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikut rasul-rasul. (Kepada mereka dikatakan) " Bukankah dahulu di dunia kamu telah bersumpah bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?" (ibrahim: 44)


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan sampai terhantuk baru terngadah ye. Kalau terhantuk sekarang takpe lagi, jangan terhantuk bila dah terlihat api menjulang sisi. Nauzubillah.


-----------------------------------------------------------------------------------------
ps: terbau-bau nasi minyak dari jauh.nun di sana. huhu. nasi minyak siapa ni? ni bukan nasi minyak saya ni, nasi minyak orang sana.hehe =)

ps2: milah, takpe kan saya letak gambar ais juga. Saya kan suka sejuk >,<

chep
12.25am
4mac 2010



5 comments

Wednesday, February 3, 2010

Takut

Pendek je entry ni, saya janji =)


Perasan tak, kita manusia apabila takut pada seseorang, kita pasti akan melarikan diri dari individu tersebut. Seboleh-bolehnya menjauhkan diri. Mengelak daripada bertemu dan bertembung. Tapi, dengan Allah lain. Makin kita takut, makin kita dekati dia. Makin kita takut, makin kita perbanyakkan pertemuan-pertemuan dengannya. Makin hidup malam-malam kita dengan sujud kepadanya. Makin banyak kita mentadabbur ayat-ayatnya. Makin dan makin lagi.

Kan? Beza takut kepada manusia dan takut kepada Allah. Takut kepada Allah adalah satu ibadah yang wajib,yang menggunakan hati, yang ada dalam diri setiap nabi-nabi, sepanjang zaman. Bukan zaman rasullullah sahaja. Hmm, kalau nabi yang suci dari dosa takut tuhan, kita sepatutnya lebih-lebih lagi takutkanNya, kan? Tak mungkin iman tanpa takut kepada Allah.

"Sesungguhnya mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan teman-teman setianya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tapi takutlah kepadaKu, jika kamu orang-orang beriman." (3: 75)

"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal" (8:2)

Hmm, tergolongkah kita dalam golongan yang takutkan Allah? Mari kita berusaha tanamkan perasaan itu. Mari mengenal Allah, agar ketakutan dan kecintaan kepadaNya semakin mendalam. Jom usaha sama-sama!

Minta diri dulu ye. Nak pergi maarad (pesta) kutub mencari buku ke buku-buku ? pelbagai aneka =)

Kucing pun pandai tadah tangan macam berdoa. Oh tidak, saya sangat merindui bunyi kucing-kucing kecintaan di malaysia. Ringtone message bunyi kucing tersepit handphone milah same sekali tidak mengubat kerinduan saya =)
2 comments

Tuesday, October 20, 2009

Sukarnya membuat pilihan

Buka almari, kemudian termenung. Melihat baju yang tergantung tanpa ada perasaan.
" Isk, malasnya nak pikir baju apg a yannak kena pakai setiap hari. Nak kena pilih warna tudung lagi, kasut lagi...."


Ini memang lazim bagi kita manusia, lebih-lebih lagi kaum wanita. Ada bantahan? Kalau tidak setiap hari, mungkin sekali-sekala. Lelaki juga mungkin sama, cuma tidaklah secerewet wanita.
Persoalannya di sini, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hasil pemilihan kita?

Lain orang lain faktornya. Hidup ini perlukan keputusan. Keputusan akan melahirkan tindakan dan seterusnya akan menghasilkan kesan. Walau apa yang terjadi, keputusan sememangnya harus dibuat. Jangan biarkan hidup kita menjadi umpama lalang yang ditiup angin mahupun sampah di lautan yang hanya mengikut sahaja ombak yang menggila.
Atas dasar apa kita memilih?

Dalam konteks pemilihan pakaian, perkara yang biasa dipertimbangkan mungkin seperti kesesuaian dengan majlis, keselesaan, kevoguekan, keberfesyenan, kecantikan potongan, kesesuaian dengan warna kulit si pemakai dan sebagainya. Dengan harapan, baju yang dipilih itu adalah terbaik , menampakkan kemodenan, keberhartaan , kemachoan, kecunan di mata manusia. (isilah dengan apa sahaja yang terlintas difikiran). Namun, disebalik pemilihan faktor-faktor itu, nampak ada satu yang hilang. Yang mana ia sepatutnya berada di tempat yang teratas. Yang sepatutnya menjadi piawaian yang utama.


