Sunday, September 5, 2010

Reunion Fasa 2 @timeted


Tanggal 4 Sept 2010,17 orang putera puteri @timeted SBPI Mersing berkumpul untuk berbuka puasa di JB Catering Jalan Merdeka (betul ke ni?). Tatkala berjumpa, semua orang semeja kelihatannya malu mahu berkata-kata, lantas saya cuba menghidupkan suasana. Hehe. Lama sangat tak jumpa sampai segan-segan korang ye. Padahal bukan orang lain pun. Oh, tapi meja sebelah nampaknya rancak berbicara dan dan kumpulkan makanan atas meja. Serius, penuh meja mereka!

Kira ok lah kot dapat kumpulkan 17 orang daripada 71 orang semuanya. (ke 73?). Setiap kelas ada wakilnya.

Falah : Shark, Ann, Hud, KN, Huda
Nasyaat : Afiq, Zila, Rab
Ittihat : Faisal, Saufi, Adib, Chep, Misz, Zul, Daus (datang jenguk)
Najah : Khair, Zaff, Neng

(sory kalau tersalah kelas =) )



Orang lain ada lagi banyak gambar rasanya. Boleh cuba cari di fb mereka.

Cikgu, tengoklah anak-anak murid cikgu ni. Ada yang di Malaysia, Jepun, UK, Cairo dan Jakarta. Berkat tunjuk ajar cikgu-cikgulah ni. Bertebaran mereka di merata dunia. Doakan kami terus berjaya. =) (yakin je ada cikgu yang baca ni. hehe).

Kawan-kawan, sama-sama kita jaga diri, hiasi peribadi. Ini kita reunion dunia, apa kata kalau kita cuba reunion di syurga juga nanti, nak tak? Jom kita usaha ke arah tu, insyaAllah.

ok, ini sahaja.

salam alayk.

0 comments: