Thursday, December 2, 2010

Perkongsian Rasa


Tajuk sangat macam tak tahu nak bagi tajuk apa. Hehe.

Huh, 5 minggu tak berupdet. Pencapaian yang cemerlang. Seronoklah juga. Haha.
Tiba-tiba rasa nak menulis. Bila terbaca blog sahabat-sahabat, datang satu perasaan.

Beberapa minggu lepas, saya mendapat satu khabar berita. Sesungguhnya ia berita yang baik, kerana ia datang dari Allah. Mana ada perkara yang Allah bagi pada hambaNya dengan niat menzalimi hambaNya, kan? Manusia itu sendiri yang suka menzalimi diri sendiri. Menindas diri sendiri, tapi menyalahkan yang lain.

Bila mana ada 2 orang doktor O&G dari Malaysia datang ke Mesir, pastinya ramai yang excited nak berjumpa, bertanya pelbagai soalan dan menggali pengalaman-pengalaman mereka. Saya termasuk salah seorang tersebut. Saya terperasan yang salah seorang doktor tu berkali-kali memandang saya. (Haha, entah-entah perasan sendiri je). Selepas siap makan-makan, tiba-tiba ada seorang dari kami beritahu yang doktor tu nak mencheck @ mendiagnose saya. Sebenarnya memang terfikir pun nak tanya, tapi tak tertanya. Senang cerita, doktor tu yakin yang saya ada masalah kesihatan, dan mereka berdua pesan untuk jumpa doktor di Mesir ni secepat mungkin. Yang bestnya saya belajar dari sini, seorang doktor mesti kena pandai observe walau dari jauh. Ada juga satu kes lain yang doktor ni perasan keesokan harinya. Ok, mari sama-sama jadi doktor yang hebat, insyaAllah.

Sign and symptoms?
Tremor , palpitation, increase appetite but decrease weight, high heart rate during resting (tachycardia), increase metabolism, staring eye, exophthalmus, lack of focus, easy fatigability, head ache, etc.

How to diagnose?
Blood test for T3, T4, TSH.

Treatment?
According to the cause.
Usually start by drugs : Carbimazole and B-blocker.
Follow by : Thyrodectomy (surgical removal of the tyroid) or iodinized radiation.

Ihsan dari google.
(Belum sure pun Grave, tapi probability sangat tinggi)

Thyroid dalam gambar ni obviously besar,
kalau kita tak dapat detect, pelik lah kan?

Alhamdulillah, bila diri sendiri yang kena sakit ni, automatiknya akan terhafal pasal penyakit ni. Level-level normal and abnormal, apa tindakan drugs tu, apa side effects ubat-ubat tu. InsyaAllah. Sebab itu saya katakan ini adalah nikmat yang Allah nak bagi. Kalau tak, mesti macam takdelah nak ambil tahu betul-betul.

Ok, mula-mula masa doktor tu sahkan, rasa macam sangat gembira sebab persoalan saya terjawab. Its better to know, kan? Better late than never. Walaupun doktor Mesir cakap " you should come 6 months ago. =)

Tiba-tiba ada satu malam tu, rasa tak kuat. Berjurailah air mata. Entah kenapa, macam tiba-tiba je. Padahal takdelah apa sangat pun. Kalau mati pun kenalah terima kan, sebab setiap yang bernyawa pun akan mati. Kenapa perlu risau lebih-lebih? Setiap yang datang dari Allah tu, penawarnya juga dari Allah. Haish, memang mengutuk diri sendiri lah lepas dari malam tu.
Takut juga tergolong dalam golongan yang tidak sabar dan tidak redha. Huhu.

Seorang sahabat berkongsi dan mengingatkan , yang uniknya umat islam ini bila mana mendapat nikmat dia bersyukur, dan bila mana ditimpa bala/bencana, juga ia bersyukur. Rasa macam sangat bagi kesan pada diri dengan ayat ni. Bukan tak pernah tahu, tapi tak teringat sebab kurang beramal kot. Sungguh, nak jadi macam tu juga. Redha dengan segala sesuatu dari Allah, insyaAllah.