Ya, ramai yang sudah tahu jawapannya. Di mana kita letakkan pencipta, boss, ketua, tuan, yakni Rabb kita yang maha satu? Kita kadang-kadang seakan-akan lupa akan kewujudannya. Berbuat sesuka hati kita tanpa ingat bahawa ada "polis-polis" yang sentiasa memerhatikan kita. Tanpa kita ingat bahawa hakim itu akan memberikan hukuman yang seadil-adilnya kepada kita di mahkamah akhirat kelak. Sungguh, aku juga sering lupa. Neraca dunia itu kadang kala mendahului segalanya.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” (Al-A’raaf: 26)


Dah, lupakan soal pakaian. Seluruh kehidupan kita memang memerlukan keputusan. Rewind balik, tengok apa keputusan yang dah kita buat sepanjang hidup ini. Lihat kesan dan hasilnya. Dulu, kita dapat 5A UPSR, sekolah mana yang kita mohon? Dapat banyak tawaran sekolah hebat-hebat, yang mana kita pilih? paling penting, kenapa kita pilih? Atas landasan apa keputusan itu dibuat. Oklah, UPSR tu kita kira konon-konon tak matang lagi, semua keputusan mak ayah yang buat. Macam mana dengan PMR, SPM, matrik?. Lagi. Pemilihan kerjaya, pemilihan pasangan hidup, dan apa-apa yang sebaris dengannya. Adakah semua pertimbangan itu dibuat berdasarkan kehendak nafsu dan kenikmatan dunia semata-mata. Dimana kedudukan "tuan besar" kita? Rewind dan rewind balik.


Yang dah lepas tu dah memang terlepas. Yang akan datang jangan dilepaskan. InsyaAllah selepas ini pertimbangan yang kita bakal buat adalah lebih matang dan bukan semata-mata kerana dunia. Neraca akhirat itu lebih utama. Ya, semoga aku dapat membuat pilihan terbaik selepas ini. Doakanlah.

4.43pm
beit kauthar
5 comments

Tuesday, July 14, 2009

Kita yang mane ye?


salam buat semua..salam summer..salam bulan penuh keberkatan....

2 minggu di tanah air, satu nikmat yg Allah beri untuk pulang ke pangkuan orang-orang tersayang.

Di hari cuti macam ni,semua orang boleh dikatakan "sibuk"...
Tapi setiap orang tu kesibukkannya berbeza-beza.
Mari lihat contoh kesibukkan yang biasa berlaku.

Si A sibuk menghabiskan masanya membaca pelbagai novel
Si B tidur banyak2, katanya nak qada' tidur yang tak cukup sepanjang musim exam
Si C buat marathon movie, baik korea, hollywood, bollywood, malaywood
Si D baca buku motivasi, naikkan semangat supaya tahun depan lebih semangat (waaa.)
Si E rajin membuat kerja2 di rumah, ni lah peluang nak berbakti pada keluarga
Si F buat reunion dengan kawan2 sekolah, lama tak jumpa
Si G main game banyak2, tgk anime puas2
Si H blogging, seronok menulis kot
Si I pergi berjaulah (jalan2) serata dunia, pergi eropah ke takpun jalan keliling msia
Si J tengok tv puas2 kat msia,dah lame tak tgk tv nie
Si K pergi sekolah lama, jumpa cikgu junior2
Si L jadi cikgu, cari pengalaman

Cukup dulu contoh2 ni...
Mana satu kita dalam list2 tu? Ada tak diri kita dalam tu? Saya ada kot. Takkan korang takde?
Ni antara contoh2 yang biasa. Banyak lagi kan sebenar. Kita lebih tahu apayang kita buat.
Di mana pun kita, aktiviti apa pun kita buat, mari sama-sama pastikan tiada yang sia-sia.
Letakkan niat, tetapkan matlamat, dapatkan manfaat.
Matlamat apa ya yang nak dicapai cuti ni? Sudahkah kita listkan matlamat2 itu?
orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal.

Hidup ini memang kita perlu buat banyak pilihan.
Tapi atas dasar apa pilihan yang kita telah buat? Juga yang bakal dibuat?
Atas kepetingan agama? Kepentingan peribadi? Keluarga? Pangkat? Harta?Negara?
Kita lah yang akan buat pilihan. Pastikan pilihan kita itu dasarnya kukuh. Asasnya kuat.
Ada hala tuju.

***************************************************************************

Minggu lepas pergi JB. Jumpa anak buah yang comel, Aleesya. Walaupun mula2 macam takut je ngan nde dia ni (makcik), tak lama lepas tu ok je. Jom tgk gambar!






sekian dulu~jumpa di lain entry!
0 comments

Tuesday, June 16, 2009

Untuk kita

just a short update~

ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar..” dipetik dari SINI



Hampir seminggu arwah meninggalkan kita, tapi cerita tentang arwah masih tidak surut. Setiap hari blog-blog dipenuhi kisah arwah. Kagum dengan ummi ammar, betapa tabah dirinya. Berjaya mentarbiah aulad(anak) dengan baik. Ya, aku nak jadi seperti ummi ammar, mentarbiyah anak-anak dengan landasan Islam. Dengan dakwah. Semoga Allah berikan kami semua kekuatan. ameen ya rabb~


Ya, bagaimana nak jadi sehebat ummi dan ayah arwah? Nak jadi sehebat arwah? Itu yang perlu kita teliti. Bukan hanya menangis tak henti-henti menangisi pemergiannya. Tiada guna mengeluarkan air mata berliter-liter kalau hanya terkenangkan memori. Muhasabah diri. Perbaiki kekurangan. Memang benar arwah dah tinggalkan satu level yang tinggi kepada kita, manusia yang hidup. Sudah, kesat air mata, teruskan perjuangan. Dakwah takkan terhenti, tarbiyyah perlu berterusan.


