Sunday, October 17, 2010

Ular itu jin?

Budak itu bangun menuju ke "kotak pengumpulan" pen-pen manusia yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan di Beit Kauthar.

Tiba-tiba, dalam jarak 3 langkah, budak itu nampak suatu makhluk yang berlingkar di sekitar kotak tersebut. Dipanggilnya rakan serumah untuk memastikan kesahihan kewujudan makhluk tersebut.

Ok, sah itu ular. Maka, mereka bertekad menelefon jiran-jiran yang berhampiran.

Alhamdulillah, bersenjatakan kayu, maka matilah ular itu.

Oh ya, ustaz selalu ajar masa sekolah dulu. Kalau ada ular, kita mesti warning 3 kali. Kalau dia jin, suruh keluar. Kalau tak, kita akan bunuh. Dan kami pun buatlah sebegitu sebelum memanggil jiran datang membantu.

Memang masa zaman lower form, ada kes senoior kami ni bunuh anak ular, siap main-main, dan akhirnya bangkai "ular' dicampak dari tingkat 3 ke bawah. Akibatnya, malam tu, ketar-ketar kaki bila ramai yang dirasuk. Huhu. Ya, emak si "ular" mengamuk lah anaknya dibunuh.

Ok, banyak je lagi cerita ular ni, tapi yang ni memang real depan mata. Wallahualam.

ps : Ular tadi memang tidak berapa besar, tapi tetap ular lah kan. Jangan main-main, ada ular yang boleh terbang tau. =)

4 comments:

[amiza malik] said...

wu ular tatot

Noor Asyila said...

wa tatot jugak :P

putih said...

chep2,
kalau ade anak ular, mesti ada maknya kan?????

si kecil anfaal said...

xnak pegi kauthar dah!