Penyakit ni pun sebenarnya reversible je. Cuma kena treatment dan follow up selalu. Dapat pulak budak ni dah bertahun-tahun tak pergi hospital melainkan untuk medical check up atau kelas dan teman orang je. Allah nak bagi rasa tu. Terima kasih Allah. =)

Ada budak kecik cakap " Orang lain nampak macam serious, tapi kak chep yang berpenyakit ni pulak yang nampak gembira je, tak terefek dengan keadaan sekeliling." hehe.

Orang sakit mood dia memang menentu, kan?

Ala kulli hal, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

ps: Tak suka nak sebut "berpenyakit". Sihat je sebenarnya, cuma badan je lah yang tak berapa nak sihat. Haha. Faham ke? =)

ps lagi: Saya tak berahsia pun dengan orang hal ni, so that sesiapa je boleh doakan saya. Doakan ye. (ke dikira mengada-ngada bila beritahu orang?)
=)



chep
2 Disember 2010
Kauthar

10 comments:

fathiyyah said...

kalau jumpa chep, selalu kata dalam hati
'chep ni orangnya kuat. Allah mesti akan angkat satu lagi darjat keimanan chep'

huhu

at least penyakit chep dapat di diagnose kan, chep? ada org tiba2 je sakit, ingat sakit-sakit biasa tapi tup2 meninggal dunia, tak sempat nak bersyukur, tk sempat nak muhasabah.

huhu. moga semua yang ditentukan utk kita, itulah yg terbaik baik kita senang atau susah dnegan ia. Insya Allah.

moga lepas ni kita semakin diuji, kita jadi semakin beriman :)

syafakillah chep ku,

Ummi Eisya said...

sentiasa doakan..moga terus sihat seperti biasa,,

Noor Asyila said...

Chep yang kuat [dengan izinNya]

Saya nak amek sikit kekuatan itu dari chep ye, ;)

Sayang Chep!
Syafakillah dear <3

Dila Idrus said...

Kak chep:)

a M i e said...

terima kasih ajar kita bersyukur :)
semoga cepat sembuh :D

HJH SAFIAH said...

SALAM CHEP,
HJH SAFIAH HERE.
IN LIFE ....SOMETIMES TO ACCEPT THINGS ARE HARD BUT TO IGNORE THEM IS EVEN WORSE
SO BE TOUGH, POSITIVE AND OPTIMISTIC.

DOA SAYA BUAT DR CHEP

sharifah syahirah TSM [chep] said...

cikgu safiah.
missing you deeply!
thanx cikgu.
hope to see u.
moga cikgu sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah.

musheerah hanan said...

syafakillah kak chep...

teringat satu p`bualan...

anak kecik: mak, kenapa Allah jadikan kita sakit?? bukan ke Allah suka org yg kuat,org y sihat??

mak: erm..Allah sukakan org yg kuat..x kisah masa dia sihat atau dia kurang sihat..tak semestinya masa sihat itu kuat..:)

lama dah x pg sayeda..rindu semua :)

superduper_dknuckle said...

salam ukhwah..akk sy pngujung baru blog akk=).terjumpa blog di google td..maaf law membace tanpa kbnaran..^_^.tertarik nak mengenali akk dgn lbey dekat..

ila doakan akk tabah selalu :)

Sharifah Syahirah TSM said...

sorry sangat. baru perasan mushe dan ila punya komen.
=).

mushe. jzkk ukhti. insyaAllah, moga kita sama-sama jadi kuat masa sihat dan masa sakit.

ila. terima kasih.
salam ukhwah untuk ila.
boleh je baca insyaAllah.
tak perlu minta kebenaran, terbuka kepada umum. Moga bermanfaat untuk ila.
=)