Kepada sahabat-sahabat terdekat arwah dan warga gen6, tabahkan hati. Teruskan perjuangan. Kami tahu kalian orang yang paling terkesan dengan pemergian arwah. Menangislah sekadarnya. Hak mata untuk menangis, hak hati untuk sedih. Teringat kisah kewafatan rasullullah. Bagaimana sukarnya saidina Umar menerima hakikat itu. Pernah bayang peristiwa itu? Pastinya lagi pedih. Umar si gagah perkasa pun mengalir air matanya. Inikan kita manusia biasa. Apa-apa pun, memang setiap yang hidup pasti akan mati. Itu pasti dan realiti.


Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya....



1 comments

Tuesday, March 17, 2009

Yang mane satu?

Tahukah kita bila kita akan mati?
Esok, 5 jam lagi? 30 minit lagi? 2 saat lagi?
Ahh.. tak kira bila, yang penting di sini, sudahkah kita bersedia?
Tahu ke bila Dia nak ambil balik nyawa kita? Tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah dah terlaksana ke?
Amal dah cukup ke?
Sedih ke kalau tinggalkan kemewahan dunia?
Dunia ni persinggahan yg sementara. Kejap je.
Heyhh manusia, dah ready ke?
syurga ke neraka jadi pilihan hati?
Dh siap2 pilih destinasi, persediaan okay?
Dh prepare ape nak bawak ke sane?
Nampak taman2 indah ke?
sungai2 mengalir sendiri,
Atau nampak api menyala-nyala?
huhu~takut? happy?
tanyela diri sendiri~
bekalkan diri....
janji dah terpatri dgn Ilahi,
maka jangan lupa diri,
jangan mungkiri~
kelak merana diri,
nak kata hidup, macam mati,
nak kata mati, jasad bernyawa lagi.
nak lari?
gelakkan diri sendiri,
hidupmu hanya memakan diri,
akhirat tempat kekal abadi,
hidup hanya menuju ilahi~
0 comments

Wednesday, March 4, 2009

Sayang siapa?

Saya tertanya-tanya, kenapa bila hampir kepada sambutan maulidur rasul, kedai2 di sekitar Mesir menjual patung-patung yang berbagai bentuk? Yang jual makanan bungkus2 dalam kotak tu ok je, yang hairannya patung2 tu, ada yang pakai baju gaun putih, ada yang naik kereta kuda,macam2 lagi la patung yang ada. Boleh sesiapa yang tahu bagi jwpn? Apakah kaitannya dgn kelahiran nabi? Ada yg ckp mereka akan bakar, betul ke?

Baginda memang tak sambut birthday, tapi tidak salah untuk kita mengingati kelahiran junjungan besar kita. Kalau birthday awek boleh sambut beria-ria, ni kan pula birthday baginda.
No offense~

Baginda rasulullah s.a.w sgt terkenal dgn sifat penyayangnya. Sesiapa sahaja dilayan dengan penuh kasih sayang. Pernah suatu hari, seorang sahabat (maaf, x igt siapa, sbb x salin bila dgr cerita nie..isk..) datang berjumpa baginda. Sahabat ini merasakan dirinya orang yang paling disayangi baginda, kerana layanan baginda terhadapnya sangatlah hebat. Maka bertanyalah sahabat itu


" ya Rasulullah, siapakah orang yg plg kamu sayangi"


maka jawab baginda " Aisyah"


"Ohh, maksudku lelaki"


" Ayah kepadanya yakni abu bakar"


"Kemudian?"


" Kemudian Umar"


"........"


sahabat terbabit terus berhenti dari bertanya. Bimbang dirinya jauh terkebelakang. Maka, dihentikan soalan itu. Konklusinya di sini, sifat penyayang baginda sangat luas, sehinggakan semua orang merasai kasih sayang baginda, masing-masing merasakan dirinya sangat disayangi baginda. Hebatkan? Akhlak baginda sangat terpuji. Tiada bandingannya. Baginda bukan sahaja bersifat penyayang kepada umat islam, tapi seluruh alam. Banyak kisah yang boleh kita jadikan iktibar. Antaranya kisah baginda bermusafir dengan seorang wanita tua yang sangat membenci lelaki bernama Muhammad, sdgkan wanita itu tidak tahu bahawa dirinya sedang bermusafir dengan Muhammad sehingga akhirnya wanita itu memeluk islam. (boleh dengar lagu "dont talk to me about Muhammad"). Juga kisah baginda menyuapkan makanan kepada seorang yang buta yg juga membenci Muhammad walaupun tidak pernah melihat baginda, sedangkan lelaki yg menyuap makanan kepada adalah Muhammad. (maaf, cerita yg agak ringkas, saya jangka ramai yg tahu cerita ni, jika perlu, boleh minta sy buat entry lain).
Bercakap tentang sayang. Semua orang ada sifat sayang. Sayangkan ibu bapa, keluarga, guru, sahabat2, saudara, justin, pingu mahupun yang lain. Tapi, disebalik makhluk yg kita sayang itu, ada yang patut kita lebih sayang, yakni pencipta kepada apa yg kita sayang itu. Ada satu kata2 dari Iman al-Ghazali (perbaiki jika salah), cintakan ciptaan tanpa cintakan pencipt cipta ciptaan umpama cintakan bayang2. Hmm..jom guna analogi lain yg sng skit. Bayangkan anda makan masakan yg sgt best. Adakah anda akan memuja-muja makanan yg best tu tanpa memuja tukang masak makanan tu? Mesti kita puji tukang masak kan, sebab tukang masak tu bg kita makanan yg sgt best, yg sgt nikmat, kan?




Entah apa point utama saya hari ni. Kucar-kacir. Tapi, tetap mahu update. Hari ni, saya dapat satu kesedaran. Mungkin juga peringatan. Thanx Allah. Allah mengingatkan saya tentang sesuatu yang berharga. Syukran ya Rabb.


Result bakal keluar beberapa hari lagi. Ramai yang dah menanti. Mahu menilai tahap dan prestasi diri. Namun, segalanya Allah dah tentukan. Yang penting di sini adalah usaha. Usaha dan usaha. Dekatkan diri pada yg Esa. Mohon segala dariNya. Apa2 pun, dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya. Itulah yang lebih utama. Sekian, maaf atas kecelaruan entry kali ini.


ps : 10 hari lagi, cikgu kesayangan saya bakal mendirikan rumah tangga, Mr. Saravanan. Happy wedding day sir!~ hehe..saya nak pergi, tapi apakan daya...nanti saya balik msia sir kena belanja saya, janji jgn dilupa sir...nanti kita makan besar, wif ur wife skali ye...sir jgn pindah dulu, tggu sy balik, okay? :D




6 comments

Tuesday, February 17, 2009

Cuak, takut, berdebar atau tiada perasaan?

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.~

Entry yg agak ringkas utk kali ini. Minggu yg agak padat, walaupun baru seminggu sem yg ke 2 bermula. Saya mula cuak, terbayang detik2 exam final yg bakal datang tak lama lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan, ameen ya Rabb.


Shah seorang budak yang "agak pemalas", hidupnya hanya mengejar keseronokan dunia. Hari-harinya dihabiskan dengan perkara yg sia-sia belaka. Menetap di kampung bersama ibu bapanya. Satu hari, Shah telah bertekad untuk bekerja di bandar. Tiada bantahan dari ibu bapanya, yang ada hanya satu syarat, iaitu Shah harus menetap di rumah pakcik Kamal yg terletak di bandar terbabit. Shah bersetuju.


Di rumah pakcik Kamal, Shah tidak banyak berubah. Nak dijadikan cerita, Shah merupakan remaja yg tidak tahu memandu. Satu hari, Shah telah bertekad untuk cuba memandu kerete kepunyaan Pakcik Kamal tanpa pengetahuannya. Nasib Shah malang untuk kali ini. Kereta yg cuba dipandu Shah terbabas, melanggar pintu rumah pakcik kamal. Petang itu, pakcik kamal telah memanggil Shah untuk mendengar penjelasannya.


"Apa perasaan kamu bila pakcik panggil kamu petang nie?"


"Hmmm..takut jugak pakcik......."


" Shah, bila kamu buat salah dengan manusia pun kamu takut, pernah kamu bayangkan nanti macam mana bila kita buat salah pada pencipta kita, dan kita dipanggil menghadapNya di akhirat kelak?"


Hati dan minda saya "terketuk" apabila mendengar cerita ni. Betul. Memang bila kita buat salah dgn manusia, biasanya kita akan takut. Mungkin bila kita terkotorkan baju orang, kita akan takut. Mungkin bila tiba-tiba ada arahan dari pihak pentadbiran pejabat, universiti mahupun sekolah untuk berjumpa dengan kita, kita akan mula cuak. Kesalahan yg kita buat pada manusia biasa bisa buat kita takut sampai peluh-peluh keluar membasahi tubuh. Tapi...adakah kita pernah fikir yang kita juga bakal dipanggil oleh pencipta kita satu hari nanti?

Pernahkah kita rasa bersalah, berdebar, takut, mahupun cuak bila meninggalkan suruhanNya dan melakukan perkara2 keji yg dilarangNya? Sama-sama kita muhasabah. Biarlah kita berjumpa dengan pencipta kita dalam keadaan yg terbaik. Bukan berjumpa menghadapNya untuk menerima hukuman, sebaliknya untuk menerima ganjaran. InsyaAllah. Ingatkan saya jika saya lupa dan lalai. Ingatkan saya jika saya leka dan alpa. Maaf jika bahasa tunggang langgang, tak puitis pulak tue. Harap walau gaya bahasa agak hancur, penulis dan pembaca sama-sama mendapat manfaat dari entry ini. Sekian~

3 comments

Saturday, February 14, 2009

Hantu takut Quran???

Salam..dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


InsyaAllah, kali ni nak buat sedikit perkongsian..sebenarnya tak tahu nak kongsi yang mana satu, semuanya penting. Ada yang ringan, ada juga yang agak berat. Seriously masa tengah taip ni pun still tgh berfikir apakah isi kandungan untuk entry kali ni. Kita tunggu dan lihat apa yg ter"taip" ye.


Ok. mari kita kongsi tentang al-Quran. Semua tahu al-quran ni mukjizat terbesar junjungan besar kita Muhammad s.aw. InsyaAllah semua tahu. Kepada siapa al-Quran ini diturunkan? Kepada nabi Muhammad lah. Semua orang tahu. Tapi adakah ayat2 dalam al-quran ini diturunkan kepada baginda semata-mata? Pasti tidak. Al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad, untuk disampaikan kepada manusia lain. Makhluk Allah yg manakah yg menjadi golongan sasaran penurunan al-quran ini? Jawapannya manusia. Bukan haiwan ternak. Bukan tumbuh-tumbuhan. Ada ke ayat yg cakap "wahai haiwan2 yg.....?" atau " wahai buah dan sayur...." Takde kan?. Maka, jelaslah al-quran ni untuk manusia khususnya umat nabi Muhammad s.a.w. Kita adalah watak utama dalam al-quran ini. hmm..seronok kan?


Sejauh manakah penghayatan kita terhadap al-quran? Opss..sebelum tu, adakah kita membaca al-quran? atau hanya diletakkan atas almari yang cantik, dijadikan hiasan? Berapa kali agaknya kita buka mashaf itu dalam sehari, dalam seminggu, dalam sebulan?ke baca time bulan ramadhan je?Atau baca yassin di malam jumaat je?(baca yassin malam jumaat bukan sunnah, tapi tak salah untuk kita baca yassin malam jumaat). Masing2 boleh jawab soalan ini sendiri. Bagi yang jadikan bacaan quran sebagai amalan harian, alhamdulillah. Tapi, setakat membaca masih belum cukup. Membaca tanpa memahami adalah rugi.

Mari kita analogikan. Perbuatan membaca quran tanpa memahami mungkin boleh dianalogikan seperti makan.(harap analogi spontan ini sesuai...) Bayangkan kita makan nasi. Kita memang makan nasi, tapi kita tak dapat rasa nasi tu. Sekadar masukkan dalam mulut, then kunyah. Rasa manis, masin, pahit, pedas, semua tu kita tak dapat rasa. Yang penting di sini adalah kita dah makan nasi.Huh...sangat la rugi sebab tak dapat nak rasa nasi yang sedap itu. Ok? Perbuatan makan nasi itu sama dengan membaca al-quran, sedangkan rasa sedapnya nasi itu adalah kefahaman kita terhadap al-quran itu sendiri. (boleh terima pakai tak analogi nie ye?). Maka, untuk merasai mukjizat al-quran tu, kita mestilah cuba memahami apa yang disampaikan. Setelah faham, kenalah amalkan pula. Bukan sekadar faham kosong.







Teringat time sekolah2 dulu, ramai antara kita yang bila tidur letak yassin bawah bantal, takpun letak quran sebelah bantal. Ada juga fenomena rakyat msia yang suke gantung ayat quran banyak2 kat dinding, dengan harapan sang hantu dan syaitan juga saudara maranya takut dengan ayat-ayat tu so mereka pun tak jadi masuk rumah?. Hmmm...betulkah macam tu? Hantu dan syaitan tu takut dengan kertas-kertas yang ditulis ayat quran ke? Macam hantu cina yang takutkan duit? bila ditempek duit kertas tue, hantu cina pun lari.?hmmm...mari sama-sama kita renungkan. Yang ditakuti oleh syaitan bukanlah fizikal al-quran itu. Tapi apa yang syaitan takut adalah apabila al-quran itu tertegak dalam diri seseorang manusia. Ya, TERTEGAK DALAM DIRI MANUSIA. Harap jelas dengan penyataan ini. Syaitan sangat takut dengan saidina Umar . Syaitan tidak akan lalu jalan2 yg dilalui oleh Umar. Bukan sebab Umar letak quran dalam beg dia, mahupun poket baju, tapi sebab al-quran tu sendiri ada dalam diri Umar.


Al-quran ni umpama prescription yang diberikan oleh doktor kepada pesakitnya. Adakah kita akan makan kertas prescription yang doktor bagi tu? Mestilah tak. Makan lah kertas tu yang ade dakwat pen doktor tu, kita tengok berkesan ke tak cara tu.Hehe. Juga al-quran ni kita boleh kata macam panadol. Bila sakit, kita bukan sebut je "panadol,panadol, panadol"..tapi kita kena usaha nak dapatkan panadol tu dan telan supaya segala tindak balas akan berlaku dalam sistem badan kita.



Jadikan al-quran ini sebagai asas dalam hidup kita. Jadikan al-quran ini sebagai manual dalam hidup kita, sama seperti bila kita beli barang elektronik eg: handphone, kita mesti baca manual dia untuk tahu cara nak guna handphone tu. Sama-sama kita tegakkan al-quran dalam diri kita. Baca, faham dan amalkan, insyaAllah. Kalau setakat baca, orang bukan islam dah ramai yang baca dan kaji al-quran ni. Mereka yang tidak beriman dengan al-quran pun mengkaji al-quran, kita ni yang mengaku beriman dengan al-quran takkan nak buat tak tahu je? (rukun iman yg ke berapa nie?sila jawab...~)Ramai antara mereka yang juga faham akan isi al-quran ini. Namun, ia tidak meresap. Ia tidak basah di hati mereka. Sama-sama kita usaha ye.



*yang menulis ini bukanlah sempurna. Hanya berusaha untuk menyampaikan. Dalam masa yang sama mengingatkan diri sendiri. Merungkai salah faham dalam masyarakat .Memang bukan mudah untuk tegakkan al-quran di dalam diri. Apapun, mari kita berusaha untuk menegakkan dan meresapkannya.InsyaAllah. Jika ada apa2 kesilapan dalam entry ini, maka bolehla ditegur. Saya hanya seorang hamba yang sangat sedikit ilmunya, sangat, sangat sedikit.
Sekian~
19 comments

Thursday, February 12, 2009

11 keping gambar

Salam...hamdallah..hamdallah..hamdallah~

Kembara kali ini jadi kembara yang paling, amat, sangat bermakna. Bukanlah semata kerana Ireland itu cantik, Irish itu baik,salji itu sejuk, tapi lebih, lebih, dan sangat lebih dari itu. Yup, da best! Tak reti nak gunakan istilah apa untuk ungkapkan apa yang terbuku di hati dan jiwa. Banyak yang hendak di share, tapi sedikit demi sedikit. Entry kali ni cuma perkongsian gambar. Cukup beberapa keping. Mengambil masa untuk upload. Maka, ini memadai.


Ireland bukan negara yg selalu ada salji. Alhamdulillah, Allah berikan kami peluang untuk merasai dinginnya butiran2 ini, bak kata kakak2 Ireland "korang ni bawak salji dr mesir ke?"
"....Dia juga menurunkan butiran-butiran ais dari langit, iaitu dari gumpalan awan, dari gunung-gunung, maka ditimpakanNya butiran itu kepada sesiapa yang dikehendakinya....."
(24:43)



Galway Uni~(tiada bunga langsung di musim ini)


Teruja mendongak ke langit ketika salji gugur, subhanallah..cantik. Tak dapat nak gambarkan. Kamera pun tak dapat nak paparkan. Tiada kamera yang lebih hebat melebihi mata.

"Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring, dan mereka seraya berkata, Ya Tuhan kami, tidaklah engkai menciptakan semua ini sia-sia. Maha suci engkau, lindungi kami dari azab neraka"
(3:191)

Pasukan kaca mata fotokromik~

Menguli snowball dengan jari-jari tanpa glove, maka....(rindu nak mkn Air Batu Campur)


Pose ini tak seperti yang dirancang~ tp, hmm..not bad

Bersama snow woman comel yang menutup aurat, rekaan khas dr arkitek mesir~ :)


Setiap uni di Ire yg kami lawati pasti ada quadrangle~


Ini hanya padang biasa, tempat anjing bersiar-siar bersama tuannye, sesuai nak main frisbee(btolkah ejaan cmnie?)~


Suka gambar nie, ade unsur langit dan bumi~ hanya di Corrib River yg tak lah cantik bg orang tempatan.

Sekian, gambar beserta caption untuk kali ini. Ini hanya gambaran2 secara superficial. Siapa nak tgk gambar lain, mungkin boleh buzz di YM, kita sharing photo. Atau boleh datang tgk sdiri dalam laptop nie. Tidak rajin untuk upload di frenster mahupun di blog.Time consuming. Sekian. InsyaAllah perkongsian yg lebih bererti dan bermakna akan menyusul kemudian.


0 comments

Saturday, January 10, 2009

(-__-)

Salam...

Kalau ikutkan rancangan awal, macam dah tak nak buat entry baru, tapi bila petang2 mcm nie, mood nak berblog datang pulak. Lagi pun blog sy masih belum ada entry tentang palestin. Kalau ikutkan hati, rasa macam nak kena cerita pasal palestin ni dari awal, sebab mengikut survey sy, masih ramai umat2 manusia yg di Malaysia yang tidak tahu, tidak faham atau tak mahu ambil tahu isu ini. Tapi rasanya kalau golongan blogger, mst tahu isu nie kan...antara penyelesaiannya adalah masyarakat di Malaysia yg tahu isu ni perlu memberi pengetahuan pada golongan2 yg tak tahu. Bukan golongan dewasa je, tapi pelajar2 sekolah pun mmg patut tahu.Mungkin kawan2 dan sahabat2 yg berada di pengajian tggi boleh buat program kat sekolah2. Cikgu2 pun boleh dedahkan pada anak2 murid. Ini bukan isu Islam semata-mata, tapi isu kemanusiaan..jadi, siapa2 yg bergelar "manusia", harus tahu. Anda boleh pilih mana2 link ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.


Palestin Kini, Mini Pavilion , Al- Jazeera , Satu Ummat, Dajjal, The Arrivals, Palestin.


Semalam, segerombolan pelajar2 Perubatan di sekitar Cairo berpusu-pusu menuju ke lokasi "Derma Darah untuk Palestin" berhampiran dengan Kasr el-ainy medical school. Penuh dgn manusia yg berwarganegara Malaysia kat situ. Tahniah2..teruskan usaha. Mungkin kita tidak layak atau tidak mampu ke Palestin, tp at least darah kita mengalir dalam tubuh pejuang2 di sana, insyaAllah. Semoga darah tu sampai ke sana dan beri manfaat pada mereka.


Gambar manusia2 yg pertama kali derma darah

Pada family dan sahabat2 di Msia dan mana2 la, jom boikot ye...katakan tidak pada Nestle, Coca-cola, dan lain2..(boleh semak brg2 boikot di link2 di atas) semoga usaha kita yg sikit ni mendapat redhanya, dan menjadi pemberat mizan kita di akhirat kelak...insyaAllah~

1 comments

Friday, December 26, 2008

Untuk Aku yang tahu



Aku nak jadi baik...tapi aku berkira-kira
Aku tahu buat perkara tu tak baik, tapi ada bisikan lain yg suruh aku buat
Aku tahu apa yang patut aku utamakan, tapi aku buat juga perkara yang tak perlu aku buat
Aku tahu apa tanggungjawab aku yang sebenar, tapi aku selalu buat tak endah.

Aku...
Aku suka tengok orang lain baik
Aku suka tengok orang berubah jadi baik
Aku suka nak ajak orang jadi baik
Memang lumrah manusia sukakan kebaikan
Tapi, kenapa aku ini tak jadi baik
Baik dalam istilah yang sebenar...

Aku...
Tahu orang tu buat sesuatu yang tak baik
Yang memang patut aku halang
Yang tak boleh aku buat tak tahu
Tapi...akhirnya aku biarkan
Aku bertangguh dan bertangguh
Mengharap satu hari nanti aku diberi kekuatan
Tapi aku patut fikir yang masa tu tak menunggu kita
Sang Pencipta berhak membiarkan jasad ku longlai tak bernyawa bila-bila Dia mahu
Kalau masa itu tiba, apa lagi yang dapat aku buat?

Aku...
Selalu sibuk dengan urusan dunia
Ke sana ke sini bertempiaran di pentas binaan yang sementara
Yang bakal roboh menanti masa
Lupa tujuan utama aku dicipta
Lupa kerna apa aku di dunia
Lupa ada satu kuasa yang mengawal segalanya
Lupa siapa kekasih aku yang sebenar...

Aku...
Nak buat ini dan itu
Nak ikut manusia itu buat hal itu
Dengki dengan manusia itu yang ada itu
Rasa sempurna hidupku kalau dapat buat begitu
Tapi aku tahu, itu bukan yang terbaik untukku
Ada suara yang tak berbunyi menenangkan hatiku
Ada suara yang aku tak nampak jasadnya
Menghalang aku berbuat itu.

Wahai Aku
Jangan sibuk dengan sesuatu yang bukan urusanmu
Kerna 1001 taklifan menantimu
Janganlah berhasad dengan sesuatu yang tak perlu
Jangan lah biarkan detik hidupmu berlalu tanpa diisi
Jangan biarkan kau pulang pada Sang Pencipta dengan tunduk pandanganmu kerna malu
Tapi kerana rasa rendah dirimu
Berlapang dadalah dengan segalanya
Hadapilah setiap satu perkara dengan sebaiknya
Jangan kecewa kerana pasti ada bahagia untukmu...
Jangan lah hidup di dunia kerna mencari nama....itu semua sementara cuma

Wahai Aku..Dunia ini sementara...bersyukurlah pada Yang Esa!




3 comments

Tuesday, December 9, 2008

Cuti~ !!!

Salam eid adha...

Tak berniat untuk buat entry berkaitan eid adha, mungkin boleh ke blog ahli beit saya, Asyila Ismail, atau ke blog saudara Fais Azli, atau ke mane2 blog student mesir yg lain....yg pasti, sambutan eid adha di Malaysia dan Mesir memang ada beberapa perbezaan....lain kali la cerita..

Secara ikhlasnya, agak confius nak tulis apa untuk entry kali nie...ada mase idea datang mencurah-curah, tapi bila dah start nak menulis, mula la ter"stuck-stuck" je..idea bertindih-tindih, akhirnya berterabur, tak tahu nak mula camne, mane pendahuluannya, mane isi pentingnya, mane penutupnya...sedih cikgu2 Bahasa Melayu yg pernah mengajar sy dulu2, dah la byk guna short form..ejaan cam ape je...tanda baca apetah lagi...walhal BM salah satu subject favret masa zaman sekolah(abah pun cikgu BM gak..hehe) (",)

Okay, sebagai pendahuluan, sedikit perkongsian ilmu, jom kongsi satu hadis yg boleh dikatakan popular dikalangan kita...


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering melupakannya iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang




Baiklah, jom kita kupas secara ringkas hadis nie...2 nikmat yg selalu kita lupakan, iaitu sihat dan masa lapang..sekarang, same2 kita bermonolog dgn diri, anda rasa anda sihat??? kaki ok?? kepala ade pening2 tak?? atau perut meragam tak??? hmm..kalau semuanya okay, jgn lupa ucapkan hamdallah...syukran ya Rabb...kalau ada sakit2, mesti rasa tak best kan?? mesti terfikir, " alah, bestnye kalau tak sakit perut, boleh study, boleh borak2 dgn hepinye ngan kwn2, boleh itu dan boleh ini " ...kadang2 bila kita sakit, kita bertekad " kalau laa dah sihat nnt, nak study ngan serius lah, nak kerja ngan sungguh2 laa.." dan macam2 lagi...btol tak??adakah monolog2 nie berlaku pada diri kita? Kalau sy, jawapannya YA...

Bila kita punya masa lapang, kita selalu tak hargai..bila ade cuti, mula2 semangat bukan main lagi, nak study tue, nak cover subject nie, nak wat latihan, last2 semua ntah ke mana..movie? internet?komik? novel?borak sakan? Jawab la sendiri..ikut kecenderungan masing2..Pastu, tibe2 exam dah nak dekat, padahal berlambak lg nak kena baca, nak fahamkan, nak kena buat latihan, nak kena buat nota, nak kena hafal, etc. Bila dah kelam kabut plus tension2, baru terfikir akan masa lapang yg lalu, yg kita biarkan berlalu tanpa manfaat...

" Adoiii.. menyesalnya tak guna masa ngan baik, apsal la time cuti tu aku tak gune untuk study"

Konklusi bg pendahuluan ini adalah, manusia hanya akan menyedari betapa pentingnya 2 nikmat nie bila sudah kesesakan masa, dan bila ditimpa kesakitan.

Kenapa pendahuluan sy dimulakan dgn hadis nie??? sebab skrg sy dan seluruh warga mesir tgh bercuti sempena eid adha...dan....sy telah byk habiskan masa dgn sia2, mungkin bukan dgn movie, bukan dgn novel, bukan dgn anime, bukan dgn game, semua tu bukan, tapi dgn INTERNET...hehe...kadang2 saya terfikir, untungnya kwn2 sy yg lain yg takde internet kat umah diorg..mst diorg lg byk study, tak ber"lagha-laghaan" dgn internet, ngan YM nye, ngan blognye, :) , ngan You Tube nye, dll. Memang internet ni satu kemudahan, boleh telefon family selalu, boleh baca berita msia hari2, boleh buat study interaktif, tapi berapa peratus sgt masa yg sy gunakan utk perkara2 tue?? Mungkin 30% je..huh..yg selebihnya? jawablah dalam hati.



Entry ini ditujukan khas untuk diri penulis, juga kepada sesiapa sahaja yg merasakan ada kaitan dgn dirinya. Sama2lah kita manfaatkan masa yg ada, gunakan dgn semaksimum mungkin, laksanakan perkara yg perlu dilaksanakan, tunaikan hak kepada yg berhak. Jangan bila dah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai beras yg sepatutnya jadi nasi terlajak jadi bubur. Sama2 kita rancang masa kita dengan baik.InsyaAllah.



Pesanan abah kpd anaknya

" Bila ade mase je, terus study, jangan tangguh2, jangan jadi mcm thn lps, menangis2 ckp tak sempat nak bace buku".

" Suruh justin ngan pingu doa untuk awak, ustaz cakap kita boleh je mintak haiwan doakan kita" (hehe.. :D)



Sekian sahaja entry sy untuk kali nie, walaupon mcm bosan je entry nya, harap dapat sikit manfaat, terkesan di hati, dan berusaha untuk menghargai 2 nikmat yg kita bincang hari nie.InsyaAllah. Doakan semoga penulis berubah sikap selepas menulis entry ini. -ameen-